Electrolux Shop IN Shop Di TBM Central I-City Mall


Bismillah,

Korang Electrolux baru launch Shop IN Shop terbaru mereka di TBM Central I-City Mall. Aku sampai pukul 10 pagi, ramai gila orang! Korang pun tau kan  kalau sebut pasal barangan elektrik, siapa yang tak kenal ngan jenama Electrolux. Seperti yang kita maklum jenama Electrolux sememangnya gah dengan teknologi dan inovasinya yang kini mencecah 100 tahun di pasaran!


Bersempena dengan sambutan Electrolux yang ke 100 tahun, Electrolux juga mengadakan Taste Experience Event di mana aku berpeluang menyaksikan demonstrasi masakan daripada Chef Christian Mittermeier menggunakan peralatan memasak Electrolux. Untuk makluman korang, Chef Christian Mittermeier ni merupakan seorang chef terkemuka di Germany. Beliau telah mendekorasi rumahnya sendiri menjadi sebuah hotel restoran dan sering menjadi tumpuan masyarakat di pekan kecil Rothenburg. Beliau kini sering berkolaborasi dengan Sweedish Electrolux Group kerana bakat dan kebolehannya dalam bidang masakan.


Pada hari tu, beliau menyajikan Rye Sourdough Bread With Whipped Brown Butter, Roasted Buckwheat, Braised Carrot with Miso Cream & Passion Fruit sebagai sajian dengan menggunakan perkakasan memasak daripada Electrolux. Aku sempat rasa air tangan dia, dan cara dia masak memang mudah. Kalau lah aku boleh beli semua produk Electrolux tu huhu. Dia bagitau yang perkakasan di rumahnya kebanyakan menggunakan jenama Electrolux sebab kualitinya yang bagus, tahan lasak dan sangat mesra pengguna selain menjimatkan masa.



Aku ada gak menggunakan peralatan daripada Electrolux contohnya seperti pembersih hampagas dan seterika. Memang tahan lasak dan mudah. Macam seterika alu beli since aku belajar kat sekolah berasrama lagi tau. Memang lama sangat dan ia masih berfungsi lagi. So kalau korang jangan lepaskan peluang untuk milik pelbagai jenis produk Electrolux sempena promosi pembukaan Shop IN Shop mereka di TBM Central I-City Mall Shah Alam ya.


Electrolux Shop IN Shop,
TBM Central I-City,
LG-03, Level Lower Ground,
Plot 1, Persiaran Multimedia,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor


0 Comments