Pakej Perkahwinan Lengkap Di Lugar De La Boda, Puchong


Bismillah,

Sekarang ni nak kahwin tak macam aku dulu-dulu. Perghh dia punya dulu-dulu tau macam la lama sangat kan haha. Bukan apa sekarang konsepnya ko bayar sekali, semua ko dapat. Kira pakej la. Ada pelamin, dewan perkahwinan, andaman, catering, PA system, MC dan banyak lagi. Buat apa susah-susahkan kepala kan?


Cakap pasal pakej perkahwinan lengkap dan murah ni, aku ada pergi Majlis Perasmian dan Food Tasting Lugar De La Boda, Puchong hari tu. Dewan baru, cantik plak tu. Dewan jenis open air. Aku datang lepas maghrib, tengok terang benderang. Cantik dia punya pencahayaan ditambah plak lagi dengan tema ala taman serba putih. Dia punya petak parkir pun luas.


Kat kiri dan kanan dewan penuh dengan booth makanan dan kudapan. Sekarang ni dah macam trend orang akan hire skali booth makanan tambahan kan? Tapi aku dimaklumkan yang pakej perkahwinan lengkap di Lugar De La Boda ni termasuk sekali dengan booth makanan tambahan ni atau dipanggil tea corner. Dalam pakej ni ada booth teh tarik, 3 jenis kuih muih, bubur kacang atau cendol dan juga kek kahwin 2 tingkat. Perghh menarik kan?


Untuk menu yang terdapat dalam pakej perkahwinan lengkap di Lugar De La Boda ni plak, aku diberitahu mereka menyediakan 2 jenis nasi, 5 jenis lauk pelbagai pilihan, air kordial, air mineral dan buah tembikan dan juga oren sunkist. Banyak tu 5 jenis lauk. Aku biasa makan paling koman pun 3 jenis lauk. 5 jenis lauk kompom penuh pinggan ni. Mewah sangat hahaha.


Tapi serius malam tu tema garden memang kena dan naik seri di dewan Lugar De La Boda tu. Aku suggest kalau korang nak kahwin dalam masa terdekat ni, korang boleh try pakej perkahwinan lengkap di Lugar De La Boda ni. Memang cara seyh. Lagi satu kapasiti dewan ini boleh memuatkan sehingga 500 orang pengunjung dalam satu-satu masa. Yela kalau jemputan korang 1000, takkan 1000 orang tu datang serentak kan? Hahaha. Tapi kalau korang nak jemput lebih pun tak ada masalah sebab masih ada ruang di bahagia luar dewan untuk diletakkan kheamah kepada para pengunjung. So total tambahn pengunjung sekiranya ditambah khemah adalah anggaran 1000 orang. Kat Lugar De La Boda tu ada bilik untuk akad nikah tau. Haa jangan main-main hahaha.


Untuk pengetahuan korang pakej yang dorang bagi pun sangat-sangat berbaloi. Harga asal RM28,000 tapi kalau korang daftar dalam masa terdekat ni dorang boleh bagi korang RM23,000 je. Kurang RM5,000 tu. Then Lugar De La Boda ni merupakan cawangan kedua setelah Ambassador presint 15 Putrajaya. Kedua-dua dewan ini dimiliki oleh Hanana Group Sdn Bhd yang mana mereka menawarkan pakej-pakej perkahwinan lengkap sekitar Putrajaya dan Puchong.


Last but not least, kalau korang plan nak berkahwin dalam masa terdekat ni boleh la riki-riki pakej perkahwinan lengkap dan murah di Lugar De La Boda, Puchong ni. Aku kongsikan sekali details yang boleh korang jadikan rujukan seperti yang tertera di bawah ni ye.


Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak
Persiaran Diplomatik Presint 15
62050 Putrajaya

Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4
Lake Vista, 47100 Puchong
Selangor

Tempahan / Contact Person
Farah 016-6700 457
Hanis 016-6700 752
Rezza 016-6700 473
Liana 016-4318 434


1 Comments

  1. bagusnya dah ada pakej lengkap macam ni..memang senang ler bakal raja sehari nak settle siap²

    ReplyDelete