Buffet Ramadhan Murah De' Orchid Glass Hall, Plaza Metro Kajang

7:33 PM


Bismillah, 

So kepada korang yang tercari-cari lokasi untuk sebarang majlis berbuka puasa di sekitar Kajang, ni aku nak cadangkan lokasi terbaik buffet Ramadhan yang murah dan berbaloi-baloi iaitu di buffet Ramadhan De' Orchid Glass Hall. Actually De' Orchid Glass Hall ni terletak di tingkat 4 bangunan Metro Kajang dan ianya baru sahaja dibuka pada tahun lepas. Yang menariknya menu-menu buffet Ramadhan tahun ini disajikan oleh Djarilicious Catering iaitu sebuah syarikat catering yang terkenal di sekitar Kajang.


Ini merupakan tahun pertama plaza Metro Kajang mengadakan promosi buffet Ramadhan dan memberi kepercayaan kepada Djarilicious Catering untuk menyempurnakannya. De' Orchid Glass Hall tersebut mampu memuatkan seramai 300 orang dalam satu-satu masa dan seramai 30 orang tetamu di bahagian luarnya. Korang tak perlu risau, dalam ataupun luar semuanya sama selesa kerana ruang di De' Orchid Glass Hall dilengkapi dengan penghawa dingin. 


Bertemakan 'Terkenang Masa Lalu.. ' yang membawa konsep menu masakan Melayu, buffet Ramadhan De' Orchid Glass Hall ini menyediakan lebih kurang 40 jenis hidangan kepada para tetamunya. Kesemua hidangan dimasak mengikut citarasa masakan Melayu antaranya Sambal Udang, Kupang Masak Pedas, Lala Masak Halia, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, Ayam Masak Kicap, Gulai Kawah Daging, Rendang Daging, Daging Masak Hitam, Terung Belado, Ikan Bakar, Kerabu Mangga, Kerabu Kacang Botol, Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Mee Sup, Satay, Kambing Bakar, Pecal, aneka jenis kuih-muih, aiskrim, ABC, Cendol, buah-buahan dan pelbagai jenis minuman. Aku suka dengan hidangan Djarilicious Catering ni sebab makanan-makanannya semua berasa dan bukan menu-menu yang tangkap muat. Kena la dengan tekak melayu aku ni haha. 


Buffet Ramadhan De' Orchid Glass Hall juga turut menyediakan kemudahan tandas dan surau bagi mereka yang ingin menunaikan solat. Surau lelaki terletak di tingkat 4 manakala surau wanita di tingkat 3. Tandas ada di bahagian dalam De' Orchid Glass Hall dan di setiap tingkat di Plaza Metro Kajang. Parkir kenderaan juga tiada masalah kerana di Plaza Metro Kajang ni ada menyediakan kemudahan parkir. Rate parkir di sini adalah RM2 untuk 3 jam pertama dan RM3 untuk jam seterusnya. Tetapi kalau aku tak silap selepas jam 6 parkir di Plaza Metro Kajang adalah PERCUMA


Harga yang ditawarkan di Buffet Ramadhan De' Orchid Glass Hall ini pula sangatlah berpatutan. Harga biasa yang dikenakan untuk dewasa adalah RM45.90 manakala kanak-kanak adalah RM35.90. Tetapi sekiranya korang membuat tempahan buffet Ramadhan De' Orchid Glass Hall lebih awal secara atas talian atau telefon, harganya jadi lebih murah iaitu RM39.90 untuk dewasa dan RM29.90 untuk kanak-kanak. Harga buffet Ramadhan De' Orchid Glass Hall ini valid sehingga habis Ramadhan dan korang boleh dapatkan harga ini hanya melalui tempahan atas talian sahaja pada bila-bila masa selewat-lewatnya sehari sebelum korang nak datang berbuka puasa. 


Manakala harga pada setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad adalah berbeza di mana harga untuk dewasa adalah RM54.90 dan kanak-kanak adalah RM44.90. Tetapi kalau korang call awal untuk tempahan buffet Ramadhan De' Orchid Glass Hall, harga dewasa jadi RM49.90 dan untuk kanak-kanak RM39.90. Harganya sedikit berbeza kerana ada tambahan pada menunya iaitu Kambing Bakar. Kambing Bakar hanya dihidangkan pada hujung minggu sahaja. Promosi buffet Ramadhan De' Orchid Glass Hall ini berlangsung dari 8 Mei - 2 Jun 2019, dari pukul 6.30 petang sehingga 9.30 malam. 


Jadi kepada mereka yang berminat untuk berbuka puasa di buffet Ramadhan De' Orchid Glass Hall ni, korang boleh lah buat tempahan awal. Mana la tau syarikat korang cari port berbuka puasa yang murah dan berbaloi-baloi kan. Korang boleh rujuk maklumat di bawah untuk keterangan lanjut berkenaan tempahan dan menu-menu yang dihidangkan di buffet Ramadhan De' Orchid Glass Hall ini. 


Buffet Ramadhan De' Orchid Glass Hall 
Tingkat 4, Plaza Metro Kajang 
No. 4, Jalan Tun Abdul Aziz 
Seksyen 1, 43000 Kajang 
Selangor 

Tempahan :
0165098532 (Hotline)
0169208532 (Amy)
0166608532 (Farhan)




You Might Also Like

2 comments

  1. pilihan menu yg pelbagai dengan harga tu ...bln puasa sure rambang nk mkn menu yg mn 1 tu...eh parking tu lps 3jam pertama chargenya rm 1

    ReplyDelete
  2. yg pasti nasi lemak dia sedap wehhh

    ReplyDelete

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *