HKTDC DG Studio Menghubungkan Jenama Hong Kong Di Dalam Pasaran Malaysia

4:05 PM


Bismillah,

Baru-baru ni aku ada ke IOI City Mall Putrajaya, saja bawak family jalan-jalan hujung minggu. Dalam masa yang sama plan nak beli barang dapur, almaklumlah hujung bulan kan. Jalan punya jalan, wife aku tersangkut plak kat satu booth pameran kat level LG depan Subway. Dia tertarik ngan kelengkapan barang dapur tapi bukan barang dapur biasa tau. HKTDC DG Studio? Apa ni? First time aku dengar ni hmm..


Actually HKTDC DG Studio ni merupakan singkatan bagi Hong Kong Trade Developement Council. Mereka merupakan institusi yang bertanggungjawab mempromosikan pelbagai jenis produk dari pelbagai jenama yang dihasilkan di Hong Kong. Aku diberitahu ini merupakan kali ke 2 mereka membuat promosi di Malaysia setelah mendapat liputan dan permintaan yang tinggi oleh masyarakat Malaysia. Kali ni mereka memperkenalkan 14 jenama daripada DG Studio iaitu Artiart, Cardhoda, Eco Concepts, FLUFFY House, Hoobbe, Hyone, Kilovest, Konstar, MH Blocks, Paris Garden, SOAP Studio, Tea Lab, Team Green dan TINY.


HKTDC ni bermula sejak tahun 2015 lagi di mana Malaysia merupakan salah satu negara yang turut memasarkan produk-produk daripada Hong Kong selain negara-negara ASEAN lain. Inisiatif ini bertujuan untuk membangunkan platform perniagaan online dan offline dalam memasarkan jenama gaya hidup Hong Kong yang lebih bergaya. Selain IOI City Mall, HKTDC juga ada mengadakan pameran sewaktu acara Toys, Anime, Games & Comics Con (TAGCC) 2019 yang bertempat di PWTC hari tu.


Actually aku tengok barang-barang yang dipamerkan pun comel-comel belaka dan ada di antaranya yang aku sendiri pun tak terfikir untuk menggunakannya. 'Laa macamni pun boleh?' Haa sampai rasa macam tu skali. Memang sangat kreatif dan inovatif, sangat membantu para surirumah dalam menjalankan kerja seharian. Malah kualiti dan hasil kerjanya sangat bagus dan teliti. Setiap jenama menghasilkan produk yang berlainan antaranya seperti : 


Artiart
Jenama produk kegunaan isi rumah yang dibangunkan dengan rekaan inovatif.

Konstar
Mengetengahkan peralatan isi rumah yang bersaiz kecil. Empat daripada produknya meraih anugerah Red Dot Design.

Green Team
Menghasilkan produk yang menekankan kepentingan alam sekitar dengan mereka permainan puzzle yang berasaskan kayu dan hampas kayu.

Eco Concepts
Produk-produknya diperbuat 100% daripada sekam jagung seperti mug biodegrasi dan cawan.

Paris Garden
Memperkenalkan teknik-teknik tanaman dalam bandar yang mudah dilakukan seperti tanaman strawberi, bunga matahari dan pokok mint.

MH Blocks
Merupakan permainan menyusun batu bata bersaiz mikro yang dan yang pastinya ia boleh bergerak dengan bantuan kekunci ye dan banyak lagi.


So kalau korang nak tengok produk2 baru yang inovatif daripada Hong Kong ni, korang boleh tgk di :

πŸ‘‰ Parkson Elite, Pavilion KL
πŸ‘‰ Parkson 1 Utama, Damansara
πŸ‘‰ CM3, Sunway Pyramid
πŸ‘‰ Times Bookstore, Pavilion KL
πŸ‘‰Times Bookstore, Bangsar
πŸ‘‰ Parkson Elite, Gurney Plaza Penang.

Pada aku pameran daripada HKTDC DG Studio tu memang sesuatu yang menarik dan produk-produknya bukan sahaja memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat tempatan malah ia juga berkualiti dan sangat inovatif. 


Aku sempat beli tumbler dan starter pack tanaman bunga matahari untuk Jasmeen, then aku sambung shopping. Kang tak masak plak aku malam nanti huhu.

You Might Also Like

1 comments

  1. Kiut-kiut lah.. kalau saya pun mst singgah tgk, paling kurang amik gambar..

    ReplyDelete

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *