Menu Bujang : Resepi Mee Sup Seafood

10:48 AM


Bismillah,

Hari ni aku nak kongsikan resepi cara-cara untuk menyediakan Mee Sup Seafood. Aku panggil menu bujang sebab ia merupakan menu yang paling mudah disediakan dan tak perlukan banyak bahan. Korang nak jamu orang makan pun boleh, nak makan sendiri pun boleh. So aku terus ke cara-cara penyediaannya ye.


BAHAN RAMUAN

✔️ 1 bungkus Mee kuning
✔️ 1/4 bawang besar dihiris nipis
✔️ 3 ulas bawang putih dihiris halus
✔️ 3-4 sudu Perencah INNNI Seasoning
✔️ 1 liter air
✔️ Sayur sawi dipotong kecil
✔️ Lobak merah dipotong halus
✔️ 3-4 biji telur ayam
✔️ Minyak masak
✔️ Sotong putih dihiris halus
✔️ Udang putih/harimau 


CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. Mula-mula panaskan minyak masak dalam periuk
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris sehingga naik bau.
  3. Masukkan air 1 liter.
  4. Masukkan perencah INNNI Seasoning 3-4 sudu (ikut sesedap rasa)
  5. Masukkan mee kuning yang telah dibasuh dan ditoskan
  6. Masukkan sotong dan udang.
  7. Masukkan sawi dan lobak merah.
  8. Tunggu sehingga mendidih sebelum api ditutup.
  9. Boleh dihidang untuk 3 ke 4 orang makan. Siap!


Senang je kan haha. Main campak-campak je kata puan isteri. Kalau korang tak ada kemahiran memasak pun boleh buat. Janji korang tau potong sayur dan udang huhu. Sebenarnya masakan aku jadi mudah sebab guna perencah INNNI Seasoning ni. Korang tak perlu nak guna garam dan gula. Nak bajet berapa sudu garam, berapa sudu gula. Korang just masukkan perencah INNNI Seasoning ni dan sukatannya ikutlah rasa korang. Kalau korang rasa 3 sudu dah sedap, guna je la 3 sudu. Kira kalau korang dah masukkan semua bahan then bila korang rasa balik ada rasa kureng, korang boleh tambah lagi sehingga cukup rasa.


Ni lagi satu aku nak bagitau perencah INNNI Seasoning ni milik bumiputera dan telah berada di dalam pasaran sejak tahun 1986 tau! Perencah INNNI Seasoning ni menggunakan bahan-bahan asli, tiada bahan pengawet dan paling penting tiada MSG! Aku letak banyak pun kepala aku tak sakit. Almaklumla kalau korang ada mengidap darah tinggi, kalau makan bahan perasa mesti terus tangkap belakang kepala kan?


Asalnya pengasas perencah INNNI Seasoning ni, Allahyarham Pak Ungku merupakan seorang kerabat istana. Beliau sangat gemarkan menu Mee Hailam yang dihidangkan oleh tukang masak istana jadi kerana minat yang terlalu mendalam, beliau cuba mendapatkan ramuan rahsia untuk menghasilkan Mee Hailam yang sedap tu. Akhirnya pada tahun 1986, beliau mengeluarkan perencah INNNI Seasoning ni dengan menggabungkan namanya dan nama isterinya sebagai jenama produk.


Kini produk INNNI Seasoning diusahakan sepenuhnya oleh anak beliau, En. Ungku Zubir  setelah allahyarham Pak Ungku meninggal dunia pada tahun 2012. Untuk pengetahuan korang perencah INNNI Seasoning ni telah mendapat pensijilan HALAL JAKIM pada tahun 2006 lagi dan sijil MESTI daripada Jabatan Kesihatan Malaysia. Kalau korang nak tau perencah INNNI Seasoning ni pernah mendapat tawaran daripada sebuah syarikat ternama ye untuk membeli resepinya ye tapi ia ditolak secara baik oleh allahyarham Pak Ungku kerana beliau percaya produknya ini mampu digunakan oleh lebih ramai pengguna dan mereka yang mencari produk halal di pasaran. So produk seasoning yang korang selalu nampak dalam tv dan guna selama ini, adalah inspirasi daripada produk INNNI Seasoning daripada allahyarham Pak Ungku. Hebat kan?


Kalau korang nak dapatkan produk bumiputera perencah INNNI Seasoning ni, korang boleh dapatkan melalui :

Facebook : INNNI Seasoning
Instagram : INNNI Seasoning
Tel : 019-2870474

You Might Also Like

1 comments

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *