RIZQ Islamic School (RIS) Open Day Pendaftaran Pelajar Tahfiz Sesi 2020



Bismillah,

Actually aku teruja bila dapat tahu tentang kehadiran Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor di RIZQ Islamic School (RIS) Open Day hari tu. Siapa yang tak tahu pasal RIZQ Islamic School (RIS) kan? Sebuah sekolah tahfiz bertaraf antarabangsa yang terletak di Sungai Ramal, Kajang. First time aku tiba di RIZQ Islamic School (RIS) dulu sekitar tahun 2016 kalau tak silap. Time tu datang teman kawan je, tapi kali ni datang bawak anak. Jasmeen pun dah nak masuk darjah satu tahun depan. Rasa sekejap je masa berlalu kan?


Aku sebagai bapa mesti nak yang terbaik untuk Jasmeen dan ibu bapa mana yang tak nak anak-anak mereka mendapat pendidikan daripada pusat pembelajaran yang terbaik kan? Masa kita dulu, ibu bapa kita tak punya banyak pilihan tak seperti sekarang ni. Semuanya ada di depan mata. Masa Jasmeen umur 5 dan 6 tahun, aku hantar dia di sekolah aliran agama juga. Aku gembira dapat lihat perkembangan akademik dan ilmu agamanya seiring. 



Dalam masa dia menyelesaikan permasalahan matematik dan membaca, dia juga mampu menghafal surah-surah lazim, hadis-hadis dan bacaan dalam solat. Jadi aku fikir better aku masukkan dia ke sekolah dari aliran yang sama. Sekurang-kurangnya dia boleh terus belajar dan tak lupa apa yang telah dia belajar sebelum ni kan?



Dalam tempoh 3 tahun ni aku tengok RIZQ Islamic School (RIS) memang banyak berubah. Dari segi sistem pembelajarannya, subjek pembelajaran dan fasiliti semuanya semakin upgrade. Teruja sebenarnya bila menghadiri open day dorang hari tu. Macam-macam ada haha. Makin meriah. Mana tak nya ada ramai tokoh dan selebriti turut dijemput sewaktu RIZQ Islamic School (RIS) haritu antaranya Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Mr. Hiroshi Hamada (Pengarah Urusan Yakult Malaysia) dan juga barisan lagenda bola sepak iaitu Khalid Ali, Asmawi Bakiri dan Nazzab Hidzan.



Ada pelbagai aktiviti yang disediakan dari seawal pukul 9 pagi tu. Antaranya persembahan aerobik, bacaan ayat suci Al Quran, demonstrasi taekwondo, demonstrasi memanah, choral speaking, persembahan nasyid, pertandingan mewarna, perkongsian pengalaman daripada bintang-bintang lagenda bola sepak dan juga daripada angkasawan pertama Malaysia, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Kebanyakan ibu bapa dan anak-anak mereka turut teruja bila bertemu dengan tokoh angkasawan negara tersebut. Banyak input dan pengalaman yang telah dikongsikan beliau terutamanya sewaktu berada di angkasa lepas. Itu sesuatu yang mengujakan bila kita diberi peluang untuk menimba pengalaman sendiri berada di luar ruang angkasa bumi.





Aku pusing-pusing sekitar sekolah untuk lihat perkembangan terbaru yang ada di RIZQ Islamic School (RIS). Semakin lama semakin aku yakin yang Jasmeen mesti suka jika disekolahkan di sini. Bahasa perantara di RIZQ Islamic School (RIS) ni adalah Bahasa Inggeris. Sistem pembelajaran di sini mengikut sistem pembelajaran Findland iaitu dengan menerapkan pembelajaran secara Playbased Learning. RIZQ Islamic School (RIS) ni telah lama berkolaborasi dengan Apple Inc. di mana setiap proses pembelajaran di sekolah ni menggunakan aplikasi dan peranti daripada Apple. Ni salah satu point yang betul-betul menarik perhatian aku dari tahun 2018 lagi. Nice kan?



