YAMAZEN - Touch Stop Electric Fan Review


Bismillah,

Tadi aku ke AEON Bandar Utama sebab ada pelancaran YAMAZEN - Touch Stop Electric Fan kat Little Akihabara Electrical Station. Lokasinya di tingkat LG, old wing One Utama Damansara. YAMAZEN - Touch Stop Electric Fan ni baru masuk pasaran Malaysia dan ia merupakan kipas pintar mesra keluarga especially kanak-kanak. Kenapa? Jap lagi aku ceritakan.


Seperti namanya YAMAZEN - Touch Stop Electric Fan, kipas pintar ini didatangkan dengan fungsi Touch-To-Stop. Hanya menyentuh bahagian sangkar kipas sahaja kipas tersebut akan berhenti. Nice kan? Actually fungsi ini dibina kerana banyak kes dan kecederaan berlaku disebabkan kipas lebih-lebih lagi melibatkan anak-anak kecil. 


Macam kita sedia maklum anak-anak kecil memang suka bermain dengan kipas dan terdedah dengan bahayanya. Jari-jari mereka boleh masuk ke dalam rongga-rongga sangkar kipas. Jika ini berlaku sewaktu kipas dihidupkan, kemungkinan akan berlaku kecelakaan dan kemalangan disebabkan jari anak-anak terkena bilah kipas. Worst thing mungkin boleh putus jari. 


Jadi fungsi ini dipatenkan ke dalam YAMAZEN - Touch Stop Electric Fan bagi mengelakkan kemalangan seperti ini berlaku. Selain fungsi Touch-To-Stop, YAMAZEN - Touch Stop Electric Fan ini juga mempunyai beberapa fungsi lain seperti butang set  kelajuan di mana ada 3 kelajuan keseluruhannya, set timer maksimum 8 jam, butang untuk kawal pergerakan kipas dan butang untuk hentikan pergerakan kipas. Timer dan halaju ada dipaparkan pada papan display pada kaki kipas.


Malas bergerak untuk tutup kipas atau ubah halaju kipas? Haa YAMAZEN - Touch Stop Electric Fan ini juga dilengkapi dengan remote control dengan fungsi yang sama. Jadi selain butang manual, korang juga boleh gunakan kipas ni dari jarak jauh. Aku suka fungsi-fungsi yang ada pada kipas ni. Almaklumlah buatan Jepun kan. Tahan lasak dan sangat menjimatkan penggunaan elektrik sehari-hari. Dia ada 3 warna iaitu warna biru, warna clear dan warna gold. Tapi warna gold tu memang cantik seh!


Harga satu unit YAMAZEN - Touch Stop Electric Fan ni adalah RM199 sahaja. Warranti selama satu tahun. Korang boleh dapati YAMAZEN - Touch Stop Electric Fan di mana-mana cawangan AEON termasuk AEON Bandar Utama ye. Ha nak bagitau untuk 2000 pembeli pertama akan dapat 2000 mata ganjaran AEON Card. Perghh best! Kalau korang berminat korang boleh rujuk maklumat yang aku kongsikan di bawah ni ye.


Little Akihabara Electrical Station
AEON Bandar Utama
No.1, Lebuh Bandar
47800 Petaling Jaya
Selangor

0 Comments