Trip 5 Hari 4 Malam Ke Kepulauan Riau-Lingga, Indonesia [Part 1]

12:19 PM


Bismillah,

Kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku ke Pulau Lingga, salah satu kepulauan yang terdapat di Indonesia. Actually pada bulan Februari yang lalu telah berlangsungnya Festival Lingga Neptune di sana. Festival Lingga Neptune ini diadakan pada 7 hingga 8 Februari 2019 dan dijadikan acara rasmi setiap kali tibanya kehadiran monsun. Melalui Festival Lingga Neptune ini, perahu-perahu layar dari pelbagai negara berkumpul untuk bersaing bagi merangkul gelaran juara. Ni pengalaman pertama aku melihat sendiri kejuaraan perahu layar secara langsung, menyaksikan kemampuan pelayar-pelayar mempamerkan teknik-teknik mengemudi perahu layar masing-masing. Dalam masa yang sama aku turut teruja melihat keindahan Pulau Lingga yang masih dipelihara alam semulajadinya. So aku nak kongsikan itenerari perjalanan dan percutian 5 hari 4 malam aku ke Kepulauan Riau-Lingga Indonesia.


Perjalanan Dari KL Ke Stulang Laut
Aku memilih untuk menaiki bas dari KL ke Larkin di terminal bas TBS Bandar Tasik Selatan. Harga tiket adalah RM34.90 sehala dari pukul 11 pm hingga 3.30 am. Almaklumlah cuti perayaan raya Cina, jadi tiket aku beli awal sebulan takut habis. Perjalanan ke selatan tanah air pun tak lancar mana memandangkan banyak kenderaan turut pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan.


Hari Pertama | Stulang Laut Ke Batam
Memandangkan aku sampai awal, so kitorang check in di Hotel Seri Malaysia Larkin. Next day seawal 9 pagi kami dah check out sebab nak kena beli tiket feri ke Batam Center. Tiket boleh dibeli secara online atau beli di Berjaya Waterfront, Stulang Laut. Okay dari Hotel Seri Malaysia Larkin nak ke Berjaya Waterfront aku naik Grab Car dengan harga sekitar RM8 ke RM9. Kalau korang ada voucher Grab boleh dapat dalam RM6.


Perjalanan ke Berjaya Waterfront, Stulang Laut dari Larkin mengambil masa dalam 10 minit perjalanan. Korang boleh beli tiket di kaunter tiket yang terletak di tingkat 2. Kat sini ada Watson dan farmasi kot-kot la korang nak cari ubat tahan muntah atau panadol. Yela perjalanan nak ke Batam Center pun mengambil masa sekitar 2 jam perjalanan jadi  kalau mereka yang berpotensi mabuk laut tu disarankan beli la panadol atau ubat tahan muntah ye.

Perjalanan Dari Stulang Laut Ke Batam Center
Harga tiket sehala ke Batam Center dari Berjaya Waterfront adalah seperti berikut :

Tiket sehala = RM90
Tiket return  = RM130


Harga tiket lebih murah kalau korang beli return di kaunter Berjaya Waterfront ye berbanding korang beli kat Batam Center. Kalau kat Batam Center harga tiket return RM180. Pilihan di tangan korang. So tiket feri kami pukul 12.30 tengahari, jadi dalam pukul 12.00 tengahari kami dah masuk cop passport dan luggage.


Bot ke Batam Centre aku rasa mampu memuatkan hampir 100 orang penumpang dan dibahagikan kepada dua ruangan, berhawa dingin dan bahagian open air di bahagian atasnya. Botnya bergerak tak laju mana dan korang kurang rasa mabuk dan pening disebabkan pelanggaran ombak. Jadi santai-santai saja la ye sambil tengok movie yang ditayangkan di bahagian hadapan bot. Aku tidur setengah jam dan berbual dengan kawan sehingga kami tiba di jeti Batam Center sekitar jam 3.30 petang.


Hari Pertama | Seharian Di Batam Centre

Cafe Hipster Amati Coffee

Sesampainya kami di Batam, kami dibawa oleh wakil kementerian Pariwisata Kepri (Kepulauan Riau), Pak Edi ke sebuah cafe yang terdapat di Buana Central Park iaitu Amati Coffee. Cafe ini baru sahaja beroperasi pada 1 Disember 2018 dan mengetengahkan konsep santai coffee house. Amati Coffee dibuka bagi menarik pengunjung-pengunjung di kalangan anak muda tempatan kerana konsepnya yang bersahaja dan santai.


Ada banyak menu yang dihidangkan di sini dan kebanyakan menunya saling tak tumpah dengan menu-menu rakyat Malaysia khususnya Negeri Sembilan contohnya seperti masal berlada. Masak berlada mereka memang pedas gila tapi sedap. Walaupun mulut kata pedas tapi tangan tu tak boleh berhenti menyuap makanan hahaha. Satu lagi sekiranya korang berkesempatan ke Amati Coffee ni, jangan lupa cuba Tapai Goreng Cheese dorang ye. Memang terbaik!


