Aplikasi NGO Negaraku Bantuan Kepada Pelajar Yang Memerlukan


Bismillah,

Baru-baru ni aku ada hadir ke sebuah majlis anjuran NGO yang mana majlis tersebut  memperkenalkan aplikasi yang dikatakan mampu bantu meringankan beban golongan sasar. Majlis tersebut dihadiri oleh pelbagai golongan masyarakat, wakil NGO, media dan wakil syarikat yang berminat untuk mengetahui keberkesanan aplikasi tersebut dalam membantu masyarakat di luar sana.


Aplikasi NGO Negaraku merupakan inisiatif beberapa gabungan NGO dengan kerjasama syarikat-syarikat swasta yang berurusan sebagai syarikat social enterprise yang mana dapat mewujudkan kesepakatan dan kerjasama di antara badan bukan kerajaan, NGO, badan koperasi dan juga yayasan.


Gabungan ini dilakukan secara tertutup dan khusus untuk ahli-ahli NGO yang berdaftar sahaja. Maka kemudahan dan kelebihan Aplikasi NGO Negaraku ini dapat dinikmati sesama ahli NGO berdaftar dan platform ini ditawarkan secara PERCUMA! Ada banyak kelebihan sekiranya ahli NGO mendaftar di bawah Aplikasi NGO Negaraku ini antaranya rebet pembelian atas talian dan maklumat terkini berkenaan aktiviti dan sebarang perkara dapat disampaikan secara terus dan telus kepada semua ahli.


Selain daripada itu, Aplikasi NGO Negaraku ini mensasarkan golongan pelajar yang tidak berkemampuan untuk menikmati rebet pembelian atas talian. Ia seperti portal-portal shopping online yang lain, setiap pelajar mampu mendapat lebih penjimatan dengan menggunakan Aplikasi NGO Negaraku ini. Program ini dinamakan sebagai BUY & SAVE | CSR | SMART PARTNERSHIP.

Program BUY & SAVE | CSR | SMART PARTNERSHIP :

1| SATU
Ia dapat membantu pelajar khususnya di IPTA & IPTS yang kurang berkemampuan mendapatkan produk dan barangan dengan harga penjimatan.

2| DUA
Program ini masih lagi mengumpul penyertaan daripada syarikat pembekal termasuk GLC yang sudi menawarkan produk & barangan yang sesuai dengan harga penjimatan sebenar.

3| TIGA
Keuntungan hasil daripada belian pukal dan jaminan belian daripada golongan pelajar akan dikongsi dan diagihkan kepada setiap ahli.

4| EMPAT
Melalui program seperti ini, pelajar dapat menikmati penjimatan daripada harga pasaran manakala pihak NGO dapat menjana pendapatan selain memastikan platform dapat beroperasi secara berterusan

5| LIMA
Untuk manfaat berganda, lebihan hasil yang diperolehi daripada pihak NGO Negaraku akan disalurkan kepada pelajar kembali melalui sumbangan CSR. Maka melalui sumbangan CSR ini, ia dapat memastikan pelajar yang kurang berkemampuan juga turut memperoleh manfaat daripada program berkenaan.


Ternyata Aplikasi NGO Negaraku ini bukan sahaja menyatukan komuniti NGO semata-mata malah turut menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat bagi memastikan masyarakat di luar sana khususnya golongan pelajar dapat menikmati manfaat dan penjimatan atas talian.


1 Comments

  1. Alhamdulillah.Moga apa yang direncana sampai kepada titik sasarannya.

    ReplyDelete