SUBJEK PEMBELAJARAN RIZQ ISLAMIC SCHOOL (RIS)
So mesti korang nak tau apa yang anak-anak kita akan belajar di RIZQ Islamic School (RIS) ni ye? Ada 3 peringkat pembelajaran di RIZQ ISLAMIC SCHOOL (RIS) ni iaitu Pre School dan juga Primary School. Antara subjek-subjek yang diajar di pra sekolah (pre school) adalah :

STANDARD CURRICULUM NATIONAL PRE-SCHOOL (KSPK)
  • Communications (English & Bahasa Malaysia)
  • Islamic Studies (Moral Value, Spiritual & Manners)
  • Memorizing Surahs in Al-Quran, Solah Recitations & Du’a
  • Storytelling and Conversations
  • Music and movement
  • Socio-Emotion
  • Physical & Aesthetic
  • Science & Technology, Mathematics



RizQ Additional Module
  • Arabic (Discovery Through Meaningful Words in Islamic Adaab, Surahs & Solah)
  • Huffaz (Surah Lazim & Juz Amma)
  • Osmo (Educational Game System for Apple)
  • Edu Play (Water play, Role play, Creative play)



RizQ Special Module
  • RizQ The Junior Explorer (Practical Skills & Hands On)
  • RizQ Sports

Manakala subjek yang diajar untuk pelajar-pelajar sekolah rendah (primary school) adalah :

LOWER GRADE (1, 2, 3)

👉 Bahasa Melayu
👉 English Language
👉 Mathematics
👉 Science
👉 Pendidikan Islam
👉 Pendidikan Jasmani
👉 Pendidikan Kesenian



UPPER GRADE (4, 5, 6)

👉 Bahasa Melayu
👉 English Language
👉 Mathematics
👉 Science & Technology
👉 Pendidikan Islam
👉 Pendidikan Jasmani
👉 Pendidikan Kesenian
👉 Sejarah
👉 Bahasa Arab



Pelajaran sekolah rendah mengikut sukatan pelajaran daripada KSSR dan tetap akan mengikuti peperiksaan UPSR. Pelajar-pelajar juga akan mengambil bahagian dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Peperiksaan UPKK ini diiktiraf di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dipantau oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Bagi kelas tahfiz pula, pelajar-pelajar akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :

🌼 Beginner (7 juz)
🌼 Intermediate (15 juz)
🌼 Advance (30 juz)



Bagi pelajar sekolah rendah pula, mereka akan didedahkan dengan teknik pembelajaran RIZQ Virtual School (RVS). Melalui teknik pembelajaran RIZQ Virtual School (RVS) ini, pelajar-pelajar akan didedahkan konsep Edutainment Network di dalam sukatan pembelajaran mereka. Konsep ini menerapkan teknologi ke dalam persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan kualiti dan pemahaman yang lebih baik. Ia boleh digunakan pada setiap masa dan di mana-mana sahaja menggunakan alat pembelajaran mudah alih yang disediakan. Ia juga menjamin masa pembelajaran yang lebih fleksibel.

YURAN SEKOLAH
Ni antara pertanyaan biasa yang akan di tanya oleh ibu bapa. Berapa yurannya ye? So kat bawah ni aku print screen je list bayaran yuran mengikut umur pelajar ye.


So kalau korang berminat nak tau lebih lanjut berkenaan subjek pembelajaran, yuran, transport, kemudahan pembelajaran dan pendaftaran boleh la roger maklumat yang aku sertakan di bawah ni ye. Harap membantu.



RIZQ ISLAMIC SCHOOL

No.2, Lot 1456,
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai  
Kampung Sungai Ramal Dalam,  
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan 

Office : +603 8912 0447 / 018-351 7357
Pn. Aida 011-3137 6935
Pn. Zatil 012-235 0051 

Website: www.rizq.edu.my






1 Comments