Cendol VIRAL Kampung Hulu Buka Cawangan Di KL


Bismillah,

Actually aku pun baru tau ye dengan tidak disengajakan. Nak ke Melaka ntah tak tau bila padahal kampung kat sana gak. Biasalah Melaka, kalau turun weekend confirm jem teruk kalah KL haha. Asyik tengok kengkawan up gambar Cendol VIRAL Kampung Hulu je panas gak hati kita wak haha. Nak gak rasa best sangat ke Cendol VIRAL Kampung Hulu ni berbanding cendol yang biasa aku makan.


Okay berbalik kepada Cendol VIRAL Kampung Hulu kat KL ni. Hari tu aku balik kerja aku ke Mid Valley nak cari barang kat AEON Big bawah tu. Singgah jap beli roti untuk Jasmeen, alih-alih aku nampak kiosk Cendol VIRAL Kampung Hulu. Serius lah Cendol VIRAL Kampung Hulu Melaka ni? Aku mundar-mandir depan kiosk tu, nampak la dia punya logo pada bekas. Haa memang sah Cendol VIRAL Kampung Hulu sebab aku kenal logo dia tu. Bagi menguatkan telahan aku, aku tanya staf dia. Haah dia pun mengiyakan haha. Tapi tak sangka rupanya Cendol VIRAL Kampung Hulu dah buka cawangan di KL!


Sebenarnya Cendol VIRAL Kampung Hulu ni dah buka 2 cawangan lain ye selain Melaka iaitu di Muar dan Mid Valley KL. Cuma kelainannya berbanding Melaka dan Muar, kiosk Cendol VIRAL Kampung Hulu di Mid Valley KL ni tak menyajikan makanan lain. Hanya cendol semata-mata. So agak-agak korang nak try menu-menu lain di Cendol VIRAL Kampung Hulu ni, kena la turun di cawangan Kampung Hulu Melaka dan Muar ye.


Korang boleh nikmati perlbagai variasi cendol di Cendol VIRAL Kampung Hulu antaranya Cendol Mangga, Cendol Longan, Cendol Buah Naga, Cendol Jagung, Cendol Cocktail, Cendol Buah Kabung, Cendol Kelapa Laut Madu dan Cendol Durian D24/IOI. Setiap satu cendol berharga RM10 kecuali Cendol Durian yang berharga RM20 dengan 2 ulas durian D24 atau IOI. Setiap cendol juga ada diletakkan aiskrim dan kalau korang nak add on sama ada aiskrim, buah-buahan, durian atau cream cheese, akan dicaj harga lain la ye.


So apa yang boleh aku kata, yang membezakan Cendol VIRAL Kampung Hulu ini dia punya ais. Dia tak guna ais biasa tau. Santan dibekukan menjadi ais dan dari situ dijadikan ais parut. Dan tekstur ais dia macam korang makan bingsu korea. Halus dan lembut. Sedap dan puas sebab portion dia besar. Dan kalau nak kan kepuasan korang makan Cendol Durian D24. Perghh superb!! Lagi satu buah-buahan hanya dipotonh dan disediakan bila ada pesanan sahaja ye. So it keep fresh untuk para pelanggannya. Cuma kalau aku nak cadangkan tambahan menu boleh tak? Kalau dapat ditambah baru Cendol Tapai pun awesome gak sebab susah nak jumpa tapai dan aku yakin ramai peminat Cendol Tapai ni sebenarnya. Cendol Tapai Pulut dan Cendol Tapai Ubi. Perghh marvellous!


So kalau korang teringin nak pekena Cendol VIRAL Kampung Hulu tapi tak berkesempatan nak ke cawangan Melaka dan Muar, boleh je ke cawangan mereka di Level LG, AEON Big Mid Valley (dalam food court AEON Big) ye. Korang boleh tengok link facebook dan instagram dorang kat bawah ye.


1 Comments