4 Pulau Cantik Di Sabah & Instaworthy!


Bismillah,

Kali ni aku nak kongsikan 4 pulau cantik yang ada di Sabah. Trip aku kali ni semua diuruskan oleh Daeng Travel & Tours. Senang kerja. Tak perlu banyak fikir haha. Ye la kami sibuk dengan urusan masing-masing. So hire agen je, biar dorang settlekan semua. Dari flight pergi balik, pengangkutan, penginapan, makan minum dan ke tempat-tempat menarik di Sabah semua diuruskan Daeng Travel & Tours. Ko just  booked tarikh pergi balik je dan berapa hari ko plan nak bercuti di sana. Kalau korang dan customade percutian korang pun boleh, tak ada masalah.


Okay berbalik kepada trip aku ke Sabah, kali ni aku nak kongsikan pulau-pulau cantik yang ada di Sabah. Pulau Mabul, Pulau Sipadan dan Pulau Manukan adalah antara pulau-pulau yang terkenal kerana kecantikannya tapi tahu tak korang ada beberapa lagi pulau cantik di Sabah yang ingin aku kongsikan di sini. So check it out guys, selain tempat-tempat makan best korang kena pergi 4 pulau cantik yang sempat aku terokai sewaktu pergi ke Sabah.

Pulau Mari Mari Sepanggar, Kota Kinabalu




Pulau Sepanggar merupakan sebuah pulau yang terletak di Teluk Sepanggar, Sabah. Terdapat komuniti kecil menetap di pulau ini. Pulau ini lebih dekat untuk dikunjungi dari pusat bandar Kota Kinabalu dan dari Teluk Likas. Kira-kira hanya 10 minit menerusi perjalanan bot laju. Kat Pulau Sepanggar ni korang boleh lakukan pelbagai aktiviti seperti snorkelling, berkayak, parasailing, sea trek dan scuba diving.




Di sini juga ada kemudahan tandas, surau, cafe dan sewaan kelengkapan aktiviti. Korang boleh ke Pulau Sepanggar ni dari Jeti Jesselton Point dengan anggaran perjalanan sekitar 10 minit. Cuma Pulau Sepanggar ni ramai dengan pengunjung dari luar negara, mungkin kerana jaraknya daripada jeti yang tidak jauh dan itulah salah satu pulau yang terdapat di Kota Kinabalu.



Pulau Bohey Dulang, Semporna




Pulau Bohey Dulang merupakan sebuah pulau karang kecil yang terletak di Sabah, Malaysia. Ia terletak dalam Taman Marin Tun Sakaran. Tak banyak yang boleh dilakukan di sini selain  kerana pulau ini merupakan pusat konservasi hidupan dan terumbu karang. Korang boleh lihat di dalam Taman Laut Tun Sakaram ni ada banyak hidupan laut yang dijaga dan dibiak seperti batu karang, pelbagai jenis gamat, clam, landak laut dan banyak lagi.


Selain daripada itu korang juga boleh hiking di sini dan melihat keindahan pulau Bohey dari ketinggian 300 meter dari puncak bukit Bohey Dulang. Tapi makesure korang kena pakai kasut ye untuk hiking sebab korang tak dibenarkan mendaki bukit tanpa kasut. Actually kalau korang tak berkasut pun, korang still boleh sewa kasut pada harga RM5 sepasang. Korang boleh ke Pulau Bohey Dulang dengan menaiki bot laju dan anggaran perjalanan adalah selama 20 minit dari jeti Semporna.

Pulau Mantabuan, Semporna


Pulau Mantabuan merupakan sebuah pulau karang kecil yang terletak di Sabah. Jarak dari Pulau Bohey Dulang ke Pulau Mantabuan sekitar 7 ke 10 minit sahaja. Tak adalah jauh mana. Tapi bezanya Pulau Mantabuan lebih kecil dan tak ada apa yang ada di sana. Korang boleh ambil gambar permandangannya yang cantik. Pasirnya putih dan halus. Airnya juga cetek dan dipenuhi dengan batu-batu karang boleh boleh dilihat jelas dari dalam bot. Kalau korang nak lepak dan nikmati pemandangan tenang, Pulau Mantabuan adalah tempat yang terbaik!



Pulau Sibuan, Semporna




Ni lokasi terakhir yang sempat kami pergi hari tu iaitu Pulau Sibuan dan merupakan pulau paling cantik antara 4 pulau yang aku ceritakan di atas. Sangat instagrammable dan berbaloi 20 minit perjalanan dari Pulau Mantabuan. Airnya lebih biru kehijauan, lebih jernih dan cantik. Di sini korang boleh snorkelling dan scuba diving. Ada banyak ikan dan terumbu karang walaupun di tepi pantai.




Di pulau Sibuan ini juga menetap orang laut, walaupun tak ramai sekitar 10 ke 15 orang tetapi kehidupan mereka bergantung kepada hasil laut dan menjual air kelapa kepada pengunjung. Harganya pun murah sekitar RM3 sahaja. Kitorang makan tengahari pun kat sana je sebab dalam pakej yang kitorang amik memang siap makan.

**********

Ada banyak port untuk bergambar di sini antaranya tanjung yang berada di sisi pulau. Jika air surut, korang boleh bergambar di tanjung tersebut seolah-oleh korang berjalan di atas air di tengah laut.

Ini pulau paling jauh sempat kami pergi memandangkan air laut pun mula bergelora akibat cuaca yang tak menentu. Ingat nak ke Pulau Mabul atau Pulau Sipadan, tapi tak sempat plak. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi aku akan repeat ke sana lagi.

Harga pakej island hopping termasuk bot dan makan tengahari pun murah. Kalau korang nak tau lebih lanjut boleh roger Daeng Travel & Tours. Dorang pun ada buat sewa kereta gak, ada macam-macam jenis dan berpatutan harga dia.

Daeng Travel & Tours
Lot 32-2, Blok E, 1st Floor,
Kepayan Perdana Commercial Centre,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah

Contact
010-6697102 (Cik Ezza)
010-3927102 (Cik Effa)
+6088-213494 (Office)


0 Comments