Berehat Di Hotel Redlink

Setelah semuanya kenyang dan kepenatan, kitorang pun dibawa Pak Edi ke sebuah hotel yang terdapat di Batam iaitu Redlink Hotel. Harga bilik standard dengan dua katil single dalam Rp280,000 including breakfast. Okay lah kan nak stay untuk satu malam je. Biliknya ada tv, aircond, toilet, tuala dan kemudahan wifi. Keesokan harinya seawal 8.30 pagi, kami selepas bersarapan di cafe hotel kami bergegas ke Jeti Batam untuk menuju ke Pulau Batu Belubang. Kali ni perjalanan kami dijangka memakan masa selama 3 hingga ke 4 jam.

Hari Kedua | Batam Centre ke Pulau Batu Belubang

Setelah hampir 4 jam lebih perjalanan menaiki bot, akhirnya kami tiba di pulau Batu Belubang, salah sebuah pulau di kepulauan Riau, Indonesia. Pulaunya kecil, populasi penduduknya sekitar 2000 orang dengan anggaran 300 buah keluarga. Sektor pekerjaan utama penduduk di sini adalah nelayan. Kami disambut mesra oleh Bapak Kepala Desa dan beberapa orang penduduk kampung. Sebaik kami tiba, kami dijemput ke rumah Kepala Desa untuk menikmati makanan tengahari. Boleh aku simpulkan makanan masyarakat di sana saling tak tumpah dengan makanan kita rakyat Malaysia. Ada pajeri terung, kari ikan, dalca sayur, sambal hijau dan ikan kering.

Syurga Makanan Laut

Memandangkan Pulau Batu Belubang merupakan pulau kecil dan hasil utama mereka adalah ikan dan sumber laut, sepanjang kami di sana kami disajikan dengan menu-menu laut sahaja. Bayangkan ketam yang besar-besar, ikan jebong sebesar lengan dihidang macam tu je. Kalau kat KL harga seekor ikan jebong tu boleh capai RM15 seekor. Time kitorang makan tu aku anggarkan hampir 70 ke 100 ekor ikan jebong saiz lengan kanak-kanak. Puas la nak menghabiskan. Dah la fresh. Cicah plak ngan acar nenas. Lain sikit rasanya berbanding kuah cicah yang biasa kita makan, cicah kicap atau air asam.


Rindunya Suasana Kampung

Kemudian dapatlah kami rehat sehingga petang. Sepanjang kami di sana, kami menumpang di salah sebuah rumah milik penduduk di sana. Aku anggapkan rumah tersebut merupakan satu-satunya rumah dua tingkat yang ada di Pulau Batu Belubang. Memandangkan Pulau Batu Belubang masih belum diperkenalkan sebagai pulau komersil bagi tujuan pelancongan, jadi masih tiada homestay atau chalet untuk pengunjung-pengunjung yang datang.


Seusai menunaikan solat Asar, kami dibawa Kepala Desa meninjau sekeliling kampung dan pulau. Kebanyakan penduduk di Pulau Batu Belubang tersebut masih mengamalkan cara hidup kampung, membasuh baju dan mandi di tepi perigi, membela ayam dan itik, membuat jaring menangkap ikan dan berniaga kecil-kecilan. Sepanjang laluan kami mengelilingi kampung, kami turut teruja kerana kebersihannya, dapat tengok makcik pakcik menyapu daun-daun kering dan bau daun yang dibakar malah anak-anak mudanya santai beriadah bermain sepak takraw sesama mereka.


Sejarah Pulau Batu Belubang

Setibanya kami di hujung kampung, kami mula menyusuri sisir pantai dan akhirnya meredah belukar kecil menaiki bukit tinggi untuk melihat panorama sekitar Pulau Batu Belubang di puncak tertinggi pulau tersebut. Subhanallah cantik sangat permandangannya dari atas. Dari atas dapat kami lihat pemandangan laut menghijau yang dipenuhi dengan terumbu dan batu karang. Kami dinasihatkan agar tidak mandi di lokasi tersebut kerana kawasan tersebut didiami spesis pari. Mungkin membahayakan pengunjung sekiranya ke Pulau Batu Belubang tersebut.


Di kaki bukit tersebut terdapat sebuah lubang dan berupa gua. Actually di situlah nama Pulau Batu Belubang mendapat nama. Kecil sahaja dan sangat menarik sekiranya korang ingin abadikan di dalam foto. Dengan keadaan pasir pantai yang halus, putih dan bersih aku percaya Pulau Batu Belubang mampu menarik lebih ramai pengunjung luar serta menjana pendapatan penduduk tempatan sekiranya ia dipromosikan dengan baik.


