Pakej Perkahwinan Lengkap Dan Murah Di Bangi Golf Resort

10:05 AM


Bismillah,

Kalau korang tengah cari pakej perkahwinan lengkap dan murah di sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya apa kata aku suggest korang try recce kat Bangi Golf Resort. Bukan apa aku bagitau ni pun sebab rata-rata tak ramai yang tau pasal Kerja Kahwin @ BGR ni. Ni pun aku tau sebab aku tengok pamplet yang dorang edar hari tu. Eh murah jugak la sebab ada banyak benda yang dorang sediakan dalam pakej Kerja Kahwin @ BGR ni.


Dalam pakej Kerja Kahwin @ BGR ni ada termasuk 4 jenis lauk, 2 jenis nasi, buah tembikai dan air kordial untuk para tetamu. Ada 3 menu utama untuk makanan beradab seperti Ayam Percik, Ikan Kerapu Masam Manis, Udang Cucuk sekali dengan Kek Pengantin 3-Tingkat! Ada pelamin dan deko, busana dan andaman, 10 meja VIP dengan dome, pasukan kompang, pengacara majlis, PA Sistem dan karaoke. Nice lah banyak kan?


Tak cukup lagi dengan tu, kalau korang dapatkan pakej Kerja Kahwin @ BGR ni, korang akan dapat fotografi dan album foto perkahwinan, videografi dan video dalam thumbdrive dan juga penginapan hotel sehari semalam. Semua ni korang akan dapat secara PERCUMA jika korang booking pakej Kerja Kahwin @ BGR ni.


Nak lagi? Haha ye Bangi Golf Resort sangat bermurah hati nak bagi korang 3 ekor kambing golek, 450 keping kad kahwin dan 10 keping bunting yang mana ketiga-tiga ini bernilai sebanyak RM5,000 dan ianya PERCUMA sekiranya korang ambil tempahan pakej lengkap Permata, Delima dan Zamrud ye. Tapi kena tempah dalam tempoh 12 Januari hingga 12 Februari 2019. Serius mewah kan? Korang bayangkan la macamana kenduri kahwin korang nanti kalau buat ngan pakej Kerja Kahwin @ BGR ni. Banyak FREE item kot dorang bagi.


Pakej Kerja Kahwin @ BGR ini menyediakan dewan yang dilengkapi dengan penghawa dingin dan mampu memuatkan 250 orang tetamu dalam satu-satu masa. Ada kemudahan tandas, surau lelaki dan perempuan, free wifi dan juga petak parkir yang sangat luas. Memang lengkap serba serbi.


So di sini aku sediakan sekali details kot-kot la korang nak tanya pasal pakej Kerja Kahwin @ BGR atau nak booking terus kan.


BGR FOODSERVICE SDN BHD 
No.1, Persiaran Bandar 
43650 Bandar Baru Bangi 
Selangor.

Hotline 
1700-81-8557 

Emel 

You Might Also Like

0 comments

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *