Pakej Perkahwinan Lengkap Dan Mewah Di MAGICA Events & Function Hall, Subang

4:41 PM


Bismillah,

Baru-baru ni aku berkesempatan ke Subang bagi menghadiri majlis perasmian MAGICA Events & Function Hall. Biasalah aku espect benda yang sama, dewan biasa, pakej biasa dan segalanya biasa-biasa je. Dah lah tu dewan tu terletak di tingkat 4, Star Avenue Lifestyle Mall, Subang. Mesti ruangnya kecik je kan. Parkir pun mesti susah sebab berkongsi bangunan dengan shopping mall.


Aku sampai awal dalam pukul 10 pagi, aku lihat ruang parkirnya luas dan banyak lot. Okay impressive, beri gambaran yang baik pada permulaan hari aku. Aku naik ke tingkat 4 dan aku berada di MAGICA Events & Function Hall. Di situ terdapat 3 dewan untuk sebarang majlis tetapi kali ini lebih tertumpu pada wedding package. Biasalah macam aku ni, aku akan pusing-pusing cari kelainan yang ditampilkan oleh MAGICA Events & Function Hall berbanding wedding hall di tempat-tempat lain yang pernah aku hadiri sebelum ini. Save for the best, aku nak cerita dulu pasal Garden Hall yang terletak sebelah kanan tak jauh daripada lif.


GARDEN HALL
Serius aku tergamam sebab dekorasi Garden Hall dia giler cantik. Hall tu tanpa dekorasi lagi tau, kalau dah siap decorate aku rasa mesti lagi wow! Bertemakan suasana hutan, di tengah-tengah Garden Hall tu ada sebatang pokok besar yang mana rimbunan daun-daunnya memayungi keseluruhan dewan! Giler cantik ditambah plak dengan background sound air terjun dan bunyi-bunyian unggas dan juga burung. Garden Hall MAGICA Events & Function Hall ni mampu memuatkan seramai 250 orang tetamu untuk susunan meja dalam satu-satu masa dan boleh menempatkan seramai 700 orang tetamu sekiranya dibuat susunan secara buffet.


MAGICAL HALL
Okay the best thing pasal MAGICA Events & Function Hall, dia punya Magical Hall cantik gila babas!! Selama aku menghadiri majlis di mana-mana dewan perkahwinan, aku tak pernah jumpa dewan perkahwinan secantik Magical Hall MAGICA Events & Function Hall ni. Di atas siling dewan penuh dengan lampu-lampu pelbagai bentuk, berjuntaian dengan lampu kristal dan ada hiasan yang mana bila dalam keadaan kurang bercahaya ia akan nampak berkilauan seperti langit wantu malam dengan bintang. Malah di tengah-tengah dewan ada walkaway yang diperbuat daripada tempered glass untuk pengantin berjalan masuk. Nampak sangat esklusif dan elegan. Untuk makluman korang, Magical Hall MAGICA Events & Function Hall juga mempunyai sistem penataan cahaya yang canggih yang mampu mengikut alunan muzik yang dimainkan. Sampai sekarang aku masih kagum dengan keindahan Magical Hall tu dan kalau la boleh aku nak bersanding sekali lagi dalam dewan tu. Serius SANGAT CANTIK! Magical Hall MAGICA Events & Function Hall ni mampu memuatkan sehingga 3,000 orang tetamu secara buffet dan 700 orang tetamu dengan susunan meja.


CLASSIC HALL
Okay ni dewan biasa tetapi yang menariknya korang boleh guna kreativiti sendiri untuk menata rias dewan ini atau korang boleh je minta pihak MAGICA Events & Function Hall siapkan semuanya untuk korang. Ye la ada orang nak majlis perkahwinan idaman mereka sendiri, ada jenis yang tak kisah dan ada yang nak majlis yang mewah. Bergantung pada bajet korang sendiri. Untuk Classic Hall ni, ia juga turut dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan Classic Hall MAGICA Events & Function Hall ini mampu menempatkan seramai 3,000 orang dalam satu-satu masa.

So kalau korang nak raikan hari berbahagia korang di MAGICA Events & Function Hall ni, boleh la riki-riki harga yang dorang tawarkan. Kalau ada bajet lebih, memang aku syorkan korang amik Magical Hall MAGICA Events & Function Hall la haha sebab memang puas hati sangat. Ni aku sertakan sekali link IG dan FB dorang kot-kot la korang berminat kan.



Email

Contact
03 78310076 | 012 6787795 | 012 9833503


You Might Also Like

0 comments

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *