Resepi Nasi Goreng Cendawan Daging Black Pepper


Bismillah,

So macam biasa hari ni aku nak kongsi resepi mudah, simple dan cepat disediakan. Bahan-bahan pun tak banyak dan mudah cari. Eh senang kata memang mudah sangat la resepi ni haha. Hari ni aku nak kongsikan cara-cara untuk menyediakan Nasi Goreng Cendawan Daging Black Pepper.


Ramuannya :
1) Nasi putih 2-3 orang makan
2) Minyak masak 3-4 sudu
3) Bawang putih 2-3 ulas dihiris halus
4) Bawang besar 1/2 biji dihiris halus
5) Daging lembu dipotong dadu
6) Sos black pepper
7) Sayur campur frozen
8) Cendawan Maitake
9) Garam 2-3 sudu kecil


Cara Penyediaan Perapan Daging Black Pepper
  1. Daging lembu yang dipotong dadu tadi diperap bersama sos black pepper seharian.
  2. Perap awal pagi sebelum pergi kerja, simpan di bahagian peti sejuk tengah. Petang balik kerja dah boleh keluarkan.

Cara-cara Penyediaan Nasi Goreng Cendawan Daging Black Pepper.

Panaskan minyak

Tumis bawang hingga naik bau

Masukkan daging black pepper

  1. Panaskan kuali
  2. Masukkan minyak
  3. Tumis hirisan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  4. Masukkan perapan daging black pepper. Tunggu sehingga daging cukup masak.
  5. Masukkan sayur campur
  6. Masukkan cendawan maitake.
  7. Masak bahan-bahan tadi seketika sehingga daging cukup kering.
  8. Masukkan nasi putih. Goreng hingga sebati sebelum dihidang.

Masukkan cendawan maitake

Masukkan nasi

Kebaikan Lada Hitam


  • Kandungan piperine dalam lada hitam mampu mencegah penyakit kanser. Kajian pernah menunjukkan lada hitam merencatkan pertumbuhan kanser payudara.
  • Lada hitam mengandungi vitamin C, vitamin A, flavonoid, karotein dan pelbagai kandungan antioksidan yang bantu menentang radikal bebas.
  • Asid hidroklorik yang terdapat dalam lada hitam bantu mengurangkan kembung perut, angin, sebu, senak, sembelit dan keasidan perut dan tubuh.

Kenapa Cendawan Maitake?


Ada yang tanya aku kenapa guna cendawan maitake? Tak boleh ke guna cendawan tiram atau cendawan butang? Actually ada sebab aku suka guna cendawan maitake dalam masakan. Kalau korang tau kebaikan-kebaikannya, aku pasti korang juga akan amalkan memakannya.

Ada yang mengatakan Maitake ni Raja Cendawan kerana khasiatnya yang pelbagai. Antaranya :

  • Mengandungi polasakira yang dipanggil beta glucan yang mana mampu merangsangkan sistem imun dan mengaktifkan sel-sel bagi mengurangkan risiko mengidap penyakit kanser, melambatkan pertumbuhan tumor, melindungi sel-sel sihat daripada kanser dan meningkatkan keberkesanan dalam merawat penyakit kanser.
  • Mampu untuk merendahkan tekanan darah dan lemak darah - dua punca utama yang menyebabkan penyakit jantung.
  • Mengawal tahap kandungan gula di dalam darah. 
  • Meningkatkan kemampuan dan kesihatan jantung.
  • Membantu sistem pencernaan badan
  • Membantu merangsang pertumbuhan dan aktiviti sel darah putih.
  • Berfungsi merendahkan rintangan insulin sekaligus meningkatkan sensitiviti terhadap insulin.

Dikatakan melalui hasil kajian dan penemuan mendapati cendawan maitake mempunyai fungsi terbaik dalam mencegah dan melawan penyakit kanser. So kalau korang mempunyai keluarga, saudara mara atau kenalan yang mengidap penyakit kanser ni, boleh lah mula amalkan memakan cendawan Maitake.

Selain kanser, ia juga berfungsi menjaga jantung, tekanan darah tinggi dan juga diabetes. 

Mana Nak Dapat Cendawan Maitake Ni?


Korang boleh dapatkan cendawan Maitake ni di cawangan-cawangan AEON area Klang Valley buat masa ni. Harga dia pun murah je, RM5.90 sepaket. So selain sedap dimakan, pada masa yang sama kita boleh jaga kesihatan.



1 Comments