Permohonan Biasiswa MyUCAS Untuk 4000 Orang Pelajar Dibuka Sekarang!


Bismillah,

Baru-baru ni aku menghadiri majlis pelancaran MyUCAS yang bertempat di The Oax Room Connexion, Nexus Bangsar South. Majlis turut dihadiri oleh pelbagai wakil daripada sektor pendidikan, orang kenamaan dan ahli korporat. Majlis turut dirasmikan oleh Profesor Emiritus Tan Sri Dato' Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yasin. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan matlamat utama MyUCAS iaitu membantu anak muda yang tidak berkemampuan melanjutkan pelajaran dan memastikan mereka diterima bekerja di dalam lapangan yang mereka ceburi.


MyUCAS atau singkatan bagi Malaysian Universities & Colleges Admission System merupakan satu platform unik yang digerakkan secara atas talian  menggabungkan universiti dan kolej di seluruh negara. Merupakan satu-satunya badan pertama di dunia, ia tidak lain bertujuan  memberi bantuan pembelajaran kepada pelajar-pelajar yang memerlukan dan keciciran dalam menyambung pengajian dan bantuan tersebut diberikan dalam bentuk biasiswa.


Menurut pengasas dan juga merangkap CEO MyUCAS, Dato' Joseph Hii W S mensasarkan seramai 4000 orang pelajar akan dipilih bermula 23 Februari 2019 sehingga tahun 2020. Dengan jumlah seramai ini, anggaran kasar biasiswa yang akan disalurkan kepada para pelajar berkenaan mencecah hampir RM60 juta. Program Anugerah biasiswa kepada 4000 orang pelajar ini turut disertai oleh beberapa buah institusi pengajian antaranya :

  1. INTI University & College
  2. Snips College of Creative Arts
  3. Spectrum International College
  4. Cyberjaya Universiti College of Medical Sciences.

Manakala untuk batch pertama ini, syarikat dan badan industri yang turut bersetuju menjalinkan kerjasama dengan program ini adalah :

  1. Bio Perfect Sdn. Bhd.
  2. Sincere Creation Sdn. Bhd.
  3. Bio Life Sdn. Bhd.
  4. Phyto Science Sdn. Bhd.

Untuk makluman 10% daripada pelajar yang menerima anugerah biasiswa ini akan menerima bantuan sepenuhnya manakala selebihnya akan menerima sekurang-kurangnya 50% daripada yuran jumlah pengajian. Paling penting pelajar yang memohon di laman sesawang MyUCAS secara automatiknya akan dipertimbangkan untuk menerima bantuan biasiswa. Maklumat pelajar terbabit akan diselidik terlebih dahulu, akan dilakukan ujian saringan seperti ujian psikometrik dan ujian lain yang dirasakan bersesuaian.


Kepada pelajar yang memohon, sekiranya berjaya korang akan ditempatkan di kolej-kolej dan universiti yang mengambil bahagian dan selepas tamat pengajian korang dijamin bekerja di syarikat dan badan industri yang disebutkan tadi. Belajar ditaja, kerja pun dijamin so nak apa lagi kan? Tugas korang hanya perlu belajar dan berjaya sahaja. Program ini mensasarkan pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran disebabkan faktor kewangan, keluarga yang tidak mampu dan masalah-masalah lain yang berkaitan. 


So MyUCAS masih mencari 4000 orang pelajar untuk mengisi kekosongan sebagai penerima biasiswa mereka. Cubalah mana tau korang salah seorang di antara mereka yang layak? Peluang tak datang selalu jadi ambil lah peluang sementara masih ada. Korang boleh apply di laman web yang tertera di bawah.


2 Comments

  1. Moga yang layak menerima manfaatkan sebaik-baiknya la.

    ReplyDelete
  2. Kita baca ni pun rasa nak sambung study sebab ada biasiswa ni bagus...

    ReplyDelete