Resepi Mudah & Sedap Mihun Sup Tulang Dengan Sambal Kicap Johor

11:03 AM


Bismillah,

Hari ni aku ingat nak sediakan resepi Mihun Sup Tulang Dengan Sambal Kicap Johor la. Almaklumla kadang-kadang bulan Ramadhan ni tekak rasa lain macam sikit. Semua rasa teringin. Bulan Ramadhan 30 hari jadi kalau boleh setiap hari tu kena menu yang berbeza-beza gitu. Kalah mengidam orang mengandung aku ni hahaha. Tapi sebelum tu masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia khususnya yang berada di Malaysia, semoga kita semua beroleh keberkatan dan keampunan di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Jadi untuk mendapatkan barang-barang bagi menyediakan Mihun Sup Tulang Dengan Sambal Kicap Johor ni, aku singgah beli kat Segi Freshmart, Balakong on the way balik dari ofis je. Mudah kerja sebab semua bahan-bahan yang aku perlukan ada kat situ. Jadi kita terus ke cara penyediaannya ye.



1) Bihun
2) Sup Tulang
3) Sambal Kicap Johor
4) Ayam racik
5) Bawang goreng, daun sup, taugeh

Bahan-Bahan yang Diperlukan :

  1. Bihun
  2. Tulang lembu (beli tulang yang ada daging)
  3. Rempah sup tulang (ada sup bunjut & 4 sekawan)
  4. Bawang merah
  5. Halia sebesar ibu jari
  6. Kicap masin
  7. Bawang goreng
  8. Cili api merah
  9. Bawang putih
  10. Ayam (bahagian dada) 2 ketul
  11. Daun sup
  12. Taugeh
  13. Minyak masak
  14. Garam
  15. Gula
  16. Air 1 liter
  17. Kunyit serbuk


Cara Menyediakan Sup Tulang

  1. Pertama sekali hiris bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Panaskan minyak masak. Tumis hirisan bawang putih, bawang merah dan halia tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan 4 sekawan dan tumiskan seketika (dalam 5 minit)
  4. Masukkan 1 liter air dan reneh bersama bunjut sup tulang. Tunggu sehingga air panas.
  5. Masukkan tulang dan rebus dalam 1/2 jam agar daging jadi empuk. Tunggu sehingga sup mendidih dan kecilkan api dapur.
  6. Masukkan garam secukup rasa.
  7. Siap!


Penyediaan Sambal Kicap Johor
  1. Goreng dahulu bawang putih (3-4 ulas) & cili api
  2. Blender sekali bawang putih, sesudu bawang goreng, cili api (ikut nak pedas mana), sesudu gula dan kicap masin.
  3. Siap!


Penyediaan Ayam Racik

  1. Gaul dada ayam bersama sesudu teh kunyit serbuk dan secubit garam.
  2. Goreng dada ayam sehingga masak
  3. Bila ayam digoreng sedikit sejuk, racik ayam tersebut kecik-kecik.


Penyediaan Mihun
Rendam Mihun Berkat ke dalam air biasa dan toskan selepas mihun cukup lembut.

**********

Hidangkan Mihun yang dah ditos bersama Sup Tulang, sambal kicap Johor, ayam racik, bawang goreng, daun sup dan taugeh. Dah siap Mihun Sup Tulang Dengan Sambal Kicap Johor.

Hidangan Mihun Sup Tulang Dengan Sambal Kicap Johor ni boleh dimakan untuk 2 - 4 orang.




You Might Also Like

2 comments

  1. Racik ke siat isi ayam tu? Teringin pulak dah hmmm...

    ReplyDelete
  2. sambal kicap johor tu memang lah kenangan paling lejen. dah 15 tahun tinggalkan parit raja tapi tetap teringat sambal kicap kat sana. waaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *