ARISSTO Coffee Menawarkan Sewaan Serendah RM1 Sebulan Kepada Peminat Kopi & Teh Premium


Bismillah,

Baru-baru ni bertempat di 1 Utama Shopping Mall telah berlangsungnya Malaysia Coffee Fest di mana kesemua vendor coffee di seluruh Malaysia berkumpul bagi mempromosikan jenama kopi mereka. Actually aku tau pasal event tu pun last minit. Tu pun kawan aku yang bagitau. Sebab aku peminat tegar kopi, so memang jadi kewajipan la untuk ke event tu.


Punya lah ramai manusia kat tengah-tengah ruang legar 1 Utama Shopping Mall tu, kebanyakannya aku pasti mencari produk kegemaran masing-masing. Dalam banyak-banyak produk yang dipromosikan di Malaysia Coffee Fest tu, aku tertarik dengan brand ARISSTO Coffee. Mula-mula tu aku dengar penerangan staf dorang dari tepi je sebab aku stucked dalam kesesakan yang ada kat sana. Aku dengar sikit-sikit je. RM1? Apa yang RM1? Kapsul dia ke? Tapi bila aku dengar balik dan ada some of customer yang tanya, rupa-rupanya RM1 tu adalah harga sewaan mesin ARISSTO Coffee ye! Bukan sehari tapi RM1 sebulan!! Biar betul?


ku pun de ngar lah penjelasan daripada staf ARISSTO Coffee tu bahawa harga sewaan untuk mesin ARISSTO Coffee adalah RM1 sebulan dan TAK ADA KONTRAK! Perghh ni satu berita yang menarik bagi peminat kopi macam aku. Patutlah sesak kat booth ARISSTO Coffee hari tu sebab rata-rata pengunjung nak tau pasal produk ni. ARISSTO Coffee tidak hanya tertumpu pada kopi sahaja malahan mereka juga mampu menghasilkan minuman teh melalui mesin ARISSTO Coffee ni. Antara kapsul perisa kopi yang boleh menjadi pilihan adalah seperti :

👉 Choco
👉 Amico
👉 Luna 
👉 Milk
👉 Passion
👉 In Love
👉 Sunrise
👉 Lonely


Dan bagi kapsul perisa teh pula korang boleh pilih beberapa pilihan yang ada seperti di bawah : 

👉 The Queen
👉 The King
👉 Prince
👉 Princess
👉 Earl


Dengan kapsul-kaspsul yang ada disediakan untuk mesin ARISSTO Coffee ni, korang boleh hasilkan beberapa jenis minuman antaranya :

👉 Espresso - Luna
👉 Affagato - Lonely
👉 Rose Cappucino - In Love
👉 Iced Coffee - Amico
👉 Milk Chocolate - Choco & Milk
👉 Latte - Sunrise & Milk
👉 Cappucino - Passion & Milk
👉 Ceylon Black Tea
👉 Green Tea
👉 Earl Tea
👉 Rose Black Tea
👉 Passion Fruit Black Tea


So amacam? Best kan? Kat bawah ni aku attached kan sekali jadual RM1 ARISSTO Coffee Machine Plan kot la korang berminat nak letak satu kat rumah. RM1 je sebulan wak, apa yang korang perlu beli hanya kapsul dia je. Minimum 2 kotak sebulan dan satu kotak ada 10 kapsul. Harga sekotak kapsul pun hanya RM21.60. Kalau korang jadi ahli VIP ARISSTO, korang perlu membayar deposit sebanyak RM280 yang mana akan dipulangkan bila-bila masa korang nak terminate. Benefitnya harga kapsul dia jauh lebih murah iaitu RM17.90 sekotak! Perghh aku plak yang teruja lebih hahaha.


So kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan jadual RM1 ARISSTO Coffee Machine Plan ni, korang boleh layari laman sesawang mereka seperti yang tertera di bawah ye :



0 Comments