Sedapnya Nasi Burung Sos Limau Merecik


Bismillah,

Baru-baru ni aku ke Shah Alam sekadar memenuhi undangan makan daripada seorang kenalan. Kalau nak diikutkan jarak dari office ke lokasi agak jauh la gak tapi sebab dah janji kan. So aku datang gak la. Bila masuk petang-petang macam tu, perut aku mula la bersiul-siul lapar. Aduh harap ada la something untuk diisi nanti. Dapat kuih pun jadilah sebelum aku tapau nasi on the way balik rumah nanti.


Kenalan aku ni seorang wartawan. Rupa-rupanya dia ajak pergi ke rumah pakcik dia la, ajak makan. Allahu bagai orang disorongkan bantal memang aku tunggu pelawaan sebegini haha. Bukan aku sorang je, malah turut dijemput beberapa kenalan yang lain. Tapi takde la ramai mana. Saja jumpa nak borak-borak, tanya khabar gitu. Aku sampai awal walaupun hujan lebat di sekitar Lembah Klang. Mungkin sebab aku menaiki motosikal tu yang cepat tu. Sebab lapar pun mungkin juga kot hahaha.


Sebaik sahaja aku jejak kaki ke dalam rumah pakcik kenalan aku tu, hidung aku dah tangkap aroma semerbak memenuhi ruang tamu tersebut. Aduhh menyucuk-nyucuk hidung, makin rancak plak perut aku menyanyi-nyanyi. Kami berborak seketika sementara keluarga pakcik kawan aku tu sediakan hidangan di meja makan. Sesekali aku menjengah menu apa yang dihidang sebab baunya sedap sangat.


"Puan tak payah susah-susah puan", aku sengaja main tarik tali padahal hanya Allah je yang tau betapa laparnya aku masa tu.

"Ala takde apa-apa pun. Masak simple-simple je ni", sahut Puan Sheeda, isteri pakcik kenalan aku tu. Daripada gaya, rasanya menu kami malam tu dia lah yang sediakan.


"Puan masak apa tu?", punya la tak sabar aku terus tanya menu. Kahkahkah nampak gelojoh plak. Aku bangun meninggalkan kawan-kawan yang lain yang masih berborak. Tumpuan aku beralih kepada menu yang siap terhidang untuk kami di atas meja.

"Ni namanya Nasi Burung Sos Limau Merecik", balas Puan Sheeda. Nasi Burung? Wow menarik ni. Hidangan Nasi Burung Sos Limau Merecik tu dilengkapi dengan nasi, burung puyuh goreng berempah, salad dan timun sebagai ulam-ulaman dan sos limau. Ha specialnya menu Nasi Burung Sos Limau Merecik ni bukan hanya pada burung puyuhnya saja tetapi lebih pada sos limau dia. Lain macam la peginya. Serius sedap tahap mengigau!


"Sedap puan Nasi Burung Sos Limau Merecik ni. Serius sedap. Puan tak commercialize kan ke? Boleh pergi jauh ni", ujar kawan aku. Aku? Dah tak nampak orang dah. Dok hadap je tanpa tengok kiri kanan hahaha.

"Eh saya memang jual pun. Since last raya tahun lepas", ujar Puan Sheeda. Kami mengangguk. Tapi apasal kami tak tahu pasal menu ni plak. Ye la aku ni dikira food hunter gak, asal ada menu baru, menu viral mesti aku akan cuba. Tapi menu Nasi Burung Sos Limau Merecik ni memang lain macam. Jarang jumpa menu berasaskan burung puyuh ni di market tempatan. Dan kombinasi sos cicahan dia membuatkan menu ni berada satu level di atas secara automatik. Rasa sos limau sebagai cicahan burung puyuh berempah tu memang unik. Aku ada gak korek-korek rahsia daripada Puan Sheeda, tapi dapat sikit je. Tak lengkap haha. Ingat nak buat sendiri kat rumah.


"Inspirasi asal daripada menu di sebuah restoran tempatan. Memandangkan saya tak tau ramuan sosnya, saya guna kaedah cuba jaya. Asal sos ni saya guna lesung kayu untuk menggesek. Tapi bila kuantiti dah banyak ni, terpaksa saya guna cara lain hasil idea dan perbincangan sesama ahli keluarga", panjang lebar Puan Sheeda menerangkan kepada kami. Pinggan aku pun dah penuh dengan tulang belulang burung puyuh. Sampai tak sedar berapa ekor dah aku makan. Ralit meratah, sedap sangat.


Kami diberitahu yang Nasi Burung Sos Limau Merecik ini diusahakan sendiri oleh ahli keluarga Puan Sheeda. Home made ye kawan-kawan. Disiapkan seawal 4 pagi base on order. Dimasak sendiri oleh Puan Sheeda di dapurnya. Burung puyuh diperolehi segar dan diyakini halal cara penyediaan dan sembelihannya daripada sebuah pengusaha burung puyuh di Jasin, Melaka. Pada aku rahsia kesedapan Nasi Burung Sos Limau Merecik ni adalah kerana air tangan Puan Sheeda sendiri. Ye la air tangan mak-mak kan.


Buat masa ni Puan Sheeda belum berniat untuk membuka premis bagi menjual Nasi Burung Sos Limau Merecik nya itu. Dia lebih selesa menyediakannya di rumah. Tapi akan datang tak tahu lagi katanya. Buat masa ni Puan Sheeda ada menerima tempahan dan pesanan daripada masyarakat setempat di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang. Malah Nasi Burung Sos Limau Merecik boleh dicapai dengan menggunakan Food Panda. Wah senang la lepas ni dan minimum order adalah 10 pack.


Harga Nasi Burung Sos Limau Merecik ni adalah RM14 sebekas. Bukan setakat pesanan alakat, kalau korang nak pesan untuk sebarang majlis pun boleh sebab Puan Sheeda ada gak buat katering secara kecil-kecilan. Buat masa ni dia boleh hasilkan 500 pack dalam satu-satu masa. Tapi kalau korang nak tau lebih lanjut, better korang call direct puan Sheeda kot. Lagi senang dan lebih jelas. Tapi apa yang aku nak simpulkan kat sini, Nasi Burung Sos Limau Merecik Puan Sheeda ni memang terbaik! Eh kalau korang nak beli sos nya sahaja pun boleh. RM15 untuk bekas sedang dan RM20 untuk bekas besar. Sos limau merecik ni tak ada bahan preservatif ya kawan-kawan dan ia mampu bertahan selama 3 bulan based on testimoni pelanggannya. Janji korang simpan dalam fridge atau freezer ye.


Okay lah kat sini aku attached kan sekali contact Puan Sheeda. Mana la tau korang berminat nak buat sebarang majlis, majlis tahlil, kenduri doa selamat atau mesyuarat syarikat kan. Mudah, sedap dan berbaloi. Percayalah kata aku yang dah makan 3 kali tambah Nasi Burung Sos Limau Merecik ni hahaha.


Nasi Burung Sos Limau Merecik
No 2, Jalan Spektrum,
U16 / 13CB, Bukit Subang,
Denai Alam, Shah Alam
Selangor

Tempahan/Hubungi
Tuan Hj Azzahari (016-3919396)
Puan Hjh Sheeda (017-3126765)



1 Comments

  1. Nak makan lagi jom Afzal hehehehe boleh makan dan juga kenal2...

    ReplyDelete