Promosi Bayaran Balik Separuh Harga Di Lulu Hypermarket, KL

7:10 PM


Bismillah,

Actually ni merupakan kali pertama aku ke LuLu Hypermarket. Itu pun sebab kawan-kawan ofis aku kata murah dan berbaloi-baloi. Aku ingatkan hanya ada barang-barang basah dan keperluan dapur je, rupa-rupanya ada banyak lagi yang boleh korang perolehi di LuLu Hypermarket ni. Ada bahagian pakaian, barangan elektrik, telefon bimbit, komputer riba, bahagian kanak-kanak dan groceries. Meriah kan? Semua dalam satu bangunan yang sama. Apa yang korang cari, semuanya ada di LuLu Hypermarket.


Promosi Bayaran Separuh Harga
Haa pasal promosi separuh harga LuLu Hypermarket ni plak hanya valid di bahagian pakaian kanak-kanak, lelaki dan wanita sahaja di mana setiap pembelian yang melebihi RM100, korang akan dapat voucer pulangan sebanyak RM50. Perghh best gila lagi-lagi kalau korang nak buat persediaan awal menyambut kedatangan Syawal. Kalau macam aku persediaan raya anak dan isteri memang akan aku buat awal sebab tak nak mengganggu bulan Ramadhan. 


Tingkat 1 : Bahagian Pakaian
Punya lah luas department pakaian ni. Dah la tu banyak plak pilihan dan jenama. Anak aku dah rambang mata, semua dia nal beli. Adoyai pening aku kalau anak dah ada taste sendiri ni haha. Design-design pakaian kat LuLu Hypermarket ni pun cantik-cantik. Banyak pilihan dan sesuai dengan citarasa kami sekeluarga. Malah ada bahagian sari dan churidar tau di tingkat 1. Kat sini korang boleh dapatkan sari ela untuk dibuat baju raya. Yup korang boleh customade baju raya korang di sini weh pada harga mampu milik. Zati dah plan nak buat baju raya di LuLu Hypermarket ni. Aku actually berkenan kat sepasang kasut tu tapi aku ke tingkat 2 LuLu Hypermarket dulu sebab aku nak cari sesuatu.


Tingkat 2 : Peralatan Elektrik, Gadget dan Peralatan Rumah


Di tingkat 2 di LuLu Hypermarket ni ada banyak peralatan elektrik, gadget dan perkakasan rumah. Kot-kot la korang nak beli peti ais ke, HD Tv ke, mesin basuh, komputer riba malah smartphone pun ada gak kat level ni. Aku tengok gak bahagian smartphone, nice gak harganya. Malah boleh buat easy payment. Ye la kadang-kadang tak semua orang mampu nak bayar cash kan. Tak pun mungkin nak beli banyak, boleh la apply easy payment. Pusing punya pusing at last aku jumpa gak item yang aku cari. Powerbank!! Aku memang perlukan sangat powerbank ni sebab nak guna untuk travel. Lagipun LuLu Hypermarket ni tengah buat promosi powerbank Pineng di mana harga powerbank berkapasiti 10,000 mAH hanya berharga RM40 sahaja. Korang boleh jimat RM25 kerana harga asal powerbank ni RM65. Aku rembat satu takut habis plak nanti haha.


Tingkat G : Barang Basah & Groceries.


Dah habis shopping kat bahagian pakaian, kami bergerak level G LuLu Hypermarket kerana di situ ada barang basah dan groceries. Ok kalau nak dibandingkan dengan pasaraya-pasaraya lain, barang-barang di sini lebih tersusun dan teratur. Ada banyak pilihan malah ada bahagian makanan tau. Makanan yang siap sedia dimakan. Ayam panggang, ayam goreng dan nasi briyani pun ada. Ada kaunter jeruk-jeruk sayur, sayur-sayuran yang segar dan banyak lagi. Jangan lupa singgah sekali bahagian Roastery & Bread di mana di sana ada menjual pelbagai jenis kacang, rempah ratus, manisan dan juga pelbagai variasi roti. Harga ayam proses di situ juga agak murah berbanding beberapa pasaraya yang pernah aku pergi sebelum ni.


So kepada korang yang ingin berbelanja dengan lebih jimat dan banyak pilihan, aku sangat cadangkan korang ke LuLu Hypermarket ni. Malah sehingga 24 Mac 2019 ini korang berpeluang untuk menikmati promosi bayaran balik separuh harga di bahagian pakaian LuLu Hypermarket ye. Jangan lepaskan peluang, masih ada masa lagi ni. Ni aku kongsikan sekali link LuLu Hypermarket kot-kot la  korang boleh jadikan rujukan nanti kan.


Website

Instagram

Facebook

You Might Also Like

1 comments

  1. berbaloi oihh datang sini. pelbagai promosi setiap tahun yg best2. mcm ni. bila lah lulu nak buka dekat bangi. kalo bukak dekat la skit

    ReplyDelete

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *