Vietjet Tawar 1 Juta Tiket Penerbangan RM0 Dalam Masa 3 Hari



Bismillah,


Guys siapa ada plan nak travel dalam masa terdekat ni? Kalau korang tengah merancang lokasi percutian ke luar negara, ni haa aku nak bagitau yang Vietjet ada menawarkan 1 juta tiket penerbangan ke Vietnam pada harga serendah RM0(*) tau! 1 juta tiket tu!! Banyak gila!!


Aku pun baru dapat tau semalam. Nasib baik sempat sebab promosi ni berlangsung selama 3 hari sahaja ye. Dari 22 Oktober sehingga 24 Oktober 2019. Tapi korang kena grab tiket ni sewaktu Golden Hours iaitu pada pukul 1 pm sehingga 3 pm sahaja (waktu Malaysia). Tarikh penerbangan pula adalah dari 23 November 2019 hingga 30 Jun 2020(**). Korang boleh pilih mana-mana destinasi yang ada di Vietnam sementara tawaran ini berlangsung. Nah, jimat dah duit tiket pergi balik kan? Ada yang nak ke Vietnam?

Okay kalau korang nak dapatkan tiket penerbangan Vietjet pada harga serendah RM0 ni, korang boleh dapatkannya melalui beberapa kaedah :

Korang boleh layari laman Facebook mereka di https://www.facebook.com/VietjetMalaysia

Atau terus ke laman sesawang mereka di www.vietjetair.com (terus tekan butang 'Booking')

Ataupun melalui aplikasi Vietjet App di android dan juga iOS.

Google photo

Sehingga kini syarikat penerbangan Vietjet telah menerbangkan lebih kurang 400 penerbangan dalam sehari, membawa lebih 80 juta penumpang melalui 129 laluan yang meliputi negara-negara rantau Asia antaranya Jepun, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Indonesia, Taiwan, China, Myanmar, Malaysia dan Kemboja. Merupakan salah satu  ahli dalam Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan pemegang sijil Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA), syarikat penerbangan Vietjet juga tersenarai sebagai 'Best Ultra Low Cost Air 2018-2019' dan mendapat anugerah 7 Bintang dari segi keselamatan dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2018 dan 2019. Penerbangan Vietjet juga telah disenarai sebagai 50 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia untuk Kewangan & Operasi Terbaik oleh Airfinance Journal pada tahun 2018.

Google photo

Pada masa yang sama, Vietjet turut melancarkan laluan penerbangan baru mereka iaitu :

1) Hanoi/Ho Chi Minh - New Delhi (India)
2) Da Nang - Taipei (Taiwan)/ Tokyo (Jepun)


Haa lagi satu aku nak bagitau tawaran ini bukan sahaja untuk penerbangan domestik Vietnam sahaja, tetapi juga penerbangan antarabangsa ;

1) Dari Vietnam ke Kuala Lumpur
2) Dari Vietnam ke Bali (Indonesia)
3) Dari Vietnam ke Seoul (Korea Selatan)
4) Dari Vietnam ke Busan (Korea Selatan)
5) Dari Vietnam ke Daegu (Korea Selatan)
6) Dari Vietnam ke Kohsiung (Taiwan)
7) Dari Vietnam ke Taipei (Taiwan)
8) Dari Vietnam ke Taichung (Taiwan)
9) Dari Vietnam ke Tainan (Taiwan)
10) Dari Vietnam ke Hong Kong
11) Dari Vietnam ke Singapore
12) Dari Vietnam ke Bangkok
13) Dari Vietnam ke Phuket (Thailand)
14) Dari Vietnam ke Chiang Mai (Thailand)
15) Dari Vietnam ke Yangon (Myanmar)
16) Dari Vietnam ke Siem Reap (Kemboja)


Google photo

Kepada traveller yang mendapatkan diskaun dan tiket murah, apa kata korang layari www.vietjetair.com, aplikasi Vietjet Air yang boleh korang muat turun melalui Google Play dan juga melalui www.facebook.com/VietjetMalaysia .Cara pembayaran juga mudah dan pelbagai melalui Vietjet SkyClub, Visa, Mastercard, AMEX, JCB, KCP dan UnionPay Card. Mudah kan?


Jadi untuk maklumat lanjut, korang boleh layari https://www.facebook.com/VietjetMalaysia

*Tidak termasuk cukai, fi
*Tidak termasuk cuti umum


3 Comments