Makan Tengahari Menu Sri Lanka Sedap Di KL



Bismillah,

Baru-baru ni aku ada lunch di Brickfield KL lepas jumpa kawan aku kat KL Sentral. Actually kitorang lunch kat sana pun sebab dia yang bawa. Aku memang jarang ke sana kalau tak ada tujuan. Dia plak kata kat Brickfield tu ada port makan best. Serius la? Aku pun baru tau ni. Korang tau pasal Yarl Restaurant? 


Yarl Restaurant merupakan restoran yang menyajikan menu masakan authentic daerah Jaffnar, Sri Lanka. Okay first time aku pekena menu Sri Lanka ni, boleh masuk ke tak. Actually sebenarnya menu-menunya tak jauh beza ngan menu masakan india atau restoran daun pisang cuma yang membezakan di Yarl korang boleh temui beberapa menu lain yang hanya ditemui di daerah Jaffnar, sebuah daerah yang terdapat di Sri Lanka.


Kalau kat Malaysia ni ada negeri Melaka, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan perbagai negeri lain lagi yang menyajikan sajian negeri masing-masing kan? Contohnya Melaka terkenal dengan Asam Pedas, Kedah terkenal dengan Laksa Utara dan Terengganu terkenal dengan Nasi Dagang. Macamtu la daerah Jaffnar, ia terkenal dengan menu-menunya yang tersendiri.


Masa aku datang tengahari tu, nampak macam tak ramai orang. Tapi lepas pukul 12.30 ke pukul 1 petang, tup tup terus berbaris orang beratur. Aku tengok ada pelbagai jenis menu-menu yang belum pernah aku cuba. Ye la aku pun mana pernah makan makanan Sri Lanka kan? Kalau nak diikutkan untuk lauk tengahari sahaja korang boleh cuba sehingga 20 jenis! Macam menu masakan india, restoran Yarl ni banyak menyajikan menu berunsurkan kari. Ada kari ayam, kari kambing, kari udang, kari sotong, asam pedas ikan pari, sayur-sayuran, kuah dhal, pelbagai jenis sambal dan banyak lagi. Malah kalau korang nak ambil set menu pun dorang ada.


Contohnya set Nasi Putih atau Nasi Kulangal (Nasi Briyani) bersama menu ayam, 2 menu sayur dan rasam, harganya cuma RM12 sahaja. Aku sempat snap harga-harga makanan kat Yarl Restaurant ni, pada aku berpatutan. Takde la mahal sangat dan setiap hari ada menu-menu yang di highlightkan. 


Hari tu aku pesan teh tarik, lassi mangga, nasi campur dan kyasi appom. Seronoknya makan kat Yarl Restaurant ni nasi korang dihidang dalam pinggan aluminium tinggi. Mungkin sebab boleh isi banyak kuah dan lauk pauk kot. Jangan lupa makan ngan tangan, baru nikmat. Serius aku cakap kari-kari kat Yarl Restaurant ni memang umph! Pekat dan penuh dengan rasa rempah ratus.


Lupa plak nak bagitau bahan-bahan mentah diorang diimport daripada Sri Lanka dan produk-produk seperti daging dorang dapatkan daripada pusat penyembelihan halal di sana. Walaupun Yarl Restaurant ni masih belum mendapat sijil halal JAKIM, tetapi hidangan yang mereka sajikan tiada bahan-bahan seperti daging khinzir, arak mahupun alkohol. Restoran ni pun bersih membuatkan aku yakin makan tengahari kat situ.


So kalau korang teringin nak makan menu masakan Sri Lanka, korang boleh cuba menu-menu yang ada di Yarl Restaurant ni ye. Kat bawah ni aku kongsikan details Yarl Restaurant kot-kot la korang nak try lunch kat sana nanti.

Yarl Restaurant,
50, Jalan Padang Belia,
50470 Brickfields,
Kuala Lumpur.





5 Comments