Pertandingan Vlog MBMB 2019 Tawar Hadiah Sehingga RM20,000


Bismillah, 

Bersempena sambutan Ulang tahun ke-16 Bandaraya Melaka bersejarah, pada 15 April 2019 yang lalu kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil insiatif menganjurkan satu pertandingan Vlog MBMB 2019.


Pertandingan menggunakan Vlog dipilih seiring dengan kencederungan medium tersebut yang dilihat popular dalam kalangan masyarakat kini.

Sambutan kali ini juga sangat istimewa kerana Melaka mengistiharkan Tahun 2019 sebagai Tahun Melawat Melaka yang bertemakan Melaka The Gateway To Historic Malaysia 2019/2020.


Malah pertandingan yang bertemakan The Uniqueness of Melaka City* berkonsepkan empat elemen iaitu makan-makan@ Melaka City, jalan-jalan @ Melaka City ,jom shooping @ Melaka City, dan Culture @ Melaka City Melaka. 

Antara syarat syarat pertandingan

1. Tempoh Penyertaan : 1 - 31 Mac 2019*

2. Pendaftaran : 
Pendaftaran Online dan syarat-syarat pertandingan sila layari :-


3. Yuran Penyertaan :
👉 Warganegara  : RM 100
👉 Antarabangsa : USD 50

4. Bayaran atas nama : 
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
RHB Islamic Bank Berhad
2540 1300 0099 67


Hadiah yang ditawarkan dalam enam kategori termasuk tempat pertama dengan wang tunai RM7000.00 berserta penginapan 3 hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan

Pengarah Michael Ang turut dilantik menjadi juri dalam pertandingan tersebut

Manakala bagi hadiah tempat kedua , wang tunai RM5000.00, penginapan 3 hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan , ketiga wang RM3000.00 penginapan 3 hari 2 malam di Melaka dan sijil penyertaan.

Turut diberi hadiah bagi kategori Suntingan Terbaik, Catchy Tagline dan ‘Like dan Share’ dengan wang tunai RM2500.00 bagi setiap kategori masing-masing.

Credit IG @kesayanganfarahfazny

Segala syarat dan sebarang pertanyaan bolelah melayari sesawang www.mbmb.gov.my atau hubungi seperti yang tertera di bawah ini.

Norhaszurah

Shahida

Akmal


1 Comments