Promosi Koleksi Raya JAKEL 2019 Di JAKEL Mall, KL



Bismillah,

Teruja aku hari tu sebab berkesempatan ke JAKEL Mall KL kerana dapat bertemu dengan selebriti-selebriti sebagai duta JAKEL. Orang jangan cakap lah penuh ya amat. Sesak Jalan Munshi Abdullah KL hari tu haha. Semua turun beramai-ramai semata-mata untuk bertemu dan tunggu selebriti kesayangan mereka menurunkan harga baju raya.


Antara duta-duta JAKEL yang turun memeriahkan event hari tu antaranya seperti Nabil Ahmad, Aaron Aziz, Ayda Jebat, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Lara Alana. Malah tahun ni JAKEL turut menerima kehadiran duta baru iaitu Abam Bochey yang menggantikan Harith Iskander. Relevannya Abam Bochey menggantikan Harith Iskander adalah kerana ingin membuktikan yang JAKEL turut mengeluarkan baju Melayu plus size sehingga 6XL!! Malah keadaan turut digamatkan dengan kehadiran Upin dan Ipin. Memang happening betul.


Kali ni selebriti-selebriti duta JAKEL memperkenalkan design-design terbaru dari koleksi raya JAKEL 2019. Semuanya nampak fresh dengan warna-warna yang pelbagai. Jangan tak percaya untuk wanita sahaja terdapat lebih daripada 70 jenis design kesemuanya. Kompom rambang mata kalau korang turun dan lihat sendiri koleksi-koleksi yang ada di JAKEL. Design yang dipertontonkan kepada umum tahun ni lebih memfokuskan kepada peredaran zaman, lebih up to date dan trendy malah semua orang dari saiz paling kecil hingga ke paling besar mampu menggayakannya.


Kalau korang nak cari baju yang sedondon, aku cadangkan korang beli baju design dari koleksi Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Lara Alana. Actually baju lelaki tak ada masalah as long baju tu masuk ngan warna tema. Cuma baju mak ngan anak yang agak susah nak cari. So korang boleh dapatkan baju tema sedondon dari koleksi Scha Alyahya dan Lara Alana. Jangan risau kerana koleksi ini didatangkan dengan saiz sehingga 5XL dengan 30 jenis rekaan.


Menariknya design Nabil Ahmad tahun ni, diperincikan dengan zip di sisi baju Melayu dan pada bahagian lengan baju. Dengan adanya zip pada bahagian sisi baju Melayu, korang boleh menggayakan baju tersebut dengan mengikut badan (slim fit) dan zip di bahagian tangan pula memudahkan untuk korang mengambil air wudhuk. Aku percaya inovasi seperti ini akan membuatkan design Nabil Ahmad mendapat sambutan dan menjadi pilihan anak muda khususnya.


Untuk mereka yang bersaiz besar, jangan risau sebab koleksi daripada Abam Bocey ada menyediakan baju Melayu bersaiz sehingga 6XL. Lagipun kainnya tak panas, tak nampak basah sekiranya berpeluh dan sangat selesa. Ye la aku faham sangat masalah mereka yang berbadan besar ni, mudah berpeluh. Jadi aku yakin koleksi daripada Abam Bocey ni sangat sesuai dengan mereka yang berbadan besar.


Untuk kanak-kanak plak, boleh la cuba padankan dengan koleksi daripada Yusuf dan Lara Alana. Kualiti kainnya sangat sesuai dengan anak-anak kecil yang aktif dan suka bermain. Tak panas dan merengsakan kulit gituh. Macam iklan pampers plak haha. Nak jalan beraya pun tetap yakin kan? Hari tu aku sempat la rembat baju raya. Maunya tak beli kalau harga yang selebriti-selebriti ni tawarkan menjunam sehingga 70%. Baju raya Aaron Aziz dan Nabil Ahmad asalnya harga RM190 dan RM230 jadi RM150. Belum lagi baju raya selebriti-selebriti yang lain lagi. Pergh sape la yang tak nak kan. Rugi korang tak pergi hari tu huhu.


Tapi jangan bimbang korang still boleh dapatkan Koleksi Raya Terbaru Jakel 2019 pada harga mampu milik. Kunjungi cawangan-cawangan JAKEL berhampiran korang sekarang untuk mendapatkan koleksi sempena raya 2019 tahun ni huhu. Majlis tersebut turut meraikan kehadiran golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan JAKEL, Datuk Haji Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel pemberian seperti ini adalah sumbangan dan keperihatinan pihak JAKEL sebagai satu usaha dan langkah bagi mendekati mereka yang kurang berkemampuan dan kurang upaya di luar sana. Acara seperti ini sudah memasuki tahun ke-4 dan beliau percaya acara ini akan terus dilakukan untuk tahun-tahun mendatang sebagai langkah sosio korporat (CSR) syarikat JAKEL kepada masyarakat.


Satu lagi inovasi yang dilakukan oleh JAKEL tahun ini adalah memperkenalkan portal membeli belah atas talian mereka. Nah sekarang korang tak perlu bersesak-sesak keluar untuk mencari baju raya, dengan masalah parking dan karenah anak-anak lagi. Semuanya di hujung jari sahaja. Malah korang masih berpeluang menikmati penjimatan 'Happy Hour' sebagaimana korang dapat sekiranya ke cawangan-cawangan JAKEL seluruh Malaysia. Korang boleh layari www.jakelstore.my


Korang boleh lihat design-design terkini JAKEL 2019 di Instagram @jakeltextile dan di laman facebook @GedungTekstilJakel.


1 Comments