Beli Puding Raja Original Pekan Pahang Di Food Market


Bismillah,

Selama aku duduk kat Kuantan dulu, tak pernah sekali pun aku cuba Puding Raja ni. Padahal Kuantan ngan Pekan tu bersebelahan je. Bukan nak kata kat Kuantan tak ada jual Puding Raja ni, tapi kalau nak real original dia punya rasa korang cari la kat area Pekan. Kalau ada pun kat Kuantan tu time bulan Ramadhan je la. Dorang jual kata bazaar.


Juga dikenali sebagai 'Royal Pudding'. pencuci mulut ini dicipta dan dihidangkan kepada keluarga diraja negeri Pahang. Bahan-bahan asasnya adalah pisang manis (kultivar pisang tempatan), susu, prun, ceri dan kacang. Puding bertambah menarik dengan jala mas dan dihidangkan dengan sos sejuk yang dibuat dari susu dan tepung jagung.


So selepas 7 tahun aku transfer ke KL, aku terjumpa balik Puding Raja ni. Actually weekend hari tu aku ke Food Market kat area Bandar Sri Permaisuri. Saje la le sana nak cari sambal. Oh ye kat Food Market ada banyak tau produk-produk keluaran tempatan ni. Bukan setakat variasi sambal malah korang boleh tengok pelbagai lagi produk lain sama ada yang sedia dimakan, pes masakan ataupun frozen. Sebab tu aku suka ke sini. Aku suka cuba sambal-sambal yang ada. Habis je stok kat rumah aku try la sambal lain plak. Begitulah rutinnya hahaha.


Ok sambung cerita pasal Puding Raja plak. Tengah aku belek-belek produk kat Food Market tu, aku ternampak la kotak dalam chiller tertulis Puding Raja. Whoaaa Food Market pun ada jual Puding Raja ni? Aku tanya budak kat kaunter tu, kot-kot la supplier dia dok area KL kan. Budak tu kata Puding Raja ni memang didatangkan khas daripada Pekan, Pahang. Originally made from Pekan. Perghhh rare ni. Cantik dan kemas packaging dia. Ingredient dia pun sama. Betul la ni kot cuma aku belum pernah sekalipun rasa Puding Raja ni. Kali ni aku tak nak lepaskan peluang. Kena beli dan rasa gak.


Harga dia pun RM9.90 je. Okay la tu pada aku sebab tak ramai orang KL yang boleh buat Puding Raja ni. Makanan di raja Pahang ni weh. Tahap wajib makan dah ni. Kalau orang tanya sekurang-kurangnya aku kata lah aku dah makan kan? Aku beli then makan kat situ gak sebab kat depan Food Market tu ada disediakan meja dan kerusi. Oh nak bagitau Puding Raja ni sedap dimakan time sejuk. Adoi mengimbau betul la. Menjejes air liur aku.


Kalau tak silap aku dalam Puding Raja tu ada kismis, prun, ceri, kacang dan pisang lemak manis. Warna kuning atas Puding Raja tu telur tau. Sempat aku tengok-tengok resepi Puding Raja ni kat Google. Mak aih rumit dan leceh cara penyediaannya. Kalau suruh aku, memang tak buat la. Berbaloi la dengan harga dia kan. Puding Raja tu dimakan dengan susu lemak manis. Adoi sedap weh sejuk-sejuk rasanya. Aku makan sorang je tau hahaha. Actually pisang pada Puding Raja tu digoreng terlebih dahulu tau. Kalau korang belum cuba, mohon cuba Puding Raja ni ye. Korang boleh beli kat Food Market, Bandar Sri Permaisuri. Fresh dan special sebab Puding Raja kat situ restock setiap 3 hari sekali. Kat bawah ni aku kongsikan details lokasi Food Market tu ye.

Food Market
17, Jalan Dwitasik
Dataran Dwitasik
56000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi
10am - 10pm
(Dibuka Setiap Hari)




2 Comments

  1. Puding Raja saya sangat suka yer memang mengancam sangat ok heheheh bestnya kalau dapat makan ni..

    ReplyDelete
  2. suka makan puding raja, lepas tu teruja jugak nak tau 12 jenis budu tu...ish kena pegi jugak tempat ni :D

    ReplyDelete