Buffet Ramadhan Murah Di Selangor | Lugar De La Boda, Puchong


Bismillah,

Siapa sangka ada lagi lokasi yang menyajikan Buffet Ramadhan murah bawah RM100 ni kan? Kalau ikut-ikutkan tak banyak tempat bagi harga serendah ini. Kalau ada pun restoran atau cafe biasa yang terletak di pinggir-pinggir kota. Tapi kali ni aku nak ajak korang ke Buffet Ramadhan Murah Di Lugar De La Boda, Puchong.


Terletak di Taman Puchong Utama, buat kali pertamanya Lugar De La Boda mengadakan buffet Ramadhan untuk tahun ini. Actually Lugar De La Boda merupakan sebuah dewan dan merupakan 'anak kedua' Syarikat Hanana Group selepas Ambassador Putrajaya. Hanana Group mempunyai pengalaman lebih 10 tahun sebagai wedding planner yang merangkumi penyediaan dewan dan makanan untuk majlis. Jadi kelebihan itu digunakannya untuk membuat promosi Buffet Ramadhan Murah Di Lugar De La Boda, Puchong. Yang lebih best harga yang ditawarkan serendah RM68 nett sahaja untuk dewasa dan RM38 nett sahaja untuk kanak-kanak. Tetapi kalau korang beli voucher sekarang, harga Buffet Ramadhan Murah Di Lugar De La Boda, Puchong ni hanya RM58/nett dewasa dan RM30/nett untuk kanak-kanak sahaja. Promosi ni sah sehingga 5 Mei 2019!!


Buffet Ramadhan Murah Di Lugar De La Boda, Puchong ini menyediakan menu-menu masakan kampung sebagai tarikan utamanya. Ada kira-kira lebih daripada 100 jenis hidangan yang akan dihidangkan di sepanjang promosi Buffet Ramadhan Murah Di Lugar De La Boda, Puchong ini. Setiap hari menu-menunya akan bertukar ganti bagi memberi kelainan dan kepuasan kepada para pengunjungnya.


Tapi kalau korang ke Buffet Ramadhan Murah Di Lugar De La Boda, Puchong ni korang wajib cuba kambing bakar dia. Ya Allah sedapnya. Dua tiga kali jugak la aku repeat. Aku rasa aku banyak makan kambing daripada menu lain. Bila dah penuh kambing dalam perut, baru sedar yang aku tak makan pun lagi menu-menu lain. Perapan daging kambing dia terasa manis-manis gitu. Sos lada hitamnya pun sedap. Korang kena cuba sendiri sebab rasa daging kambing nya tak macam daging-daging kambing yang biasa aku makan kat hotel-hotel sebelum ini.


Harga macam aku kata tadi RM68 nett untuk dewasa dan RM38 nett untuk kanak-kanak. Tapi harga RM58 nett dewasa dan RM30 nett kanak-kanak kalau korang beli voucher awal sehingga 5 Mei 2019. So kalau korang nak buat tempahan kena cepat-cepat la ye sebab benda murah ni orang cari. Kang penuh kang terpaksa cari tempat mahal plak. Actually buffet Ramadhan ni tujuan sebenarnya nak berkumpul dan bersua muka. Makan tak de la sangat. Betul tak? So kalau boleh, lagi murah kan lagi baik, boleh bawa lebih ramai ahli keluarga dan sahabat handai sama-sama ye.


So kalau korang nak buat tempahan Buffet Ramadhan Murah Di Lugar De La Boda, Puchong atau sebarang pertanyaan lanjut berkenaan menu, boleh rujuk maklumat di bawah ye

Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4
Lake Vista, 47100 Puchong
Selangor


Tempahan / Contact Person
016-3111074 (ZURAINI) 
016-4318434 (LIANA) 
016-6700752 (HANIS) 
016-6700457 (FARAH) 
016-6700473 (SHAIDATUL) 
016-6700471 (SARAH)




0 Comments