Roaming Murah Dan Pantas Dengan Yoodo Roam Like Home

3:22 PM


Bismillah,

Aku sebenarnya ada masalah tiap-tiap kali nak ke luar negara ni. Paling merunsingkan aku bila asal travel ke luar negara je, nak kena roaming. Kadang-kadang terpaksa tukar simkad bagai. Caj roaming plak bukannya murah. Tau-tau bila dapat bil bulanan, melambung tinggi. So memang tak boleh nak budget berapa caj roaming bila travel ni.


Ni kawan aku si Amir plak suggest Yoodo sebab dia kata dah lama subscribe ngan Yoodo ni. Kata dia Yoodo ni mudah, kita sendiri decide kadar penggunaan kita dan bayaran bulanan. So kita tau apa yang kita guna dan berapa caj bulanan kita. Tak macam telco lain kadang-kadang ada takrif tersembunyi. Kawan aku Amir ni bulan-bulan dia subscribe Facebook, Instagram dan Whatsapp je. Setiap satu pelan social media tu harganya cuma RM5 untuk 20GB tau. Gila puas la nak abiskan, banyak tu 20GB weh!


Ni plak dia bagitau Yoodo ni ada pakej baru untuk para traveller iaitu Roam Like Home di mana kita boleh subscribe pelan ni pada kadar serendah RM10 ke RM20 untuk sehari (24 jam). Contohnya korang subscribe pukul 4 petang hari Isnin, maka pukul 4 petang esok hari Selasa baru pelan ni akan tamat. Lagipun aku diberitahu yang Roam Like Home Yoodo ni cover sehingga 53 buah negara. Tak ada caj tersembunyi, apa yang korang guna itulah yang korang akan bayar. Kalau caj dia RM10, maka korang hanya perlu bayar RM10 je la.


Pelan ni including 20GB data dan 50 minit masa panggilan. Caranya mudah je :

👉 Buka apps Yoodo
👉 Tekan tab 'Roaming/IDD'
👉 Pilih 'Roaming'
👉 Pilih negara yang korang nak pegi
👉 Bila setuju dengan syarat tekan 'Buy'
👉 Dia suruh confirmkan pembelian


So pembayaran boleh dibuat thru credit card atau debit card. Korang boleh masukkan details ke dalam apps Yoodo tu. Sebarang pertanyaan lanjut korang boleh terus layari laman web dorang di https://support.yoodo.com.my/ ye.


Dah aku pun baru nak try ni. Aku rasa dengan cara macam ni aku boleh plan penggunaan internet aku bila travel overseas. Takde la rasa membazir dan over budget kan. Yang penting confirm takde caj tersembunyi.

You Might Also Like

0 comments

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *