Eat & Makan Food Festival 2019 Di Setia City Mall, Kuala Lumpur


Bismillah,

Haa ni aku nak share something kepada para foodhunter macam aku di luar sana. Bulan Julai ni bakal berlangsungnya acara Eat & Makan Food Festival yang bertempat di Setia City Mall, Kuala Lumpur. Ni pun aku baru dapat info daripada kawan aku sebab dia tau aku memang sukakan makanan. Asal ada port makan atau event makan mesti aku yang dia cari dulu. Ha event Eat & Makan Food Festival pasti aku takkan lepaskan peluang. Ye la bukan selalu ada festival-festival makan macam ni ye tak?


Oh untuk pengetahuan korang, Eat & Makan Food Festival bakal berlangsung selama 6 hari, 2 minggu berturut-turut dari 19 hingga 21 Julai 2019 dan 26 hingga 28 Julai 2019, dari pukul 4 petang sehingga 10 malam ye. Untuk mengelakkan daripada korang tersesat atau tak jumpa sewaktu Eat & Makan Food Festival itu berlangsung, korang hanya perlu ke arah pintu masuk timur bangunan Setia City Mall tu. Haa tapak event Eat & Makan Food Festival bebetul berada di hadapan sana.


Ada lebih 20 vendor dari pelbagai jenis makanan menyertai event Eat & Makan Food Festival kali ini. Antaranya Boat Noodle, Sushi King, DIY Bites, Row Six, Shabu X, Inside Scoop, Skinny Bakers, Nimaco dan banyak lagi. Oh ye aku nak pesan siap-siap, event Eat & Makan Food Festival turut disertai oleh vendor-vendor yang menyediakan menu tidak halal kepada pengunjung bukan Islam. Tapi dorang dah asingkan siap-siap gerai yang menjual makanan halal dan tidak halal. So korang jangan terkejut ye dan jangan gatal-gatal nak makan makanan tak halal plak hahaha. Jangan kata aku tak ingatkan ye haha.

Sekadar gambar hiasan

Bukan sekadar makanan sahaja ye yang ada disajikan di sana malah pengunjung juga turut dihiburkan dengan pelbagai jenis persembahan sepanjang 6 hari berlangsungnya Eat & Makan Food Festival tersebut. Antaranya adalah persembahan muzikal, zumba, tarian zapin, persembahan ukulele dan banyak lagi. Malah pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah melalui peraduan 'Strike A Pose' di mana pengunjung dikehendaki bergambar di display 3D Fod Fiesta yang ada di tapak Eat & Makan Food Festival. Korang boleh follow syarat-syarat di bawah. Di samping dapat makan sepuas-puasnya, korang juga mungkin antara 5 pengunjung bertuah yang berpeluang memenangi hadiah.


So save the date, jangan lupa janji temu kita di Eat & Makan Food Festival 2019 bulan ni ye. Jangan lupa share info ni kepada rakan-rakan dan keluarga. Untuk maklumat lanjut berkenaan event Eat & Makan Food Festival ni, korang bolehlah layari 




0 Comments