Tempat Makan Best Di Sabah


Bismillah,

Kalau korang ke Sabah, mesti korang tertanya-tanya makanan apa yang best kat Sabah ni kan? Ye la sekali sekala datang ke tempat orang, teringin gak nak merasa menu-menu masyarakat setempat. Takkan nak makan Nasi Lemak atau roti canai mamak je kan? So kali ni aku nak kongsi tempat makan best dan makanan apa yang boleh korang cuba bila berada di Sabah.


🔘 Aiskrim Yogurt Susu Lembu
Okay korang boleh cuba Aiskrim Yogurt Susu Lembu ni di DESA Dairy Farm yang terletak di Kundasang. Susu lembunya diperah fresh dan harganya cuma sekitar RM5. Ada bebera perisa yang boleh korang cuba. Bukan setakat  aiskrim ye, korang juga boleh beli susu lembu fresh dan paling penting harganya jauh lebih murah daripada pasaran!


🔘 Nasi Panggang Ayam Panggang Kicap
Okay menu pertama yang aku cuba sebaik keluar daripada airport Kota Kinabalu iaitu  Nasi Panggang Ayam Panggang Kicap. Menu ni korang boleh temui di Restoran Warung Bandung, Kota Kinabalu. Actually ada banyak lagi menu-menu lain yang boleh korang cuba di Warung Bandung ni tapi aku tertarik plak ngan menu ni. Nasinya dibalut dengan daun, dipanggang. Ayamnya juga dipanggang dan disalut dengan kicap. Paling best dia punya sambal gesek. Perghhh terbaik!


🔘 Mee Tauhu
Di Sabah ni memang terkenal dengan menu Mee Tauhu. So kat mana-mana pun korang boleh jumpa, cuma sedap ataupun tak je la. Aku pekena Mee Tauhu ni di Restoran Mee Tauhu Plaza Damai sewaktu berada di Tawau. Mee Tauhu ni dihidangkan waktu sarapan pagi dan ada saiz biasa dan besar. Mee Tauhu adalah mee goreng yang dimakan bersama tauhu bulat yang dimasak bersama kicap pekat. Unik juga menu ni kerana aku juga pertama kali cuba menu ni.


🔘 Berobbok, Kapurung, Pisang Penyek, Air Mango Sago
Okay menu-menu di atas korang boleh dapat di One Bucks Cafe, Eastern Plaza Tawau. Actually menu-menu atas ni macam menu makanan ringan la atau aku panggil kudapan. Menu santai time minum petang. Menarik untuk dicuba kalau korang tak nak makan makanan yang berat-berat.


🔘 Sayap Ayam Madu
Kata orang Sabah, kalau ke Kundasang tak sah kalau korang tak siggah pekena menu Sayap Ayam Madu ni. Menu ni korang boleh jumpa di Sayap Ayam Madu Wak Ali, Kundasang. Kalau tak silap aku seketul sayap ayam madu ni dijual pada harga RM1.50 sahaja. Bukan setakat sayap ayam, malah korang juga boleg pesan satay ayam, daging dan buntut ayam. Rahsia kesedapannya of course la rempah marinate ayam tu. Perghh sambil menjilat jari!


🔘 Hot Coffee, Ice Blended, Cakes
Kalau korang pe Tenom, jangan lupa untuk singgah pekena kopi di TFC Coffee, Tenom. Actually cafe ini merupakan salah satu produk yang diusahakan oleh Fatt Choi Coffee Tenom. Ada pelbagai jenis kopi yang dihidangkan di sini. Bukan setakat hot coffee, malah korang boleh cuba iced coffee dan ice blended. Selain daripada itu, ada juga sajian sampingan seperti kek dan lasagna. Kalau korang dah pekena kopi di TFC Coffee ni, aku yakin korang boleh start lupakan Starbuck. Bukan setakat sedap malahan harganya jauh lebih murah. Minum hari-hari pun boleh haha.


🔘 Nasi Ayam Wangi
Nasi Ayam Wangi ni kat depan hotel aku menginap je iaitu Heritage Hotel, Tawau. Orang kata nasi ayam dia sedap tu yang aku cuba. Yup memang sedap dan murah, tak hairan lah ramai yang tapau bawa balik haha. Korang boleh cuba Nasi Ayam Wangi ni di Wangi Chicken Rice ye.


🔘 Nasi Ayam 3 Rasa
Dalam perjalanan dari Tenom nak ke Tawau, korang boleh singgah di Restoran Rahmat 2 yang terletak di pekan Keningau, Sabah. Restoran ni sentiasa penuh dengan orang ramai dan menu-menu yang berasaskan sup memang dikatakan sedap di sini. Tapi aku nak cuba Nasi Ayam 3 Rasa kerana kawan aku kata sedap. Memang sedap, ayamnya di masak panas-panas dan paling penting sos nasi ayam dia. Penuh rasa dan pedas. Portion pun banyak. Rugi kalau korang tak cuba!


