Trendy Bergaya Dengan Koleksi Hari Raya Alfio Raldo


Bismillah,

Siapa yang tak kenal jenama Alfio Raldo? Suatu ketika dulu jenama inilah yang gah dengan pelbagai koleksinya dari pakaian lelaki, wanita mahupun kanak-kanak. Dulu aku dibesarkan dengan jenama Alfio Raldo la. Asal tibanya Ramadhan, pasti aku akan jadikan jenama Alfio Raldo ini salah satu kelengkapan untuk digayakan di hari raya.


Tahun ini jenama Alfio Raldo membuat comeback dengan mengetengahkan design-design terkini yang lebih trendy, up to date dan elegan sesuai dengan citarasa masyarakat kini yang mengutamakan penampilan kemas dan kasual. Kualiti dan materialnya masih sama iaitu diperbuat daripada bahan-bahan yang bermutu tinggi demi kepuasan para penggunanya. Koleksi Hari Raya Alfio Raldo ini boleh digayakan bersama baju raya, cantik dipadankan bersama pakaian kasual dan memberikan keselesaan kepada si pemakai.


Tahun ni Alfio Raldo mengeluarkan beberapa koleksi sempena Hari Raya antaranya kasut wanita yang terdiri daripada kasut tinggi, wedges, sandal, sneakers dan loafers. Selain daripada itu Koleksi Hari Raya Alfio Raldo turut menampilkan tas tangan, tote bag, handheld untuk dipadankan dengan kasut yanh sesuai digayakan ke majlis-majlis dan rumah terbuka. Apa yang menarik mengenai Koleksi Hari Raya Alfio Raldo ini saiz kasut paling besar yang boleh didapati di sini adalah saiz 41 untuk wanita. Berbanding jenama-jenama lain di luar sana yang menyediakan saiz maksimum sehingga 40.


Tidak hanya tertumpu pada kasut dan beg tangan wanita sahaja, Koleksi Hari Raya Alfio Raldo juga mengetengahkan kelengkapan raya lelaki seperti jam tangan, kasut dan juga handheld. Memang cantik dipadankan dengan kemeja batik dan seluar slack di pagi raya. Bukan itu saja, bagi mereka yang mahu berketerampilan lebih trendy dan kasual boleh lah menggayakan tshirt, jeans dan juga sneakers daripada Koleksi Hari Raya Alfio Raldo ini.


Bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan Koleksi Hari Raya Alfio Raldo ini, pengguna boleh melihat sendiri koleksi-koleksi tersebut di Parkson Grand, Isetan dan juga Metrojaya. Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh membeli Koleksi Hari Raya Alfio Raldo ini di portal-portal membeli belah atas talian seperti Shopee, LAZADA dan Zalora. Malah Koleksi Hari Raya Alfio Raldo ini juga turut di tayangkan di rancangan Go Shop tidak lama lagi.


Ceriakan Hari Raya korang bersama Koleksi Hari Raya Alfio Raldo ini. Yang pasti korang pasti berpuas hati dengan design dan trend terkini yang ditampilkan oleh Alfio Raldo sempena Hari Raya tahun ini.


0 Comments