Tempahan Asam Laksa Murah & Sedap Untuk Sebarang Majlis

10:45 AM


Bismillah, 

Tiap kali aku ikut mak aku pergi kenduri kahwin, time tu jugak la aku merayau keliling dewan untuk collect bisnes kad  kiosk yang ada kat sana. Biasa lah trend sekarang ni kan kalau buat kenduri waima majlis hari jadi sekalipun mesti owner akan letak satu dua booth yang menghidangkan menu sampingan. Kebiasaan yang kita jumpa seperti kuih muih, cendol, apam balik, aiskrim, gula-gula kapas dan macam-macam lagi. Ala biasa sangat tu. Aku nak yang rare sikit hahaha. Kemahen nak rare bagai tapi budget ciput. Dah la adik aku paling bongsu nak buat kenduri serentak ngan abang chik. So aku la kena sponsornya. 


Baru-baru ni aku ada pergi kat Senawang, alasannya nak jalan-jalan je kat Mydin Senawang tu. Orang kata Maydin yang terbesar di Malaysia. Orang kata la so aku nak tengok la gak. Pusing punya pusing aku nampak kiosk asam laksa dalam Mydin tu. Sedap gak kalau pekena asam laksa kan. Lama tak makan. Sebab aku datang awal so orang pun tak ramai lagi. Selain asam laksa, ada bebola ikan dan rojak buah. Ehh macam tersama je ni hmm. Tapi kat kiosk My Asam Laksa ni ada set Udon tau. Haa jangan main-main haha. 


Aku order asam laksa, wife aku nak udon dan Jasmeen plak nak makan fishball. Wow kuah asam laksa dia lain maciam la punya pekat. Kaw plak tu. Penuh satu mangkuk. Takde rasa manis macam aku makan kat satu kiosk kat MyTown Cheras sebelum ni. Apsal aku baru dengar pasal My Asam Laksa ni eh? Masa aku pesan makanan tu aku berborak ngan owner My Asam Laksa tu sendiri. Nama dia puan Syuhada. Dia kata baru je bukak dan restoran My Asam Laksa akan dibuka kat area  Seksyen 7 Shah Alam dalam pertengahan bulan Mac 2019 nanti. 


Harga pun standard ngan saiz hidangan. Pada aku benda kalau dah sedap orang tak amik port sangat dah pasal harga ni. Aku try la tanya kot-kot la My Asam Laksa ni ada amik temp sham catering kan. 'Ada dik', kata kak Syuhada tu. Perghh ada laaa. Harga dia plak RM3 untuk minimum order 500 orang makan. Kak Syuhada kata macamana rasa asam laksa yang aku makan kat kiosk dia tu, macam tu la rasanya untuk catering. Sama sejibik hahaha. Lagipun My Asam Laksa ni totally owned by bumiputera. Tolong la bisnes rakyat tempatan kan.


Aku amik namecard dia awal-awal boleh dah masuk dalam list. Kadang-kadang orang tak nak makan nasi minyak. Ada yang satu hari tu kena attend dua tiga majlis kenduri so jemu nak hadap benda yang sama kan. So kalau aku letak Asam Laksa ni memang menarik sebab tetamu ada pilihan lain selain makan nasi kenduri. Ehh aku punya beria-ria ni macam aku plak yang nak kahwin hahahaha. Eh kalau korang nak beli pes Asam Laksa pun ada dijual kat sini tau. Mur mur je huhu. 


Buat masa ni My Asam Laksa boleh cover sekitar Lembah Klang dan Shah Alam sahaja. Tapi katanya insyaAllah kalau bagus penerimaan masyarakat mungkin dia akan kembangkan kiosk My Asam Laksa ni ke tempat-tempat lain pula. Borak punya borak tak sedar abis dah semangkuk asam laksa aku. Kenyang weh perut aku, memang terbaik. Kualiti dan kuantitinya macam kita masak sendiri kat rumah. Alang-alang tu ni aku kongsikan details pasal My Asam Laksa ni. Mana la tau kan korang nak datang makan kat sini ke. Ke nak buat kenduri doa selamat, cukur jambul, sambut birthday, mesyuarat kat ofis atau sebarang majlis keraian boleh la roger Kak Syuhada ni. 


My Asam Laksa 
Food Court Mydin Senawang 
No. 110, Jalan BPS 7 
Taman Senawang Indah 
70450 Senawang 
Negeri Sembilan 


Contact untuk tempahan  
013-3884012 /  013-7565120

You Might Also Like

1 comments

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *