5 Restoran Makanan Halal Untuk Traveller Sekiranya Bercuti Di Macao, China

5:21 PM


Bismillah,


Kebiasaannya perkara utama yang menjadi kebimbangan kita sekiranya travel ke luar negara adalah mendapatkan bekalan makanan halal lebih-lebih lagi bagi mereka yang beragama Islam. Masalah yang sama juga turut dikongsi oleh mereka yang memakan sayur-sayuran atau vegetarian. Kadang-kadang punya la bimbang sampai terpaksa bawa mee segera setiap kali bercuti ke luar negara haha. Bosan gak asyik makan mee segera kan so apa kata hari ni aku kongsikan 5 restoran makanan halal untuk traveller sekiranya bercuti di Macao, China.

Dong Lai Shun Muslim Restaurant | Halal Certified

Restoran ini terletak di belakang L'Arc Hotel dan menyajikan hidangan cina muslim sebagai sajian utamanya. Selain itu mereka juga menyediakan hidangan makanan laut yang segar di mana ia hanya akan disediakan sekiranya terdapat pesanan daripada pelanggan. Korang boleh cuba menu udang kara, udang lipan, kerapu, udang galah, ikan merah, scallop dan paling best ketam raja.


Lokasi : Belakang L'Arc Hotel
Alamat : G/F, Kuong Fai Medical & Rehabilitation Centre 484 R. Cidade de Coimbra, Alameda Dutor Carlos d'Assumpcao, Macao

Loulan Islam Restaurant (Xinjiang Cuisine)Halal Certified

Restoran Loulan Islam Restaurant ini pula mengetengahkan menu-menu yang berasaskan vegetarian. Ada pelbagai menu yang unik yang boleh korang cuba antaranya seperti King Oyster Mushroom Stir-fried yang mana rasanya kenyal seolah-olah korang memakan daging. Kemudian ada juga menu seperti  Satay Pastry (satay sayur-sayuran) dan Asam Laksa Pot yang mana rasanya seperti lontong. Sangat sedap dan korang kena cuba menu-menu yang disediakan di sini.


Lokasi : Intersection of Avenida Almeida & Rua Cinco de Outubro
Alamat : Rua do Almirante Sergio, No. 259, San Fok Jardin R/C, Block B, C
Waktu Operasi : 11am - 2am


Taste Of India (Indian & Portugeese Cuisine) | Halal Certified

Kepada penggemar menu masakan india, haa jangan tak tau di Macao juga ada restoran makanan india yang diiktiraf halal iaitu Taste Of India. Bila cakap pasal menu masakan india ni, kari dan paratha memang tak boleh tinggal. Nasi Briyani dia menggunakan beras basmathi yang panjangdan sedap. Makan macam tu je pun dah enak. Kari kambung dia juga memukau, dah la lembut pekat pula tu. Memang sesuai dimakan bersama roti paratha bawang putih dan Nasi Briyani. Nyum nyum.


Lokasi : Opposite Ascott Hotel
Alamat : Avenida Sir Anders Ljungstedt, No.22AD, Vista Magnifica Court, Macao
Waktu Operasi : 12pm - 3pm (lunch) / 6pm - 11pm (dinner)

Loly Indonesian Food (Indonesian Cuisine) | Halal Certified

Dalam banyak-banyak restoran makanan halal yang ada di Macao, aku rasa Loly Indonesian Food ni lebih menepati citarasa dan selera aku. Alamaklumlah menu serumpun kan, tak jauh bezanya dengan menu masyarakat Melayu Malaysia. Ada menu seperti Deep-Fried Chicken ( Ayam Goreng Berempah), Deep-fried Lamb Chops, Deep-fried fish & green peppers/garlic, Stir-in Sauce Cucumber & Chilli, garlic dan juga Stir Chicken Meat & Bean. Kalau korang rindu masakan rumpun Melayu boleh la cuba makan di sini.


Lokasi : Near Kiang Wu Hospital
Alamat : Edificio Pek Hok Kok, 33R. da Erva, Macao
Waktu Operasi : 10am - 10pm (Tuesday - Sunday)


Golden Peacock (Indian Cuisine) | Halal Certified

Last but not least adalah salah sebuah restoran yang menyajikan menu masyarakat India iaitu Golden Peacock yang terletak di The Venetian Hotel, Macao. Restoran ni agak esklusif dengan ciri-ciri dan susun atur ruangan dalamnya yang kelihatan mewah. Menu-menu yang dihidangkan di sini berupa alakat dan dihidangkan course by course. Aku boleh katakan di sini restoran Golden Peacock adalah restoran mewah dan pernah mendapat anugerah restoran terbaik kalau tak silap aku.


Lokasi : Near to South Lobby, The Venetian
Alamat : The Venetian Macao, Estrada da Baia de Nossa Senhora da Esperanca Casino, Level 1 Shop 1037.
Waktu Operasi : 11pm - 3pm (lunch) / 6pm - 11pm (dinner)



**********

So ini antara restoran-restoran yang mendapat sertifikasi halal yang ada terdapat di Macao, China. Sebenarnya ada beberapa lagi stall dan restoran yang menjual pelbagai menu makanan halal tapi buat masa ni aku senaraikan 5 buah restoran sahaja ye. Nanti kalau aku berpeluang teroka sektor makanan halal di Macao, China nanti aku akan update lagi di dalam artikel ini.

Selamat bercuti!!


You Might Also Like

1 comments

  1. senang la kalau ada restoran Halal ni. ok, leh jadi rujukan kalau ke sana nanti

    ReplyDelete

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *