Trip Percutian 3 Hari 2 Malam Ke Pulau Perhentian Kecil, Terengganu


Bismillah,

Last week aku dan kengkawan ke Pulau Perhentian, Terengganu. Kami menaiki penerbangan Air Asia ke Kota Bahru di KLIA2 pada harga dalam RM210 untuk tiket penerbangan pergi balik. Amacam murah kan? Tapi harga tiket sentiasa berubah-ubah ye so kena pandai pilih tarikh dan masa untuk penjimatan kaw kaw hoho. Harga tu per pax, itupun kitorang amik flight pukul 7 pagi. Tido KLIA2 la jawabnya takut terlepas haha.



HARI PERTAMA | KOTA BAHRU KE JETI KUALA BESUT 


Kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bahru dalam pukul 7.45 pagi, checkout bagai dalam pukul 8.00 juga la kat luar airport tu. Kami menaiki van dari company Seven Seas. RM25 je per pax. Kalau korang amik teksi biasa harga dalam RM90 sehala. Tu pun kena pandai nego. Tapi kalau korang datang ramai, bawak banyak luggage aku cadangkan korang amik van persiaran la ye. Either Seven Seas atau Transperhentian. Jarak daripada Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bahru ke Jeti Kuala Besut adalah 57 km dan mengambil masa dalam 1 jam perjalanan. Jadi kami tiba di Jeti Kuala Besut dalam pukul 9 pagi. Kami sarapan dulu sebelum bot tiba untuk membawa kami ke Jeti Coral Bay di Pulau Perhentian Kecil, Terengganu.


JETI KUALA BESUT KE JETI CORAL BAY, PULAU PERHENTIAN KECIL
Okay daripada Jeti Kuala Besut menuju ke Jeti Coral Bay Pulau Perhentian Kecil pula memakan masa sekitar 40 hingga 45 minit bergantung kepada kelajuan bot dan keadaan ombak. Time kami pergi tu keadaan ombak sedikit bergelora had I melambung-lambung la kami di dalam bot tersebut. Kelakar pun ada sebab masing-masing menjerit gayat haha. Jeti Kuala Besut bukan sahaja menghubungkan pelancong ke Pulau Perhentian Kecil semata-mata malah turut menghubungkan ke pulau-pulau di sekitarnya.


MENGINAP DI OMBAK DIVE RESORT, PULAU PERHENTIAN KECIL 


Di sana ada banyak resort disediakan bagi memenuhi kunjungan pelancong-pelancong dari luar antaranya Ombak Dive Resort. Di Ombak Dive Resort inilah penginapan kami di sepanjang 3 hari 2 malam nanti. Korang pasti akan terkejut kerana dari pandangan luar resort ini seakan-akan esklusif tetapi bila korang check ratenya di kaunter pendaftaran harganya ternyata lebih murah daripada apa yang korang sangkakan. Terkejut juga kami, mujur masih ada kekosongan bilik untuk kami pada hari itu.


Memandangkan kami tiba 2 jam lebih awal, kami memilih untuk menikmati hidangan makan tengahari terlebih dahulu. Di Ombak Dive Resort ni turut menyediakan cafe kepada para pengunjungnya. Cafenya tak tertumpu kepada pengunjung resortnya semata-mata malahan sesiapa sahaja boleh menikmati hidangan di sana. Oh ye Ombak Cafe hanya menghidangkan menu alakat dan menu buffet hanya dihidangkan untuk sarapan pagi sahaja. Ada pelbagai menu western dan fusion yang boleh korang cuba di sana dan portion yang dihidangkan sangat lah besar. Harga? Pada aku harga yang ditawarkan di Ombak Cafe ini standard cafe hipster KL. Tapi still berbaloi dengan portion dan rasa yang dihidangkan.


BILIK SERBA LENGKAP DI OMBAK DIVE RESORT



Sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 3 petang kami semua check in ke bilik masing-masing. Aku menginap di bilik 4 orang, di mana bilik aku dilengkapi dengan 2 katil bersaiz Queen. Bilik Quadruple Sharing Rooms kami ni dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas siling, meja tulis dan kerusi, LCD tv, tandas, pemanas air dan juga kelambu. Nampak romantik sangat bilik kami hahaha padahal semua jantan. Tapi aku nak ingatkan kat bilik tak disediakan sejadah so bawa la sejadah korang sendiri dari rumah ye. Bilik kami juga ada balkoni untuk bersantai dan berehat. Ombak Dive Resort ni dibina dengan kemasan kayu, so memang nampak elegan dan esklusif.


Antara bilik-bilik yang ada di tawarkan di Ombak Dive Resort adalah seperti :

👉 Single Room 
👉 Twin Room 
👉 Quadruple Sharing Room 
👉 Exclusive Suites 


So kami terus mandi dan berehat memandangkan masing-masing pun keletihan kerana perjalanan daripada pagi lagi. Di sebelah petangnya pula kami berjalan di pesisir pantai dan menikmati suasana dan pemandangan matahari terbenam.

PERSEMBAHAN TARIAN API DI OMBAK DIVE RESORT 


Setiap minggu akan ada persembahan tarian api dipertontonkan kepada para pengunjung yang hadir. Tarian api ini hanya  akan dipersembahkan pada hari Rabu, Jumaat dan Sabtu sahaja. Jadi sambil menikmati permandangan waktu senja, kami turut dihiburkan dengan aksi-aksi peserta tarian api yang begitu mengagumkan. Bukan itu sahaja, para pengunjung juga turut berpeluang membuat aksi bersama pemain-pemain api tersebut. Persembahan tarian api tu berlangsung sekitar setengah jam sahaja dan seterusnya pengunjung dihiburkan pula dengan tayangan wayang pacak. Setiap hujung minggu akan ditayangkan pelbagai seleksi filem antarabangsa kepada para pengunjung Ombak Cafe. Hari tu kami berpeluang menonton filem Capten Phillips. Ramai juga yang menonton malam tu malah turut menarik minat pengunjung luar yang tak menetap di Ombak Dive Resort.


SANTAI LEWAT MALAM LONG BEACH 
Seterusnya kami bergerak menuju ke Long Beach yang terletak di pantai seberang bukit di Pulau Perhentian Kecil. Untuk menuju ke Long Beach ni, korang kena menyelusuri bukit dan hutan kecil. Laluannya sempit dan sedikit gelap memerlukan cahaya daripada telefon bimbit untuk menyuluh jalan. Sesekali korang kena berhati-hati kerana ada ketika haiwan-haiwan liar akan melintasi jalan seperti biawak dan mungkin ular kecil. Jarak perjalanan daripada Ombak Dive Resort ke Long Beach aku anggarkan dalam 10 minit sahaja. Terasa penat juga lah, rasa terbakar lemak-lemak degil di peha haha.


Long Beach terkenal kerana tarikannya pada waktu malam seakan-akan pantai tersebut tak pernah tidur daripada kehadiran kunjungan manusia. Suasananya yang gelap diterangai dengan persembahan pemain api dan gerai-gerai kecil yang menyediakan pelbagai jenis minuman dan makanan. Kebanyakan pengunjung yang hadir adalah di kalangan pelancong luar dan juga rakyat tempatan dalam lingkungan 20 ke 30 an. Aku dan kawan-kawan lain hanya duduk bersantai di tepi pantai sambil menghirup udara malam. Jam mula menunjukkan pukul 1 pagi tapi suasananya masih meriah. Almaklumlah anak-anak muda sesekali berkumpul macam tu la jadinya haha. Kami sempat bermain permainan Wolf seround dua sebelum kami memutuskan untuk pulang ke bilik.

HARI KEDUA | SNORKELING DI ROMANTIC BEACH 


Kami bangun awal pagi untuk breakfast pada hari kedua. Ye la teruja lebih kerana seawal 10 pagi kami akan dibawa untuk snorkeling di Romantic Beach, Pulau Perhentian Kecil. Romantic Beach merupakan pesisir pantai yang letaknya tak jauh daripada Jeti Coral Bay, adalah dalam lingkungan 5 minit perjalanan dengan menaiki bot. Di sana tempatnya lebih privasi dan terlindung. Pada aku ianya sangat sesuai bagi mereka yang ingin mengadakan sebarang event tertutup, hari keluarga dan percutian romantik pasangan yang baru berkahwin. Lagipun pantainya cukup jernih dan amat sesuai bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti snorkeling.


PANTAI PRIVATE & TERLINDUNG
Seumur hidup aku ini merupakan pengalaman pertama aku snorkeling dan ianya sangat mengujakan. Tak perlu ke tengah laut, dari tepi pantai pun sudah cukup untuk korang melihat hidupan laut dan pelbagai spesis ikan bermain-main di sekitar korang. Malah korang juga berpeluang melihat dan memegang gamat hidup secara dekat. Peralatan snorkeling pula korang boleh sewa di Ombak Diver pada harga RM40 untuk 6 check point snorkeling. Murah kan? Lagi pun Ombak Diver ada menyediakan khidmat jurulatih profesional dan mereka juga diiktiraf oleh PADI Dive.


Kami kembali ke Jeti Coral Bay sekitar jam 1 tengahari dan kembali ke bilik untuk berehat dan membersihkan diri sebelum menikmati hidangan makan tengahari di Ombak Cafe. Seriously aku memang suka makan di Ombak Cafe tu. Eventhough dia punya Mee Goreng pun mengimbau daa. Sedap ya amat haha. Tu belum menu-menu lain lagi. Dengan saiz portion, dia punya rasa perghh terbaik la. Kalau korang sukar nak dapatkan makanan di tempat lain, aku memang suggest korang datang makan kat sini la. Kitorang lepak kat Ombak Cafe tu sampai petang sebab kat area tu je disediakan kemudahan wifi. Ye la masing-masing ada kerja nak disiapkan kan?


SNORKELLING & KAYAK MURAH


Then lepas Asar kami just habiskan masa berjalan dan menikmati suasana petang di sepanjang pesisir pantai Pulau Perhentian Kecil tu. Ada gak antara kitorang yang masih belum puas mandi laut, turun lagi ke laut dan snorkelling. Actually tepi pantai depan Ombak Dive Resort tu pun korang boleh snorkelling tapi penuh la dengan perahu-perahu. Kalau nak korang boleh ke arah Senja Chalet yang tak jauh daripada situ. Haa kat situ korang boleh snorkelling puas-puas. Aku ngan kawan aku Khai plak kitorang main kayak. Sejam RM10. Murah kan? Puas la kitorang berkayak sejam tu. Dah penat mengayuh pass kat kawan-kawan lain plak haha. Tapi kitorang sewa kayak kat tempat lain kat area-area situ jugak tak jauh daripada Ombak Dive Resort tu.   Kitorang balik ke bilik dalam jam 7 malam sebelum keluar makan malam selepas Maghrib. Hai makan lagi? Hahaha.



HARI KETIGA | PERJALANAN BALIK KE KL
PEKENA NASI BERLAUK WARUNG PAK MAT PULAU PISANG


Keesokan harinya kami bersiap untuk pulang. Kami keluar menaiki bot ke Jeti Kuala Besut dalam pukul 12 tengahari memandangkan flight kami ke Kuala Lumpur pukul 3 petang. Kami sempat membeli sedikit cenderamata di Jeti Kuala Besut dan singgah makan di Warung Pak Mat Pulau Pisang. Teh Tarik Madu kat Warung Pak Mat Pulau Pisang tu memang terbaik lah. Warung Pak Mat Pulau Pisang femes ngan menu-menu nasi berlauk dan gulai kawah. Tapi korang jangan lupa try sup daging dia. Perghh padu beb.


Ini merupakan pengalaman terbaik aku bercuti di Pulau Perhentian Kecil. Pulau-pulau di Malaysia khususnya di Terenggganu ni memang ohsem. Kalau korang plan nak stay kat Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian Kecil boleh contact owner dia terus. Details ada kat bawah dan jangan lupa petik nama aku AFZALSUKASUKI untuk harga kasih sayang haha. Okay next month aku nak ke Pulau Kapas plak. Ada sesiapa nak ikut?

Ombak Dive Resort 
Pulau Perhentian Kecil
22300 Kuala Besut
Terengganu

FACEBOOK | INSTAGRAM

Contact
017-6041054 (Juh)
019-7911002 (Ben Khalid)



0 Comments