Hushworx Fitness Wear Corset Legakan Sakit Pinggang dan Slip Disc


Bismillah,

Sebenarnya aku ada masalah sakit pinggang dan belakang badan. Ini disebabkan kerana aku ulang alik pergi kerja setiap hari dengan menaiki motor. Terhentak-hentak kerana jalan tak rata, suhu pagi yang sejuk menyebabkan badan dimasuki angin dan postur duduk yang tak betul punca utama sakit belakang dan pinggang aku. Kadang-kadang sampai rumah badan rasa letih sangat, terpaksa minta puan isteri urut dan minta Jasmeen pijak belakang badan. Keadaan ini berlarutan dan aku rasa aku perlu lakukan sesuatu kerana sebelum segalanya jadi semakin buruk.


Macam kes kawan aku la Amirruddin Nawawi. Dia bagitau yang dia pun mengalami sakit bahagian belakang badan sehingga satu tahap dia tak mampu duduk secara normal. Dia punya sakit sampai tahap dia terpaksa menangis. Punyalah bahaya sakit belakang badan ni kalau tak dipulihkan boleh menyebabkan lumpuh tau. Haa jangan main-main.


Sebelum ni aku ada cuba pelbagai produk, dari supplemen hingga lah ke corset. Aku ada pakai corset sebelum ni tapi corset yang aku pakai tu buatkan pinggan aku rasa sakit. Lepas tu aku tak rasa pun kurang rasa sakit di bahagian belakang badan aku. Tak rasa yang corset tu mampu menampung dan memperbetulkan postur belakang badan aku. Jadi aku tak percaya fungsi corset dan aku teruskan rutin harian aku mengurut badan.


Tapi baru-baru ni kawan aku ada suruh aku cuba satu brand corset ni. Corset yang dia kenalkan ni fungsinya bukan untuk menguruskan badan ye tapi lebih kepada firming kan badan dan mengurangkan beban yang diterima oleh tulang belakang. Yeke? Boleh percaya ke? Aku pakai sebelum ni sama je tak ada beza pun. Tapi aku folo je la, tak salah pun kalau mencuba kan. Lagi pun aku tak tau nak buat apa lagi dah ni. Sakit pada belakang badan makin menjadi-jadi.


Corset yang kawan aku kenalkan ni brand Hushworx Fitness Wear. Brand ni ada kat Tingkat 1, Amerin Mall di Seri Kembangan. Tak jauh dari AEON MALL Cheras Selatan. Ada beberapa jenis Hushworx Fitness Wear corset ni. Ada corset khas untuk fitness yang mana corset ni cover di bahagian pinggan dan satu lagi khas untuk cover dari pinggan hingga ke atas badan. Aku try pakai yang corset fitness tu. Ya Allah sumpah aku kata lain beza ngan corset aku pakai sebelum ni. Pinggang dan tulang belakang aku rasa sedap, terus hilang rasa sakit. Dah lama tak rasa seselesa tu. Mana taknya buatan Itali dan Colombia kot.


Aku diberitahu yang Hushworx Fitness Wear corset ni sesuai untuk mereka yang ada masalah sakit pinggang, sakit belakang badan dan juga slip disc selain membentuk postur yang baik untuk badan. Lagipun besi pada Hushworx Fitness Wear corset mudah lentur dan tak menyakitkan tak seperti corset luar yang biasa aku guna. Materialnya pula ada 3 jenis. Fabrik, latex dan premium latex. Latex yang digunakan tak mudah mengembang, tahan regangan dan cantik terletak bila dipakai. Tak berlipat atau berkedut, tak bergeser dengan lengan dan tak panas walaupun mempunyai 3 lapisan. Cara cucinya mudah hanya bilas dengan tangan dan tidak dijemur direct dengan cahaya matahari. Cukup dikeringkan menggunakan kipas dan ruang berudara. Kalau besinya patah atau berkarat, korang boleh dapatkannya kembali di Hushworx Fitness Wear.


Hushworx Fitness Wear corset ni ada pelbagai saiz, dari saiz XS sehingga 6XL. Jadi mereka yang bersaiz besar juga boleh menggunakan corset ni. Yela mereka yang bersaiz besar lebih terdedah dengan masalah sakit pinggang dan tulang belakang. Mana la tau kalau korang guna Hushworx Fitness Wear corset ni, masalah korang beransur pulih kan? Aku plan nak beli satu dalam masa terdekat ni. Harga corset yang aku nak tu RM170. Kalau material latex full blakang tu harganya RM220 manakala latex premium harganya RM350. Tapi sekarang dari 1 April 2019 hingga raya dorang tengah buat promosi di mana semua corset mendapat potongan harga sebanyak RM50. Malah Hushworx Fitness Wear turut menawarkan harga pakej sempena promosi Hari Raya yang akan tiba di mana harga baju kurung moden bersama corset adalah RM290 sahaja. Kalau beli asing, harga baju dalam RM199 dan corset violet harganya RM170. Baju kurung ada 2 warna, hitam dan cream. Kalau korang plan nak bergaya dan nampak anggun di pagi raya nanti bolehlah gayakan baju raya bersama corset Hushworx Fitness Wear ni. Tempah baju raya korang di Hushworx Fitness Wear sekarang ye sebelum bulan Ramadhan ye.


So kalau korang berminat nak cuba Hushworx Fitness Wear corset ni boleh lah dapatkannya seperti maklumat yang aku kongsikan di bawah.

Hushworx Fitness Wear
Level 1, Amerin Mall
43300 Seri Kembangan
Selangor

Contact
0182564473

Instagram : @hushworx_fitnesswear
Facebook : @hushworx

1 Comments

  1. Seram pula kalau tak dirawat awal boleh sebbkan lumpuh aku dah decided dapat gaji yang ciput aku nak beli yang aku pakai gak haritu.. kalau beli dua leh tak dapat diskaun..

    ReplyDelete