Siapa Kata Tiada Line Internet?
Sebelah malamnya pula kami ke pesisir pantai kerana di sana sahaja kami dapat line internet. Malah penduduk kampung turut menyediakan satu port khas bagi kemudahan mereka melayari internet. Menarik untuk dikongsikan di sini port layaran internet tersebut diperbuat daripada kayu atau papan secara memanjang. Tak sure kenapa hanya di bawah pokok tu sahaja yang ada line internet hahaha. Jadi kalau penduduk kampung nak online, memang kena pergi bawah pokok tu. Menarik kan? Hehe.

Nasi Lemak Batu Belubang
Memandangkan malam masih muda, cuaca malam pun cantik dan tak ada line internet untuk kami lakukan sebarang kerja, kami pun lepak kat warung di sebelah rumah kami. Warung kecil yang diusahakan sendiri oleh penduduk tempatan. Boleh dikatakan ada banyak kedai dan warung kecil yang mana semuanya diusahakan secara kecil-kecilan oleh penduduk setempat. Kat warung kami tu, Pop Soda hanya berharga Rp3000 sahaja berbanding di bandar yang mana harganya menjadi Rp5000 hingga Rp8000. Mee Goreng Indomee pula Rp10,000 dan Nasi Lemak berharga Rp5000 sahaja.


Di sini aku nak kongsikan Nasi Lemak Batu Belubang tak sama macam nasi lemak di Malaysia. Nasi Lemak Nasi Belubang dilengkapi dengan sambal ikan selar kuning, ikan bilis, timun dan nasi. Menariknya Nasi Lemak Batu Belubang ni, sambalnya dimasak garing dan ikan selar kuningnya ada dua ekor. Tak ada telur dan kacang ye. Killer Nasi Lemak Nasi Belubang ni memang pada sambal dia. Sedapnya kalau ada roti lebih nak je aku sapu kat roti. Nyam nyam. Kalau korang berkesempatan ke Pulau Batu Belubang, jangan lupa cuba Nasi Lemak kat sana ye.

Pengalaman Guna Tandas Terbuka



Keesokan harinya kami sudah bersiap sedia seawal 7 pagi. Kami kena beratur untuk mandi. Dalam masa yang sama kami berpeluang menggunakan tandas awam di pulau tersebut. Kena angkut air sendiri dan bila korang tengok ke bawah, dari lubang tandas tersebut boleh nampak terus ke laut. Hahaha kat KL memang tak jumpa. Pengalaman berharga bagi orang bandar macam kami. Mujur lah awal-awal pagi, orang pun tak bangun lagi hahaha.

Kunjungan Pelayar Dari Pelbagai Negara

Kami bersiap awal untuk menerima kedatangan pelayar-pelayar bagi Festival Lingga Neptune yang baru sahaja berlangsung. Kami tak sempat untuk menyaksikannya secara langsung tapi kami diberitahu yang festival tersebut sangat meriah dan menarik. Ketibaan para pelayar tersebut bukan sahaja disambut dengan paluan kompang dan tarian malah turut dimeriahkan dengan seni silat.


Walaupun berlainan negara, namun aku rasa banyak persamaan dari segi budaya dan makanan antara masyarakat di Pulau Batu Belubang dengan budaya Melayu Malaysia. Lagipun majoriti penduduk di Pulau Batu Belubang adalah beragama Islam. Malah sewaktu upacara tersebut berlangsung, kamu turut dijemput untuk menari lambak bersama penari-penari yang merupakan anak muda di sana. Mungkin sebab tak pernah menari jadi langkah aku jadi kekok. Macam robot aku rasa hahaha. Kami mula kembali ke bilik untuk berehat sebelum berangkat ke pulau seterusnya pada sebelah petang.

Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms



You Might Also Like

8 comments

  1. Tetap ada gambar dlm lubang kan hehehe.... cantik gmbar tok..

    ReplyDelete
  2. Akak suka la gambar dalam lubang tu...unik tau..makanan tu nampak sedap especially nasi lemak tu...entah bila la dapat pi situ..tapi kena ikut jalan laut kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak kalau nak ke pulau2 lingga ni kena naik bot

      Delete
  3. Sempat mengendap makcik tu basuh kain eh. Amboi dia...

    ReplyDelete
  4. Menarik nama pulau kat sana kan..Tambah view cantik

    ReplyDelete
  5. makanan kampung..suasana kampung..laut..alahai..bestnyaaa

    ReplyDelete
  6. stay dekat dengan jeti tanjung pengelih, feri dari sini ke batam memang dekat...boleh extend perjalanan nampaknya ni :D

    ReplyDelete

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *