Potongan Sehingga 70% Sempena Food Carnival Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall, KL


Bismillah,

Actually aku pun baru tau pasal potongan harga kat Lulu Hypermarket, 1 Shamelin Mall KL ni. Tu pun sebab aku singgah nak beli barang dapur. Aku dapat tahu yang promosi Food Carnival Lulu Hypermarket baru je dilancarkan pagi 19 Julai 2019 hari tu. Aku plak datang sebelah petangnya huhu.


Alhamdulillah promosi lagi. Aku suka ke Lulu Hypermarket sebab macam ni lah. Lulu Hypermarket memang selalu buat promosi dan potongan harga. Bukan sikit-sikit tau, kadang-kadang boleh pergi sampai beratus-ratus pengurangannya. Haa seingat aku Air Fryer jenama Phillips asalnya harga RM700++, lepas potongan terus junam RM300+ weh. Aku tanya kawan aku pasal Air Fryer tu, dia kata jenama Phillips tu bagus, kapasiti dia pun besar. Dia pun terkejut apsal murah sangat hahaha. Adoyai aku plak bawak duit cukup-cukup je nak beli barang dapur ni haha.


Aku grab flyer tengok apa yang menarik dan boleh dibeli. Mana tau ada banyak penjimatan, boleh aku beli barang-barang lain. Okay rupa-rupanya sempena Food Carnival Lulu Hypermarket ni telah disediakan jadual promosi ye. Pada tarikh-tarikh tertentu korang akan nikmati potongan harga untuk certain item. Jadualnya seperti di bawah :


9-21 Julai 2019 - Juices & Salads
22-24 Julai 2019 - Briyani
25-27 Julai 2019 - Shwarma & Pizza
28-29 Julai 2019 - Rice & Noodles
30-31 Julai 2019 - Grill & Kebabs


So kalau korang nak dapatkan potongan harga untuk barangan-barangan tersebut boleh lah datang berbelanja pada tarikh-tarikh tersebut ye. Actually potongan harga bukan sahaja tertumpu pada makanan, malah kalau korang pusing-pusing Lulu Hypermarket tu korang akan dapati banyak lagi barang-barang lain yang menyusut harganya disebabkan diskaun. Contohnya macam bahagian roti, bahagian coklat, minuman seperti air kotak Dutch Lady dan Milo, bahagian pewangi, bahagian peralatan elektrik dan banyak lagi. Korang boleh lihat pada item tersebut ada tag yang tertulis Food Carnival Lulu Hypermarket. Haa itu bermakna item tersebut pun turut diturunkan harga sempena Food Carnival Lulu Hypermarket ni.


Dalam tempoh 13 hari Food Carnival Lulu Hypermarket ni, ada pelbagai aktiviti yang bakal berlangsung antaranya Briyani Contest, Recipe Contest, Cake Decoration, Coloring Contest for Kids dan banyak lagi. Malah dengan hanya berbelanja sebanyak RM75 dalam satu resit, korang berpeluang untuk memenangi 2 hadiah utama berupa proton X70 dalam peraduan Dream Drive Contest. Malah pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah lain seperti iPhone 7, UHD LED dan Lulu Gift Voucher. Pemenang akan dipilih pada 5 Julai dan 6 September 2019.


So hurry up guys. Semalam aku pegi lagi buat kali kedua untuk bulan ni. Murah punya pasal asyik repeat je Food Carnival Lulu Hypermarket huhu. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal Lulu Hypermarket ni boleh rujuk maklumat yang aku kongsikan di bawah ni ye.


Lulu Hypermarket
1-01, 100, Jalan 4/91
Taman Shamelin Perkasa
56100, Kuala Lumpur

0 Comments