The Adventurers' Web Tarikan Terbaru Di AEON MALL Nilai


Bismillah, 

Baru-baru ni aku dan family ke AEON MALL Nilai yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Saje je jalan-jalan cuci mata kat sana. Walaupun baru 3 bulan dibuka, aku tengok ada pelbagai shoplot sudah pun dibuka malah aku rasa tak lama lagi AEON MALL Nilai ni akan menjadi tempat kunjungan utama bagi penduduk setempat dan luar.


Kebiasaan kalau aku ke mana-mana cawangan AEON di sekitar Lembah Klang, Jasmeen mesti akan minta aku bawanya ke kawasan permainan kanak-kanak. Itu saja lah tempat permainan yang pada aku sangat selesa untuk ibu bapa membiarkan anak-anak mereka bermain, ada kelengkapan pelbagai jenis mainan dan affordable juga pada segi harganya. Tapi kali ni bila aku pergi ke AEON MALL Nilai, aku agak teruja kerana di sana ada menyediakan satu taman interaktif dan bakal jadi tumpuan terbaru khususnya kepada famili yang berkunjung ke sana. AEON MALL Nilai kini mengajak para pengunjungnya menikmati satu-satunya taman interaktif mereka iaitu The Adventurers' Web yang bakal dilancarkan pada 23 Mac 2019 akan datang. 


The Adventurers' Web ni berada di tingkat 2 bersebelahan restoran Pizza Hut dan Dubuyo di AEON MALL Nilai ni. Mula-mula aku sampai di sana, aku curious juga sebab aku tak pernah lihat taman interaktif seperti ini di mana-mana cawangan AEON di sekitar Lembah Klang. Rupa-rupanya bila aku berbual dengan salah seorang stafnya, dia mengatakan ia merupakan satu-satunya taman interaktif yang dibuka dan dibangunkan di AEON MALL Nilai. Perghh biar betul! Adoi aku takut makin kerap la aku ke AEON MALL Nilai ni. Mujur lah rumah aku kat area Kajang je, takde la jauh mana. 


Aku berpeluang masuk ke The Adventurers' Web untuk merasai sendiri tarikan apa yang ditawarkan di sana. Untuk pengetahuan korang, The Adventurers' Web memperkenalkan 3 tarikan utama kepada para pengunjungnya khususnya kepada kanak-kanak iaitu Dinosaur Rangers, Monster House dan Mini Science & Technology Discovery Center. Di dalam Dinosaur Rangers, korang dibawa melihat dan mengenal lebih 10 jenis haiwan prasejarah. Haiwan-haiwan ini mampu bergerak di samping saiznya yang cukup besar dan seakan-akan hidup pada aku. Selain daripada itu Dinosaur Rangers juga ada menyediakan beberapa aktiviti kepada para pengunjungnya seperti sewaktu tayangan Dinasour pengunjung boleh memberi Dinasour makan dan minum susu, mencari telur Dinasour di dalam maze dan juga wall climbing. Kepada anak-anak yang sukakan Dinosaur, aku cadangkan korang bawalah mereka ke Dinosaur Rangers ni ye. Boleh bergambar sekali dengan haiwan-haiwan pra sejarah di sana. 


Kepada anak-anak yang gemarkan sains dan teknologi pula, aku cadangkan korang ke laman Mini Science & Technology Discovery Centre pula kerana di sana ada disediakan beberapa ruangan dan hub sains yang pasti mengujakan. Antara yang boleh korang cuba di sana adalah seperti Reverse Bungee, Interactive Floor, Robot Programming dan banyak lagi. Aku rasa dalam 20 jenis permainan yang boleh dicuba di laman Mini Science & Technology Discovery Centre ni. 


Terakhir sekali tarikan yang pasti mengujakan yang ada ditawarkan di The Adventurers' Web adalah Monster House. Di dalam Monster House ni ada disediakan 13 tema berbeza untuk para pengunjungnya yang mana semakin jauh, semakin meningkat tahap ketakutannya. Tapi korang tak perlu risau kerana Monster House ni tak seperti Rumah Hantu yang biasa korang lihat di taman-taman tema di luar sana. Hanya diletakkan gambar, display dan figura yang tidak bergerak. Ia hanya menguji sejauh mana korang satu famili berani menghadapi sesuatu sekiranya diberi pilihan. Contohnya korang dikehendaki mencari kunci pintu dengan memasukkan tangan di dalam beberapa lubang. Selagi tak jumpa kunci, pintu untuk ke level seterusnya tidak akan terbuka dan korang tau la apa yang ada di dalam lubang-lubang tu kan haha. Pada aku Monster House sangat menarik kerana aku dapat mengajar Jasmeen menjadi lebih berani dan bijak membuat keputusan. 


So kalau korang nak mencuba taman interaktif The Adventurers' Web ni, ia akan dibuka sepenuhnya kepada para pengunjung pada Sabtu, 23 Mac 2019 di AEON MALL Nilai. Korang juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dan diskaun sempena pembukaannya nanti. Sebanyak 200 tiket akan diberikan secara PERCUMA malah pengunjung yang melawati The Adventurers' Web ini berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Korang boleh dapatkan tiket untuk tiga-tiga laman interaktif yang ditawarkan di The Adventurers' Web ini pada harga promosi RM25 sahaja berbanding harga sebenarnya RM49. Harga ini hanya untuk tiket early bird yang boleh didapati di kaunter The Adventurers' Web dari 18 hingga 21 Mac 2019 dan bagi pemegang kad AEON Credit Service, korang layak mendapat potongan harga sebanyak 30%. Ia dibuka seawal 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari. 


So jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman dan tarikan terbaru yang disediakan di The Adventurers' WebAEON MALL Nilai ini. Aku pasti korang dan famili pasti teruja dan ianya merupakan pengalaman menarik yang boleh dikongsikan bersama yang tersayang. 

Sebarang maklumat dan pertanyaan korang boleh rujuk di bawah ni ye. 

AEON Mall Nilai, 
No. 2, Persiaran Pusat Bandar 
Putra Point, Putra Nilai 
71800 Nilai, N9 

Contact 
Monster House : +6011 1643 6050 
Dinosaur Rangers : +6012 657 4912 
Mini Science & Technology Discovery Centre : +6017 672 6385 

Instagram : @aeonmall_nilai 
Facebook : @aeonmallnilai

0 Comments