Senarai Pemenang Cabutan Bertuah Dream Drive Shop & Win Lulu Hypermarket


Bismillah

Baru-baru ni Lulu Hypermarket 1Shamelin Mall ada buat majlis penyampaian hadiah Dream Drive Shop & Win kepada para pemenang. Actually aku pun ada masuk contest Dream Drive Shop & Win tu. Saja nak cuba mana tau rezeki kan. Contest pun mudah, hanya berbelanja minimum RM50 di mana-mana cawangan Lulu Hypermarket & Department Store sama ada di Capsquare KL dan 1 Shamelin KL. Korang berpeluang memenangi beberapa hadiah hebat dan hadiah utamanya berupa 2 unit proton model baru X70.


Antara hadiah-hadiah lain yang ditawarkan adalah seperti 6 unit Apple iPhone 7 Plus, 6 unit TOSHIBA 49" UHD TV dan 100 baucer kepada para peserta. Kali ni tak ada rezeki nak menang hadiah. Takpe la insyaAllah lain kali kot. Kepada mereka yang tak bernasib baik, boleh cuba lain kali sebab Lulu Hypermarket selalu mengadakan contest dan hadiahnya pula bukan calang-calang ye.






Sepanjang majlis tersebut, pengunjung turut dihiburkan dengan pelbagai jenis persembahan antaranya tarian kebudayaan Melayu, Cina dan India dan juga pertunjukan silap mata. Majlis turut diserikan dengan kehadiran model Amber Chia yang sangat humble dan sporting. Sempat juga lah Jasmeen berposing dengannya. Di bawah ni aku sertakan sekali list pemenang bertuah yang berjaya membawa pulang hadiah pada hari tersebut.

Bil
Nama Pemenang
Hadiah
1
2
3
4
5
6
Nur Adawiyah Bt Mohd Nasir
Sipinapa
Saw Wan Ying
Surina Yeo
Yahya
Anoj Joseph


TOSHIBA 49" Android UHD LED TV
1
2
3
4
5
6
Rana
Faizan Farooq Siddiqui
Ho Foong Lian
Nur Syazwani Afiqah Bt Mohd Nazri
Soh Bau Lai
Kelly Lim


Apple iPhone 7 Plus
1
2
Khairul Hilmi
Roslee Bin Misnan
Proton X70



So kepada korang jangan putus asa untuk mencuba sebab peluang masih ada. Lulu Hypermarket sentiasa mengadakan peraduan seperti ini di masa akan datang. Jangan lupa dapatkan barangan dan kelengkapan dapur korang pada harga terbaik di cawangan-cawangan Lulu Hypermarket ya.

1 Comments