Nikmati Buffet Ramadhan Di Resort World Awana, Genting Highlands

11:35 AM


Bismillah,

Baru-baru ni aku berkesempatan ke Genting Highlands, saja nak bawa keluarga berjalan-jalan. Kebetulan time tu pun dah lewat petang. Nak turun berbuka di KL aku takut tak sempat plak. Tak boleh nak duga keadaan trafik petang-petang macam tu. At last aku decide untuk berbuka di sekitar Genting Highlands je. Tapi nak makan mana sebab aku tak familiar ngan restoran-restoran yang ada kat Genting Highlands ni. Then bila aku google, Resorts World Awana pop up dan di sana ada menyajikan buffet untuk berbuka puasa. Wah nice lah!


Resorts World Awana ni tak jauh dengan Genting Highlands Premium Outlet tempat kitorang cuci mata. Buffet Ramadhan di Resorts World Awana Genting ni disajikan di Rajawali Coffee House. Seronok sekali sekala berbuka dengan suasana pinggir bandar yang penuh kehijauan ni, dengan suhu yang sedikit dingin memang lain daripada kebiasaan. Mujur aku sampai tu masih ada slot untuk kami bertiga. Takut la penuh dengan orang je sebab weekend kan.


Nice la sebab Buffet Ramadhan di Resorts World Awana Genting ni menampilkan konsep Bazar Malam di mana terdapat 20 stall di sana dan dianggarkan lebih 100 jenis menu dihidangkan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Jumlah pengunjung yang boleh memenuhi Rajawali Coffee House pada satu-satu masa aku anggarkan sekitar 150 kot. So kalau korang plan nak buat majlis berbuka puasa untuk syarikat atau persendirian memang best la sini. Sejukkkk huhuhu.


Kebanyakan menu-menu yang ditampilkan kali ini di Buffet Ramadhan di Resorts World Awana Genting adalah menu hidangan masakan Melayu, Cina dan India. Antara killer menu yang korang kena cuba adalah seperti Pais Ikan Tempoyak, Mi Jawa, Mi Rebus, Nasi Kerabu Daging Bakar & Ayam Percik Kuah Lemak, Nasi Kandar/Nasi Briyani Gerai Gopal, seafood goreng yang terdiri daripada ikan, udang dan ketam, goreng-gorengan seperti pisang goreng, ubi keledek, keropok lekor, cempedak goreng dan paling rare ada Durian Goreng weh. Aku rasa menu tu paling banyak aku makan malam tu hahaha.


Menu-menu lain yang wajib ada di Buffet Ramadhan di Resorts World Awana Genting adalah seperti Kambing Panggang Australia, Ayam Golek, Sate, Otak-otak, Sup Meletup Abe, Rendang Tok, Roti Canai, Murtabak, Roti John, Shawarma, ABC, Aiskrim Yogurt, lebih 40 jenis kuih muih dan paling best ada Teh Tarik Cincau Ikat Tepi haha. Rasa macam order kat stall tepi jalan plak. Selain daripada tu ada seleksi pilihan bubur seperti Bubur Lambuk, Bubur Cha Cha, Pengat Pisang Raja dan Bubur Penambah Rase.


Untuk harga Buffet Ramadhan di Resorts World Awana Genting plak, dewasa dikenakan RM118 bersih manakala untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan warga emas 60 tahun ke atas dikenakan RM59 bersih. Bukan tu saja kalau korang buat tempahan berkumpulan 30 orang ke atas, korang hanya perlu membayar RM88 bersih untuk seorang dewasa. Thats why aku prefer kalau korang nak buat majlis berbuka puasa syarikat kat sini. Banyak penjimatannya tu.


Buffet Ramadhan di Resorts World Awana Genting turut dihiburkan dengan persembahan band setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Surau di sana pun bersih dan spacious. Malah kalau korang nak menunaikan solat terawih pun boleh ke Masjid Genting Highlands yang berlokasi tak jauh daripada Resorts World Awana Genting tu. Sekiranya korang perlukan lebih maklumat atau ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan di Resorts World Awana Genting, korang boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah ni ye.



Information
+603 6101 1118

RSVP Buffet Ramadhan Rajawali Coffee House
+6016 3880390 / +603 64369000 (ext : 7605)




You Might Also Like

0 comments

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *