Bawa Pulang Proton X70 Dengan Peraduan Yeo's Raya Bergaya 2019


Bismillah,

Sedar tak sedar tak lama lagi kita bakal menyambut kehadiran bulan Ramadhan. So macamana dengan persiapan korang menyambut bulan Ramadhan nanti? Itu nak kena tukar, ini nak kena beli. Pening juga kan? Lebih-lebih lagi time puasa ni kebanyakan antara kita memang tak sempat untuk menyediakan menu berbuka lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkerjaya. Balik dengan jalan jammed, nak ke bazaar Ramadhan pun dah tentu sesak dan sukar mencari parkir. Jadi aku perlukan sesuatu yang mudah dihidang, sihat dan menyegarkan ketika berbuka puasa. Kalau minuman dah tentu air soya Yeo's. Jangan kata aku, anak isteri aku pun sukakannya. Air soya memang sinonim dengan bulan Ramadhan, diambil ketika waktu berbuka dan juga sahur. Korang bayangkan air soya Yeo's yang sejuk tu melegakan tekak korang setelah seharian panas akibat berpuasa. Allahu nikmatnya.


Tapi bagaimana jika dengan hanya meminum air soya Yeo's tu, korang berpeluang memenangi tunai secara mingguan? Dapat hadiah bernilai hampir RM200,000 dan berpeluang bergaya dengan kereta baru berupa Proton X70? Amacam menarik tak? Jangan kata korang, aku pun terkejut gak. Cer bayangkan sehari sebotol, 30 hari dah 30 botol. Perghhh makin besarlah peluang korang nak bawa pulang hadiah utama Proton X70. Mana la tau korang boleh bawa Proton X70 bawa balik raya nanti kan? Ai aku mula berangan-angan dah ni. Ye la daripada aku beli air yang bukan-bukan kat bazaar Ramadhan tu, baik aku belikan air soya Yeo's untuk keluarga aku kan?

Haa sebenarnya kalau korang nak tau tahun ni Yeo's sekali lagi menganjurkan Yeo's Peraduan Raya Bergaya seperti tahun-tahun sudah tapi hadiah tahun ni lebih gempak dan mengancam! Dah la syarat-syarat penyertaan dia mudah. Kalau bukan rezeki korang, mana lah tau rezeki anak-anak kan? Takpun rezeki mak abah korang selalu doakan korang. Tak berjaya bawa pulang Proton X70, paling tidak pun boleh dapat wang tunai atau hadiah-hadiah lain. Jom kita cuba sama-sama. Syarat-syarat penyertaan aku sertakan di bawah ni.


Syarat-Syarat Menyertai Peraduan

Langkah 1 :
Beli mana-mana makanan (makanan dalam tin, sos, mi) ;

a) Minuman Yeo’s
b) Cintan (Produk Yeo’s)
c) Justea (Product Yeo’s)
d) Tong Nam (Produk Yeo’s)

Yang bernilai RM 8.00 di dalam satu Resit Rasmi. Wajib minima satu minuman Yeo’s dalam botol. (1 resit = 1 penyertaan peraduan)

Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama Produk Yeo’s bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.

Langkah 2 :
Buka aplikasi WhatsApp korang, muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan taip (Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi).

Lampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-
  1. Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Yeo’s. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
  2. Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.
Langkah 3 :
  1. Hantar penyertaan melalui aplikasi WhatsApp ke nombor telefon 012-2124873
  2. Peserta Layak akan menerima satu notifikasi rasmi melalui aplikasi WhatsApp dari Penganjur dalam 1 hingga 3 hari bekerja bagi setiap penyertaan yang diterima.
Langkah 4 :
Simpan Resit Rasmi pembelian untuk tujuan pengesahan.

Ha alang-alang tu aku nak bagitau yang Yeo’s Soya skarang ni dalam pek 1 liter baru tau. Packaging dia ada lain sikit. Untuk memastikan kualiti soya terjamin, ia menjalani proses pengisian sejuk bagi memastikan kesegarannya kekal berpanjangan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan nanti. Lagipun dengan packaging baru Yeo’s Soya ni, ia tidak mudah tumpah, rasa sejuk dan kesegarannya boleh tahan lama dan mudah untuk dikitar semula. Haa kira mesra alam la. Dengan adanya pek baru Yeo’s Soya ni makin bermakna dan bererti la waktu berbuka dan sahur korang nanti kan?


So korang boleh dapatkan Yeo’s Soya dan sebarang produk Yeo’s yang mengambil bahagian. Mana la tau kan rezeki korang untuk bawa pulang Proton X70 ke kampung halamab tahun ni. Aku pun nak join sama. Takkan nak tengok korang bolot semua hadiah tu kan haha. Good luck guys!


1 Comments

  1. Air soya dengan Yeo’s memang tak dapat dipisahkan.
    Aduh, rasa nak minum soya cincau pula. Kena tahan sampai habis pantang la nampaknya. ��

    ReplyDelete