🔘 Coto Makassar & Nasi Kuning
Masa aku pergi restoran ni baru mula beroperasi. Actually coto Makassar ni memang dah terkenal kerana sebelum ini ianya dijual di stall biasa je. Kerana permintaan yang tinggi dan sering menjadi tumpuan pengunjung, owner dia buka di lot kedai. Lokasinya di Rumah Makan Coto Makassar Asli Cyber City, Kepayan Kota Kinabalu. Serius dia punya sup padu! Aku order coto makassar daging, perghh rempah-rempah sup dia sebati dengan air rebusan tulang. Kuah dia pekat, daging pun banyak. Korang kena cuba gak menu lain seperti Nasi Kuning, Coto Makassar Special dan Coto Makassar Kaki Ayam. Actually coto di Sabah adalah nama bagi soto ye. Lain sikit ejaannya.



🔘 Yam Yam, Seafood
Okay menu ni korang boleh nikmati sewaktu petang atau lewat malam. Menu santai-santai sambil pekena kopi o kaw. Perghh layan. Menu ni kalau kat semenanjung kita panggil Yong Tau Fu tapi di Tawau ianya dihidang dengan cara menggoreng rangup. Kena plak ngan sos pencicah dia perghh. Asanya kitorang amik sikit je nak buat rasa-rasa. Sekali tak cukup kau haha. Order lagi sepinggan penuh hahaha. Selain daripada surimi, ada gak ayam dan buntut ayam goreng. Tepung marinated yang dia guna pun sedap. Korang boleh ke Restoran Lepak Santai yang terletak di Tawau, Sabah.


🔘 Nasi Lalap, Lato-lato, Kima, Landak Laut
Kalau korang ke Sabah, korang kena cuba menu-menu makanan laut yang rare ni ye. Kawan aku order tapi aku tak cuba pun sebab aku alahan dengan sembarangan seafood. Ada kima, landak laut dan ikan buntal tetapi semuanya dimasak menjadi lauk. Contohnya Kima Masak Lemak dan Kerabu Landak Laut. Aku tak pasti la apa rasa dia tapi kawan aku kata sedap. Yang pasti dalam banyak-banyak menu tu aku makan Lato-Lato tau atau lebih dikenali dengan panggilan Anggur Laut. Dia merupakan rumpai laut yang berbiji kecil. Bila biji-biji tu pecah dalam mulut, korang rasa sedikit masin. Kalau korang nak jadi cantik makan la banyak-banyak. Tinggi kolagennya tu haha. Nasi Lalap plak rasanya macam nasi ayam penyet, ayamnya digoreng panas-panas dan sambalnya juga pedas. Korang boleh cuba menu-menu ni di Restoran Kampungku yang terletak di Semporna.



🔘 Makanan Laut (seafood)
Last but not least kepada korang yang tercari-cari menu masakan laut (seafood), aku cadangkan korang ke Restoran Warisan Tampi Tampi yang terletak di Semporna. Restoran ni dibina di atas air dan dikelilingi dengan kolam yang dipenuhi pelbagai spesis hidupan laut. Cantik sangat bila tiba waktu petang. Korang boleh menikmati permandangan matahari terbenam di tepi laut. Surau pun terletak di sebelah restoran ini.



**********

Amacam menarik kan? Actually ada banyak lagi port makan best kat Sabah ni yang boleh aku kongsikan. Nanti lah aku kongsikan di dalam artikel lain ye. By the way tempat-tempat makan ni pun bukan sebelah-sebelah je. Jauh-jauh la jugak. Tu nasib aku ambil pakej percutian lengkap Sabah ngan Daeng Travel & Tours. Dorang la yang bawakkan, naik Vellfire lagi hoho. Kalau korang nak drive sendiri pun boleh. Dorang pun ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa murah di Sabah. Kot la korang tau tempat-tempat makan best dan nak pergi sendiri kan? Ni aku kongsikan contact dorang kot la berguna untuk korang atau sesiapa yang cari pakej murah ke Sabah. So jumpa in next article ya. Have fun dan selamat bercuti!


Daeng Travel & Tours
Lot 32-2, Blok E, 1st Floor,
Kepayan Perdana Commercial Centre,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah

Contact
010-6697102 (Cik Ezza)
010-3927102 (Cik Effa)
+6088-213494 (Office)



13 Comments

  1. sedap gilaaaa...masih teringat lagi rasa makanan kat sana...jom repeat ke sabah! hahah

    ReplyDelete
  2. Great blog here with all of the valuable information you have. Keep up the good work you are doing here 토토

    ReplyDelete
  3. https://www.chihuahuapuppiesforsale1.com/
    http://www.myppuphouse.com/
    https://www.yorkiespuppiessale.com/
    https://chowchowpuppiessale.com/
    http://www.globalkittens.com/




    ReplyDelete
  4. I'm exceptionally appreciative to you for sharing this magnificent information. This data is useful for everybody. So if it's not too much trouble, consistently share this sort of data Stock Fraud USA

    ReplyDelete
  5. Imagine a scenario where somebody needs to enlist after the cutoff time|

    As a rule, we can oblige late enlistments with an extra rush charge. If it's not too much trouble, interface with your assigned occasion organizer with any late participants. Check for more Holiday Corporate Activities

    ReplyDelete
  6. Heya I'm interestingly here. I ran over this board and I find
    It genuinely valuable and it helped me out a lot. I desire to give something back furthermore, help other people like you supported me. get more information

    ReplyDelete
  7. It is very useful and informative content. keep doing this.
    Traffic Lawyer Madison , VA

    ReplyDelete