Menu Italian & Korean Sedap Di Ristech Cafe, Nilai Negeri Sembilan


Bismillah,

Kalau korang ke bandar Nilai, Negeri Sembilan aku nak cadangkan agar korang singgah ke Ristech Cafe ni. Tu pun kalau korang tetiba teringin nak pekena menu Italian dan Korean la sebab Ristech Cafe ni memang menyajikan sajian-sajian macam tu. Actually Ristech Cafe ni terletak di KLIA Kuarters Business Centre, dekat ngan Bandar Enstek, Nilai. Kalau korang sampai di sini, korang boleh lihat premis Ristech Cafe ni berada di tingkat satu bersebelahan dengan Segi Fresh.


Aku suka dengan konsep yang diketengahkan oleh Ristech Cafe ni, nampak santai dan macam rumah. Ada ruangan untuk membaca, ada ruangan untuk istirehat yang dilengkapi dengan buaian, ada ruangan permainan video, ada ruangan Cook DIY, mini surau dan kemudahan tandas. Ristech Cafe juga turut menyediakan kemudahan wifi untuk kegunaan para pelanggannya. Oh semua kemudahan yang disediakan di Ristech Cafe adalah percuma kecuali ruangan permainan video. Caj yang dikenakan adalah RM18 untuk 2 jam pertama dan RM7 untuk jam berikutnya.


So hari tu aku pesan beberapa menu untuk aku dan kawan-kawan aku di Ristech Cafe ni. Antaranya Sweedish Meatball, Yangyeom-Chikin, Ganjang-Chikin, Deep Fried Cordon Bleu, Linguine Shrimp & Spinach, Ristech Meat & Greet, Deep Fried Chicken Chop Special dan Cajun Chicken Alfredo. Untuk air plak kami order Teh Puaka JB Viral, Green Tea Latte Viral dan Ajushi Milk Tea Viral. Dalam banyak-banyak menu ni aku suka Yangyeom-Chikin dan Sweedish Meatball. Portion besar, pada aku sesuai untuk 2 orang makan. Then dia punya meatball tu tak bau hanyir daging ye. Ye la certain-certain orang tak boleh telan meatball sebab ada bau daging yang kuat. Dah la tu ada 14 ketul meatball plak tu!


Yangyeom-Chikin plak ada 2 portion, 6 ketul dan 12 ketul. Aku suka Yangyeom-Chikin berbanding Ganjang-Chikin sebab Yangyeom-Chikin lebih pedas. Dua-dua menu ni rangup, dicicah plak dengan sos mustard pergh memang tak cukup la sepinggan. Ayam korea versi Ristech Cafe ni menggunakan resepi dan ramuan sendiri, rasanya tak terlalu masam macam sos kimchi tu. Aku rasa better korang order 12 ketul kalau tak rugi huhu.


Untuk minuman plak, ketiga-tiga minuman yang kami pesan tu adalah minuman special kat Ristech Cafe ni. Tak perlu pergi jauh nak pekena teh boba. Kat Ristech Cafe ni pun ada. Confirm halal. Biji boba tu dibuat sendiri ye. Dimasak selama 15 minit sebelum dihidangkan kepada para pelanggan. Rasanya tak terlalu manis, just nice. Sedap dan murah. Kalau korang datang pada pukul 6 petang dan 8 malam, 5 pelanggan pertama akan dapat harga RM5 untuk setiap pembelian Ajushi Milk Tea Viral ni berbanding harga asal dia RM7. 


Lagi satu nak bagitau yang Ristech Cafe ni baru je launch menu breakfast. Tapi tak banyak la, ada 3 menu. Bukan menu tempatan tapi lebih kepada western iaitu Roti Goyang (kind of Roti Titab), Cinnamon Toast dan Omellette Toast. Setiap menu ni didatangkan bersama secawan Espresso panas dan kalau tak cukup korang boleh free flow air kopi kampung yang ada disediakan di kaunter DIY. Breakfast bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 tengahari. Kemudian rehat dan buka semula dari jam 3 petang sehingga 11 malam setiap hari kecuali tutup pada hari Jumaat.


Semua menu yang disajikan di Ristech Cafe ni  adalah buatan sendiri dan hanya disajikan based on order sahaja. So korang akan dapat menu yang baru dimasak dari dapur sahaja. Kalau korang nak cuba menu Italian dan Korean air tangan anak tempatan ni, boleh lah ke Ristech Cafe seperti yang kongsikan di bawah ni.

Ristech Cafe
C29-1, Jalan Pusat Niaga 1,
KLIA Kuarters Business Centre,
71800 Nilai, 
Negeri Sembilan

Contact
019-2969306


#RistechCafe #NilaiBestWesternFood #NilaiBestItalianMeal #NilaiBestKoreanSpicyChicken

1 Comments