Kedai Kasut Kesihatan Footlink Buka Cawangan Baru Di Shah Alam


Bismillah,

Baru-baru ni aku ke seksyen 13 Shah Alam kerana dapat jemputan sempena pembukaan cawangan baru Kedai Kasut Kesihatan Footlink. Aku pernah nampak cawangan-cawangan Footlink lain tapi belum pernah masuk. Ye la kan nama pun kasut kesihatan, mesti kasut-kasut mereka direka khusus untuk mereka yang ada menghidapi penyakit kencing manis dan gout. Fesyen-fesyen mesti outdated kan sebab bos aku pun ada pakai satu. Hahaha. Tapi seriously telahan aku meleset sama sekali. Bila pertama kali jejakkan kaki ke dalam outlet tersebut, aku tengok ada pelbagai jenis kasut yang direka mengikut fesyen terkini dan moden. 


Design kasut-kasut yang ada di Kedai Kasut Kesihatan Footlink ni sama cantik seperti mana korang lihat kasut-kasut yang ada di pasaraya terkemuka dan jenama-jenama terkenal. Cuma kasut-kasut yang ada di Kedai Kasut Kesihatan Footlink dipatenkan untuk kesesuaian mereka yang menjaga penjagaan kaki dan juga mereka yang mempunyai masalah di bahagian kaki. Lebih kurang 100 pasang kasut lelaki dan wanita dengan pelbagai design ada dijual di Kedai Kasut Kesihatan Footlink ni. Cuma aku dapati Kedai Kasut Kesihatan Footlink ni lebih menekankan pengeluaran kasut wanita kerana wanita lebih gemar memiliki koleksi kasut yang sesuai untuk dipadankan dengan baju yang dipakai.



Rekabentuk kasut-kasut yang ada di Kedai Kasut Kesihatan Footlink ni mampu memberi keselesaan kepada mereka yang ada mengalami masalah seperti :



👉 Sakit lutut
👉 Sakit belakang badan
👉 Postur badan lemah
👉 Sakit tapak kaki
👉 Bunion
👉 Flat feet
👉 Callous & corn
👉 Heel spur
👉 Plantar Faciitis



Aku baru tau tak semua kasut sesuai dengan kaki kita. Kaki kita terdiri daripada 4 jenis iaitu : 

🌼 Wide Foot (EE)
🌼 Medium Foot (B)
🌼 Narrow Foot (AA)





Kaki aku ni boleh aku kategorikan dalam Wide Foot dan kategori ini perlu memakai kasut jenis lebar depan dan bukan V Shaped Shoes bagi mengelakkan kaki luka atau tekanan ke atas jari-jari kaki. Jika korang paksa juga kemungkinan ia akan mendatangkan kecederaan dan mungkin bertambah mudarat jika korang merupakan sallah seorang pengidap penyakit diabetis atau kencing manis. 



Selain daripada itu untuk pengetahuan korang, had maksimum untuk memakai kasut tumit tinggi hanya sekitar 2 ke 3 jam sahaja kerana jika korang pakai lebih daripada had masa tersebut, ia akan menyebabkan sakit di bahagian belakang badan. Jika perkara ini berlarutan, postur badan korang akan lari dan tak balance malah akan menyebabkan sakit berpanjangan pada bahagian tulang belakang korang.



Aku dah cuba beberapa jenis kasut yanh terdapat di Kedai Kasut Kesihatan Footlink tu. Allahu serius aku rasa sangat selesa. Actually kaki aku tak balance gak sebenarnya sebab kaki kiri aku pernah patah akibat kemalangan jalan raya sebelum ni. Jadi jika berjalan aku lebih letakkan beban badan pada kaki kanan dan ini menyebabkan tumit kaki aku sakit setiap kali bangun tidur awal pagi. Bila aku pakai salah satu kasut Footlink, aku rasa tapak aku selesa. Bila aku berjalan, rasa kaki aku menekan pada span yang lembut dan menganjal. Rasa kurang tekanan pada tapak kaki.



Oh ye Kedai Kasut Kesihatan Footlink bukan sahaja menjual kasut ye malahan ada stokin juga. Beza stokin Footlink dan stokin-stokin yang dijual di luar adalah stokin Footlink mempunyai ciri-ciri kesihatan seperti tidak mencengkam, ada pad pada buku lali dan jari depan dan juga elastik sehingga 3 kali ganda saiznya. Maknanya mereka yang ada masalah kencing manis boleh pakai stokin ni. Ye la kadang-kadang malu nak keluar rumah kan, apatah lagi nak bekerja. Lagi-lagi bila kita bekerja sebagai front liner dan bertemu pelanggan. Sekurang-kurangnya kita nak tutup kekurangan yang ada pada kaki kita kan?



Aku rasa masalah lutut pada kaki mak dan mak mertua aku adalah berpunca daripada perkara yang sama iaitu salah pilih kasut. Aku sangat syorkan ibu bapa kita yang berusia tu, yang tak mampu berjalan lama dan berjalan jauh agar pakai kasut Footlink ni. InsyaAllah sangat membantu selain mengurangkan tekanan yang dihidapi kaki dorang. Kaki dorang pun boleh berehat. Bukan untuk mereka yang berusia sahaja malahan Footlink turut menyediakan kasut mengikut design yang sesuai dengan citarasa golongan muda. Malah Footlink turut mengeluarkan kasut sukan untuk para penggunanya.


Tapi memang aku sangat syorkan kasut Footlink ni untuk ibu bapa kita yang mempunyai masalah lutut dan sendi sakit dan sakit pada bahagian belakang badan. Sekali sekala jadikan hadiah hari jadi kan apa salahnya. Mesti dorang gembira. So kalau korang berminat nak dapatkan kasut untuk ibu bapa korang atau kegunaan sendiri, jangan lupa gunakan kod BLOG AFZALSUKASUKI sewaktu pembelian di cawangan Footlink Seksyen 13 Shah Alam ye bagi mendapatkan hadiah istimewa daripada Footlink. Tunjukkan KOD atau ARTIKEL INI di kaunter pembayaran. Sah sehingga hujung tahun ni ye dan kod ini sah HANYA DI CAWANGAN FOOTLINK SEKSYEN 13, SHAH ALAM SAHAJA


Korang boleh lawati cawangan terbaru Footlink di Seksyen 13 Shah Alam untuk cuba dan lihat sendiri design-design yang sesuai untuk korang. Rasai sendiri keselesaan kasut Footlink sewaktu berjalan dan boleh dapatkan nasihat daripada pakar tentang pemilihan kasut yang bersesuaian dengan bentuk kaki korang. Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, korang boleh rujuk maklumat yang aku kongsikan di bawah ni ye.


Footlink
No. 86, Jalan Badminton 13/29,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Hotline :
+6011-1869 6172

Waktu Operasi :
10am - 7pm (Setiap hari)

FB Page :
Footlink 13 Shah Alam

Instagram :
@footlink13shahalam

Website :

0 Comments