Manjakan Diri Dengan SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling


Bismillah,

Amboi tajuk macam kurang kasih sayang je haha. Bukan apa sebenarnya aku nak bagitau best pakai produk SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling ni. Actually sebenarnya aku tak tau pun pasal produk SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling ni. Baru-baru ni aku beraya kat umah saudara. Biasalah kalau dah beraya membawa ke petang tu, kompom berlengas-lengas badan. Dengan letih badan lagi. Aduh kalau dapat mandi time tu memang awesome lah kan.


Mujur la puan isteri bawa baju salinan. Aku tak tunggu lama sebab badan dah tak sedap sangat ni. Aku mandi, sabun-sabun badan. Lama kot aku kat toilet kali ni haha. Oh aku baru sedar yang shower cream yang makcik aku pakai tu sejuk. Aku pernah pakai shower cream macamni sebelum ni tapi packaging dia kecik je. Lepas tu susah nak cari, ada kat sesetengah shopping mall je. Yang makcik aku punya ni SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling. Perisa pineapple? Rare perisa ni, jarang jumpa kat market. Bau pun wangi dan paling penting sejuk! 


Lama kot aku mandi sebab makin lama, makin sejuk badan aku. Perghh segarnya badan. Lagi-lagi plak kepala aku botak, bila aku sabunkan kepala tu rasa sejuk ya amat. Hilang rasa sakit kepala sebab panas seharian. Rasa tenang je weh. Ni kalau makcik aku ada tab mandi ni kompom lagi lama aku berendam ni. Ntah-ntah boleh bawak tidur kot haha. Tapi serius memang best. Ni yang nak kena beli satu SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling ni.


Actually kalau aku baca kat label belakang, SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling ni merupakan produk yang dapat membasmi 99.99% kuman pada kulit. Nice gak la selain dapat segarkan badan aku selepas seharian ulang alik menaiki motor ke tempat kerja, boleh gak cuci badan daripada kotoran dan kuman. Haa lagi pun aku kerja lab, so dengan menggunakan SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling ni insyaAllah dapat membunuh bakteria yang melekat pada kulit aku. SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling ni takde alkohol, paraben dan mempunyai kadar pH yang seimbang untuk kulit. Lagipun SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling dihasilkan oleh SAFI Excellence in Research & Innovation Centre, merupakan makmal produk kosmetik halal yang terbesar di dunia.


Balik malam tu memang aku cari SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling la kan. Aku beli kat Tesco. Tapi sekali ada dua variasi la. Satu Frosty Pineapple macam yang aku pakai kat rumah makcik aku tadi dan satu lagi bau Frosty Watermelon. Aisehmen kena pilih la plak. Aku ingat nak amik Frosty Pineapple, tapi anak aku Jasmeen nak Frosty Watermelon. Sebab warna dia merah kot. Dah bertekak kitorang kat situ hahaha. At last puan isteri cadang beli kedua-duanya. Senang tak payah gaduh-gaduh. Dia punya cadangan ngalahkan dia plak yang bayar hahaha.

Percaya lah sampai je rumah, Jasmeen bantai shower cream Frosty Pineapple aku. Alih-alih aku plak yang kena guna Frosty Watermelon dia. Chiss sungguh la. Adoyai anak. Ha ni aku nak bagitau selain kat TESCO, korang boleh gak dapatkan produk SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling ni di semua pasaraya besar, hypermarket, farmasi dan banyak lagi. Bukan tu je, korang boleh gak dapatkan SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling ni di portal membeli belah atas talian seperti LAZADA. Senang kan? Alang-alang keluar shopping barang dapur tu boleh beli sekali. Kalau malas keluar shopping online je sudah. Harganya cuma RM12.50 untuk pek eko isian semula 850g dan RM18.50 untuk pek botol 1kg.

Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut berkenaan produk keluaran SAFI atau produk SAFI Anti-Bacterial Shower Cooling ni, boleh lah rujuk maklumat kat bawah ni ye


0 Comments