5 Perkara Penting Dalam Sesuatu Majlis Perkahwinan

10:00 AM


Bismillah,

Kadang-kadang kerja aku kena bawak mak abah pergi memenuhi undangan kenduri kahwin anak-anak kawan mereka. Boleh dikatakan tiap-tiap hujung minggu mesti ada. Kalau aku ada kerja, adik aku la kena amik alih haha. Dalam banyak-banyak majlis kenduri kahwin yang aku hadiri, aku mula adapt ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh tuan rumah sewaktu dan semasa majlis perkahwinan berlangsung.


1 | Dewan Perkahwinan Yang Selesa

Ni salah satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh tuan rumah, dewan perkahwinan yang luas dan selesa. Kalau boleh kapasiti dewan tu boleh lah memuatkan jumlah penginjung yang dijemput. Aku pernah hadiri majlis perkahwinan yang mana dewannya sempit. Dah satu masalah tetamu-tetamu terpaksa berdiri di luar dan di sisi meja untuk menunggu tetamu lain habis makan. Tetamu yang sedang makan pun terpaksa makan cepat-cepat sebab tetamu yang berdiri asyik jeling je dari tepi. Aduhhh boleh sangkut nasi minyak kat tekak. Agak-agak kalau dewan tu kecik, boleh la tambah kanopi kat luar dewan untuk tetamu-tetamu lain.

2 | Dewan Berhawa Dingin Atau Open Air


Aku pernah hadiri satu majlis perkahwinan ni. Perghh dewan gah dan besar. Aku tengok banyak penghawa dingin. Mesti sejuk gila ni, almaklumla majlis tengahari panas terik kan. Bila aku masuk, perghh dia punya bahang macam dalam oven weh. Rupa-rupanya dalam berpuluh-puluh penghawa dingin yang ada tu, hanya beberapa je yang berfungsi. Dah la dengan jumlah tetamu yang ramai, memang rasa sesak nafas la. So aku prefer sebelum majlis, periksa dulu sama ada semua penghawa dingin berfungsi atau korang boleh guna dewan yang open air. Tak perlu fikir pasal penghawa dingin tapi hati-hati la takut hujan lebat pulak.

3 | Lauk Kenduri Vs Stall Makanan


Kebanyakan kenduri kahwin yang aku pergi selama ni tidak hanya fokus pada menu kenduri kahwin sahaja, tapi ada juga tambahan stall yang menyediakan pelbagai jenis menu sampingan. Antara-antara stall yang menarik perhatian aku adalah seperti stall cendol, teh tarik, air panas, laksa, apam balik mini, keropok lekor, cupcake, kuih muih, aiskrim, cotton candy dan banyak lagi. Kadang-kadang tak semua tetamu yang datang ke majlis kenduri kahwin makan nasi yang dihidang, ada yang berdiet dan ada juga yang sudah kenyang. Muungkin kerana kenduri yang dihadiri sebelumnya. Jadi sebagai kudapan aku rasa stall-stall seperti ini sangat perlu. Tak perlu banyak, cukup la sebagai makanan tambahan untuk tetamu yang hadir. Kadang-kadang boleh cover menu utama, takut tak cukup.

4 | Pilihan Lauk Kenduri Kahwin


Sekarang ni ada banyak pilihan menu-menu untuk kenduri kahwin tau. Orang tak lagi terikat dengan Nasi Minyak semata-mata malah trend menu makanan kampung mula mendapat perhatian. Kalau macam aku ni la kan tiap-tiap minggu teman mak abah aku pergi kenduri kahwin, bosan gak kalau asyik mengadap Nasi Minyak. Tiba-tiba pergi kenduri kahwin lain, tuan rumah hidang nasi putih, Nangka Masak Lemak, Masak Lemak Pisang Muda, Sambal Udang, Sambal Sotong, Ayam Goreng Berempah, Sambal Belacan, Asam Pedas Daging Tetel, Ulam-ulaman perghhh terliur terus aku. Ntah-ntah boleh makan dua pinggan sekali hadap tu hahaha.

5 | Parkir Kenderaan


Wohoo ni masalah kritikal selain menu kenduri yang tak cukup hahaha. Masalah parkir. Sebelum riki dewan kenduri untuk sesuatu majlis perkahwinan tolong tengokkan sekali petak parkir kenderaan. Adakah cukup besar untuk menampung jumlah kenderaan tetamu yang hadir. Kesian tetamu terpaksa parkir jauh, parkir kat rumah orang dan kadang-kadang terpaksa parkir di tepi jalan sehingga mengganggu trafik dan kenderaan lain. Silap-silap tetamu siap dapat saman lagi sebab parkir merata. Then jangan lupa hire pasukan rela untuk kawal trafik agar majlis menjadi lancar dan teratur ye.

**********

Haa ni antara perkara-perkara yang perlu tuan rumah ambil perhatian ye. Nampak kecil tapi besar impaknya dalam memastikan majlis kahwin yang dilangsungkan berjalan lancar. Ni alang-alang aku dah cerita pasal kenduri kahwin yang pernah aku pergi ngan mak abah aku ni, aku nak gak kongsikan katering yang best pernah aku rasa. Kalau korang nak hire katering untuk majlis perkahwinan kan, aku nak suggest Citra Nusantara Catering. Memang sedap giler weh masakan dia. Cukup rasa dan kena ngan tekak aku.


Sekarang ni, Citra Nusantara Catering tengah buat promosi sepanjang tahun untuk pakej perkahwinan - RM8.50 / pax sahaja tau! Haa buat korang yang nak kahwin lepastu nak dapatkan pakej katering yang berkualiti, korang boleh tengok poster yang aku share bawah ni. Citra Nusantara Catering tidak hanya menyediakan menu sajian kenduri sahaja malah kalau korang nak add on pakej-pakej lain pun ada gak. Ada khidmat andaman, fotografi, PA System dan pengacara majlis. Haa ikut la bajet korang nak macamana. Harga boleh deal baik punya haha. Lagipun Citra Nusantara Catering ni dah lama bertapak di Malaysia ni, kalau tak silap aku la since tahun 2003 tau. Almost 20 tahun ye! So kalau nak kata bab pengalaman tu, memang dorang A la.


Ni kalau korang nak buat food tasting menu-menu dorang, korang boleh terus ke pejabat operasi Citra Nusantara di Seksyen U5, Shah Alam tapi sebelum tu kena buat appointment dulu la. Citra Nusantara Catering buat masa ni cover sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. So kalau korang nak tau lebih lanjut pasal pakej-pakej yang ada disediakan oleh Citra Nusantara Catering ni, korang boleh rujuk maklumat yang aku kongsikan di bawah ni ye.


Oh ya, sebelum aku terlupa aku nak bagitau  yang Citra Nusantara Catering ni bukan hanya fokus pada menu kenduri kahwin je, malah segala jenis majlis keraian pun diorang handle jugak seperti;

1) Pakej Katering Jamuan Hari Raya
2) Pakej Ketering Majlis Pertunangan/Nikah
3) Pakej Katering Majlis Aqiqah
4) Pakej Katering Majlis Doa Selamat
5) Pakej Katering Majlis Berbuka Puasa/Moreh
6) Dan banyak lagi


CITRA NUSANTARA CATERING
No. 36 & 38, Jalan Musytari AQ U5/AQ, Subang Pelangi,
Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Hotline: +6 012 998 8650 (Admin)




You Might Also Like

0 comments

Blog Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *