ZEN Rooms | Pengalaman Menginap Di ZEN Home Skypark KLCC


Bismillah,

Kalau semua nak tau, ZEN Home Skypark KLCC adalah salah satu nama yang bernaung di bawah jenama ZEN Rooms. Siapa yang tak kenal ngan ZEN Rooms kan? Baru-baru ni jenama ZEN Rooms meningkat naik kerana menyediakan perkhidmatan hotel budget yang sangat murah dengan servis yang berkualiti. Bukan itu saja, ZEN Rooms kerap mengadakan promosi bukan hanya pada cuti sekolah atau musim perayaan malah pada bila-bila masa sahaja. So ni aku nak ceritakan sedikit sebanyak pengalaman aku bila menginap di hotel ZEN Home Skypark KLCC ni.


Oh nak bagitau gak ni, ZEN Rooms bukan hanya ada di Kuala Lumpur je tau malah hotel ni dah meluaskan operasinya di 7 buah negara lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Hongkong, Sri Lanka dan Filipina. Cuma buat masa ni cawangan-cawangan ZEN Rooms di Malaysia hanya ada di sekitar Kuala Lumpur, Langkawi, Melaka, Ipoh, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Pulau Pinang sahaja. Haa lagi satu kalau korang nak lagi murah, korang boleh guna kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan 20% diskaun daripada harga bilik sebenar. Contohnya harga bilik RM100, lepas diskaun korang hanya perlu bayar RM80 sahaja. Amacam menarik tak?


So asalnya aku nak cuba-cuba je stay semalam kat salah sebuah cawangan ZEN Rooms di sekitar KL ni. Biasalah bila ada anak kecil ni, tarikan utama aku tertumpu pada hotel yang ada menyediakan kemudahan kolam renang. Actually aku tak menaruh harapan tinggi pun tapi tak sangka plak rupa-rupanya ada. Satu-satunya hotel ZEN Rooms yang ada menyediakan kemudahan kolam renang di KL adalah di ZEN Home Skypark KLCC. Apa lagi teruja la Jasmeen.


ZEN Home Skypark KLCC ni lokasinya betul-betul sebelah bangunan KLCC. Kalau korang nak menapak ke taman KLCC tu pun aku rasa dalam 10 minit je kot. Actually ZEN Home Skypark KLCC ni merupakan serviced apartment. Memang sesuai la dijadikan hotel kan? ZEN Home Skypark KLCC ada 8 buah bilik (8 pintu). Cuma di ZEN Home Skypark KLCC tak ada sediakan parkir kepada para pengunjung. Kalau korang nak parkir, boleh parkir di bahagian luar iaitu parkir berbayar. Sekali masuk RM10. Aku masuk check in RM10, then malam tu keluar makan dan parkir balik RM10 lagi. So total parkir RM20 untuk semalaman melainkan korang tak ke mana-mana dengan kenderaan.


Aku booking secara online di laman web zenrooms.com. Kebanyakan bilik-bilik yang ditawarkan oleh ZEN Rooms ni adalah serendah RM80+. Itu belum termasuk diskaun-diskaun yang dorang bagi nanti. Kadang-kadang potongan sehingga 20% tau. Bilik yang aku booking di ZEN Home Skypark KLCC harganya RM140+. Ada kemudahan gymnasium dan kolam renang. Bila korang sampai di lobi ZEN Home Skypark KLCC, staff ZEN Rooms akan attend korang. RM100 akan dikutip sebagai deposit dan ia akan dipulangkan sebaik sahaja korang check out. So jangan hilangkan resit deposit ye! Layanan staff ZEN Rooms pun mesra. Very nice!


Korang akan dibekalkan 1 pass bilik, dan untuk menaiki lif korang perlukan pass tersebut. So memang secure la ZEN Home Skypark KLCC ni. Kawasan sekitar juga dikawal selia dengan security guard dan kenderaan dan orang awam yang keluar masuk ke dalam kawasan apartment tersebut akan direkod. Plug dinding pun ada banyak, so korang tak perlu risau. Bilik di ZEN Home Skypark KLCC bersaiz studio tapi luas bhai! Bilik tu dilengkapi dengan ;

  • Katil bersaiz queen
  • Dapur elektrik
  • Peti sejuk
  • Mesin basuh
  • Water heater
  • 2 unit aircond
  • Meja makan 4 seater
  • Iron dan iron board
  • Pengering rambut
  • Kipas siling
  • Pinggan mangkuk
  • Oven
  • Sofa
  • TV
  • Wifi


Kalau korang nak bawa keluarga pun boleh. Aku anggarkan bilik tu boleh muat dalam 4-6 orang dewasa lagi. Kat lantai tu boleh add on 1 tilam single dan 2 tilam saiz queen. Besar kan? Bila aku mula-mula masuk je kat ZEN Home Skypark KLCC tu, aku sendiri kagum dan berpuas hati. Tandas pun bersih, dilengkapi dengan sabun dan syampu. Pihak ZEN Rooms juga ada sediakan 2 helai tuala mandi dan satu tuala muka. Cuma di bilik ZEN Home Skypark KLCC ni tak disediakan sejadah dan arah kiblat. So korang pandai-pandailah download aplikasi kiblat awal-awal ye dan jangan lupa bawa sejadah sendiri.


Katil dan selimut empuk, sejuk je tidur waktu malam. Haa nak bagitau nombor bilik aku ni tingkat 35-6, antara bilik yang tertinggi di ZEN Home Skypark KLCC ni. Malam-malam memang sejuk. Tak perlu hidupkan kedua-kedua penghawa dingin. Guna satu pun dah cukup. Kat tandas pun ada pemanas air so tak risau sangat mandi pagi haha. Tingkap bilik aku mengadap menara KL so nampak la suasana dan keindahan panorama malam bandaraya Kuala Lumpur. 


>>> ZENXAFZAL <<<Diskaun 20% setiap kali korang menginap ni mana-mana cawangan Zen Room di Malaysia

So aku sangat recommend korang untuk cuba ZEN Home Skypark KLCC ni. Memang puas hati dan harganya juga murah. Dekat sangat dengan KLCC dan kawasan sekitar kalau nak berjalan-jalan. Aku plan nanti sebelum raya aku nak booking semalam la. Boleh bawa family shopping raya di KL. S o kalau korang nak tengok harga-harga bilik yang ada di ZEN Rooms, korang boleh rujuk maklumat yang ada di bawah ni ye.





0 Comments