Makan Snek Secara Berhemah Melalui Mindful Snacking - SMRter Snacker Workshop


Bismillah,

Sebenarnya korang tau tak berapa jumlah kalori yang korang perlu ambil seharian? Ke korang main makan ikut suka je? Hahaha. Actually sebelum ni aku pun main makan je. Tak pernah pun fikir jumlah kalori ideal yang perlu aku ambil setiap hari. Bila aku makan lebih, badan aku mula rasa tak selesa. Esoknya aku mulalah makan sikit.


Sebenarnya kita jadi gemuk sebab ambil lebih makanan melebihi nilai kalori yang sepatutnya kita ambil seharian. Kalau hari-hari kita ambil lebih 500 Kcal (kalori), cukup seminggu maunya ada lebihan 3,500 Kcal dalam badan kita. Tu kalau kita tak buat apa-apa. Tak bersenam atau lakukan kerja harian lain. Dah la makanan kita dihadam sepenuhnya dalam tempoh 10 jam. Belum sempat hadam, kita terus makan dan makan. Mana lah tak gemuk.


Kebanyakan orang fikir kegemukan adalah disebabkan oleh makanan ringan atau snek. Kebiasaan rakyat Malaysia makan snek sebanyak 6 ke 7 kali sehari. Ini disebabkan faktor kerja, kekangan masa, mudah ditemui dan mudah disediakan. So atas inisiatif ini Mondelez International (Malaysia) tampil memberi penerangan kepada rakyat Malaysia betapa pentingnya makan snek secara berhemah. Dengan cara ini rakyat Malaysia boleh menikmati snek dengan betul tanpa perlu memilih antara snek atau makan secara sihat.



Melalui sesi SMRter Snacker yang aku hadiri tempohari, banyak input yang aku perolehi tentang pemilihan dan pemakanan snek harian kita. Melalui tabiat pengambilan snek secara berhemah ni, aku ditekankan tentang memberi fokus terhadap rasa dan cara menikmatinya. Contohnya kalau kebiasaan kita makan menggunakan tangan kanan, cuba kita tukar dengan menggunakan tangan kiri. Atau makan secara perlahan-lahan dengan meneka bahan apa yang ada di dalam snek kita ambil itu.


Lupa nak bagitau sesi SMRter Snacker ini dihadiri oleh barisan ahli panel yang terdiri daripada Pengurus Nutrisi & Komunikasi Strategik Mondelez AMEA, Pei Gee Chew, Penolong Profesor merangkap Ketua Program Nutrisi & Kesejahteraan Fakulti Sains Gunaan Terapan Universiti UCSI dan Encik Nash Idrus yang merupakan selebriti dan juga seorang bapa. Sesi ini dikendalikan oleh pengacara jemputan yang tidak asing lagi iaitu Sheahnee Iman Lee.

Banyak gak tips dan kaedah pengambilan snek yang aku perolehi sepanjang sesi tersebut. Snek dan makanan ringan memang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan sehari-hari tak kira untuk golongan muda mahupun dewasa. Jadi untuk mengawal pengambilannya, kita perlu tau apa yang kita makan, jumlah kalori makanan dan cara untuk kita menikmatinya. Kita juga perlu tau kandungan snek yang kita ambil dan tidak terpengaruh dengan iklannya semata-mata.


Pei Gee Chew memberitahu bahawa pihak Mondelez International sentiasa berusaha menghasilkan snek yang dekat dengan pengguna namun pada masa yang sama memenuhi nutrisi dan keperluan harian rakyat Malaysia. Mereka tidak mahu menghasilkan snek 'kosong' tanpa nutrisi dan sekadar junk food biasa yang boleh membahayakan badan jika kerap diambil.


Dalam sesi tersebut, aku juga diberi beberapa latihan tentang cara pemilihan snek seharian. Untuk maklumat korang, jumlah kalori yang sesuai untuk seorang lelaki dewasa adalah 2000 Kcal sehari dan 1760 Kcal kalori untuk wanita dewasa. Di bawah ni aku sertakan sekali jadual kalori yang sesuai untuk badan kita.


Konklusinya kita tak mampu mengelak dari memakan snek lebih-lebih lagi anak-anak kita tetapi kita mampu untuk mengawal pengambilannya dan menikmatinya secara berhemah.

Jangan lupa #snackingmaderight dan #mindfulsnacking ya.

1 Comments

  1. Terima kasih atas info bermanfaat ni. Kadang LeYa pun kalau terlebih makan akan rasa tak sedap badan

    ReplyDelete