Clarion Energy Anjur 5-IN-1 Power & Evergy Di MiTEC 2019


Bismillah,

Tidak lama lagi Clarion Energy bakal menganjurkan pameran 5-in-1 Power & Energy bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 3 hingga 5 September 2019.


CLARION ENERGY adalah sebahagian daripada Clarion Events Group, salah satu syarikat acara terbesar di dunia dengan lebih daripada 180 acara dan pejabat yang terletak di seluruh dunia. Clarion Energy menjalankan lebih daripada 40 acara yang meliputi sektor minyak, gas dan tenaga.

Acara Power & Energy Series ini diiktiraf oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim Malaysia (MESTECC) dan dianjurkan bersama oleh pembekal kuasa utama negara iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Acara ini mampu menarik pelabur dari dalam dan luar negara bagi mewujudkan platform dan pelan tindakan baru bagi memulakan strategi untuk menghasilkan lebih banyak tenaga yang boleh diperbaharui yang dikenali sebagai Petalihan Tenaga Boleh Diperbaharui (RETR) 2035.

Menurut Nick Rastall yang merupakan Pengarah Portfolio Asia Clarion Energy, acara sebegini mampu memainkan peranan penting dalam menyatukan syarikat tenaga dan utiliti terkemuka dengan profesional yang inovatif selain memacu perubahan landskap dan menemui masa depan industri tenaga Asia. Turut hadir sama dalam sidang tersebut adalah Datuk Zulkefli Hj. Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Convention and Exhibition Bureau (MYCEB).


Acara yang bakal dianjurkan ini bakal melibatkan 350 peserta pameran dan dijangka menarik lebih daripada 11,000 pelawat dan 2,000 pembeli antarabangsa.

Acara Power & Energy ini dibuka kepada para profesional dan pelawat perniagaan dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang untuk tarikh 3 & 4 September 2019. Manakala pada 5 September 2019 ia akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang sahaja.

Maklumat lanjut dan pendaftar secara atas talian telah dibuka di laman :


Sebagai alternatif pelawat juga boleh mendaftarkan di MITEC pada tarikh 2 September 2019 dari jam 1.00 petang hingga 6.00 petang. Semua dijemput hadir.


1 Comments