Promosi Ramadhan Kareem Sehingga 70% Di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur


Bismillah,


Sedar tak sedar kita bakal menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mula dalam beberapa hari sahaja lagi. Bagaimana dengan persiapan untuk berpuasa tahun ni? Mesti banyak nak dibelanjakan kan? Percaya tak korang kalau aku kata bulan Ramadhan adalah bulan yang paling banyak kita spend duit kita berbanding bulan-bulan lain. Time Ramadhan ni la si isteri nak tukar perkakasan rumah yang baru, baju raya keluarga, prepare duit raya, nak servis kereta, beli barang dapur, juadah berbuka hari-hari dan beberapa lagi perkara yang perlu kita fikirkan. Alhamdulillah dalam kita cuba nak berjimat selagi boleh ni, Lulu Hypermarket Kuala Lumpur tak melepaskan peluang memberi diskaun hebat sempena ketibaan Ramadhan Kareem yang bakal tiba nanti. 


Setahu aku Lulu Hypermarket Kuala Lumpur member diskaun sehingga 70% kepada para pelanggannya tau. Promosi Ramadhan Kareem di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur ini berlangsung dari 1 Mei hingga 10 Jun 2019. Antara barangan yang mengambil bahagian di dalam promosi ini adalah fesyen, kasut, beg wanita, sari, churidar, barang kelengkapan rumah dan juga bagasi. Harga yang ditawarkan memang tak masuk akal. Itu yang promosi 70% nya belum lagi yang clearance stok! Aku yang bapak-bapak ni pun dah rambang mata, inikan pulak golongan ibu-ibu. Mohon suami-suami yang datang ke sini bertenang dan kuatkan semangat bila isteri-isteri korang asyik hilang dari pandangan hahaha.

Di tingkat dua merupakan tempat paling menarik sebab di bahagian peralatan elektrik sedang mengadakan promosi Bazar Raya. Haa kat sini la yang aku katakan tadi barang-barang elektrik dia memang murah ya amat. Aku survey tv LCD untuk mak aku. Dia nak tv 40 inci. Masa aku survey tu aku nampak tv jenama sharp 40 inci berharga RM1099 je. Perghhh kalau la aku dah gaji boleh aku belikan dulu haha. Tu baru tv, yang puan isteri dah ke bahagian oven plak. Nak beli oven baru katanya, nak buat kuih. Yeke nak buat kuih ni? Hahaha.


Aku beralih ke bahagian IT, telefon bimbit dan gadget. Okay kita skip bahagian telefon bimbit memandangkan telefon aku elok lagi walaupun harga yang ditawarkan sempena Ramadhan Kareen di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur ni buat iman aku tergugat. Tapi bila aku tengok di bahagian IT, aku terkejut harga powerbank Pineng drop lagi. Baru last month aku beli pada harga RM40 untuk 10,000mAH tup tup hari tu aku tengok harganya jadi RM30 sahaja! Lepas tu SD memory card jenama Samsung 32GB hanya berharga RM20! Murah beb memang berbaloi-baloi. Kalau korang beli banyak dan jual balik pada harga market pun banyak untung lagi weh. Aku rembat satu micro SD card untuk puan isteri. Memori phone dia asyik penuh je memanjang haha.


Bahagian pakaian pun turut sama terkesan disebabkan potongan 70% tu tapi aku tak ke sana lagi. Awal lagi kalau nak shopping baju raya. Tapi kalau korang nak shopping awal pun boleh sebab harga yang ditawarkan sempena promosi Ramadhan Kareem di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur ni memang banyak penjimatan. Aku terus ke level bawah untuk berbelanja barang basah dan barang dapur. Ye la aku rasa sepanjang bulan Ramadhan ni memang banyak guna barang dapur. Dengan lauk berbuka dan lauk sahurnya. Tu belum kudap-kudapan si Jasmeen. 


Actually aku sebenarnya pun baru je kenal ngan Lulu Hypermarket ni. Aku suka suasana di bahagian groceries Lulu Hypermarket Kuala Lumpur ni. Kemas, tersusun dan ada banyak pilihan. Sayur dan bahan mentah dia pun segar-segar, harga plak lebih murah berbanding pasaraya yang biasa aku beli. Kebiasaan kalau aku berbelanja di pasaraya luar, RM200 ke RM230 memang tak lari untuk satu troli tetapi di Lulu Hypermatket Kuala Lumpur aku dapat kawal perbelanjaan aku menjadi RM170 sahaja. Banyak bezanya tu. Lagipun aku suka berbelanja di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur ni sebab dorang selalu buat promosi. Ada je barang-barang dia yang diturunkan harga secara tiba-tiba so korang kena selalu update la kat IG dorang.


Ni satu lagi bersempena promosi Ramadhan Kareem ni aku nak bagitau, dengan hanya berbelanja sebanyak RM75 dalam satu resit korang berpeluang memenangi cabutan bertuah di mana hadiah utamanya adalah 2 buah Proton X70! Selain daripada itu korang juga berpeluang memenangi hadiah lain seperti Apple iPhone 7+, UHD LED TV dan baucer membeli belah di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur. So sebelum bayar tu kira dan bahagi siap-siap. Kalau jumpah barangan korang RM150, bahagikan kepada 2 troli so boleh dapat 2 resit. Makin besarlah peluang untuk korang menang ye tak?


Apa-apa pun jangan lupa berbelanja sempena promosi 70% Ramadhan Kareen di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur. Dah la murah, dia bagi diskaun lagi. Memang jimat sangat weh! Boleh buat saving untuk persiapan raya plak nanti. Di sini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, semoga kita beroleh keberkatan di dunia dan akhirat.

0 Comments