Pengalaman Menginap Di Masbro Village Homestay, Melaka


Bismillah,

Weekend hari tu aku ke Melaka atas urusan family. Bawak sekali family dan mak abah aku memandangkan abah aku pun nak jengah nenek aku di Parit Sidang Seman, Melaka. Dah alang-alang ke Melaka ni, takkan nak balik hari kan. Plan nak buat short staycation tapi tak sure kat mana. Google punya google, nah at last kitorang decide nak stay kat salah sebuah boutique hotel yang terletak di Paya Rumput, Melaka iaitu Masbro Village. Mujur kitorang pergi hari tu Jumaat, so masih ada bilik yang boleh disewa. Agak-kalau aku datang weekend tu confirm penuh dengan pengunjung huhu.


Tempahan Secara Online
Selama ni aku tengok orang pegi je. Memang cantik la kalau dilihat daripada gambar yang dikongsi. Last time aku dengar yang Masbro Village ni tengah diubahsuai dan aku rasa ini adalah waktu yang sesuai kot. Lagipun bawak sekali family so boleh berkongsi pengalaman bermalam dengan mereka. Aku buat tempahan secara atas talian secara terus dengan pihak management Masbro Village. Aku ada gak cari di laman web dan juga portal tentang penginapan di Masbro Village ni tapi tak ada. So aku assume yang dorang tak open tempahan di laman web dan portal carian hotel dan homestay. Dorang bergerak sendiri.

Saiz Bilik Masbro Village

Aku diberitahu oleh person incharge yang bilik aku tu mampu memuatkan seramai 6 orang. Mak aku fikir nak kena bawa toto pada mulanya tapi aku kata mungkin pihak homestay ada membuat sewaan tilam tambahan. Bila aku daftar masuk sekitar 3pm, aku dimaklumkan yang mereka tak sediakan tilam tambahan. Allahu macamana kami nak tidur ni. Aku datang berenam, 2 orang tidur atas katil. So selebihnya? Mak aku dah bising sebab tak dengar cakap dia haha. Penat sangat memikir kitorang masuk ke dalam bilik dulu.


Kelengkapan Di Dalam Bilik
Masuk je ke dalam bilik, aku terkejut sebab ruangan dalamnya sangat luas! Ok itu bukan bilik tetapi boleh aku panggil sebagai rumah dan bukan ada 1 katil sahaja ye, tetapi ada 3 katil bersaiz Queen. Betul la kata person incharge yang rumah di Masbro Village tu mampu memuatkan sehingga 6 orang. Antara lain yang dilengkapi di homestay Masbro Village ni adalah : 

👉 3 katil bersaiz Queen
👉 2 penghawa dingin
👉 2 tandas dengan water heater
👉 1 peti sejuk
👉 1 microwave
👉 4 tuala
👉 1 tv LCD
👉 Meja makan untuk 4 orang
👉 1 water heater
👉 Ada banyak soket dinding 😍

Kawalan Keselamatan 24 Jam

Part last sekali tu paling penting. Ye la nak charging fon, power bank lagi. Korang akan banyak gunakan kamera di sana nanti sebab view dalam Masbro Village tu sangat cantik dan instagrammable. Aircond sejuk, kipas pun laju. Setiap rumah akan diberi kunci rumah dan kunci pagar utama Masbro Village. Actually setiap hari pukul 11 malam, pintu pagar utama Masbro Village tu akan ditutup. Bukan apa untuk tujuan keselamatan penghuni di sana. Korang bebas keluar masuk macam biasa tapi selepas pukul 11 malam, korang kena buka dan kunci pintu pagar utama semula la ye.


Kemudahan Lain Di Masbro Village
Masbro Village turut menyediakan kolam renang kepada para pengunjung di mana kolam renang tersebut terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kolam dewasa dan kanak-kanak. Luas gak kolamnya tu. Ia berada betul-betul di bahagian tengah Masbro Village. Di sisi kolam terdapat cafe untuk para pengunjung menikmati sarapan dan makan tengahari. Untuk makluman harga Masbro Village ni tak termasuk sarapan pagi ye. So either korang cari sarapan di luar atau sarapan di cafe tersebut. Harganya boleh tahan la, macam harga cafe KL hehe. Kalau korang jarang ke Melaka, aku syorkan korang keluar food hunting sebab Melaka banyak menyajikan menu makanan viral gak antaranya Roti Canai Kayu Arang, Bachang dan Warisan Nasi Gunting Haji Awal di Melaka Sentral. Kalau korang plan nak buat


So kalau korang plan nak ke Melaka, jangan lupa untuk menginap di Masbro Village, Paya Rumput Melaka ni ye. Memang berbaloi-baloi. 

Masbro Village Homestay
Lot 291, Batu 7 1/2, Paya Rumput
Jalan Paya Rumput Perdana
76450 Melaka

Pertanyaan/Tempahan
013-3136872 (Office)
018-3184872 (Shida)


2 Comments