Vivo V17 Pro Tampil Dengan 6 Kamera Khas Untuk Kaki Selfie

Bismillah,

Bestnya bila dapat tahu yang Vivo V17 Pro mempunyai banyak ciri yang baru ditampilkannya. Kini Vivo V17 Pro sudahpun berada dalam pada pasaran Malaysia dan aku akan reveal harganya sekejap lagi. Pertama kali aku nampak phone ni aku dah berkenan dengan design dan bentuknya yang cantik. Nipis dan ringan sangat. Bukan seperti model keluaran Vivo yang lain, Vivo V17 Pro hanya didatangkan dalam 2 warna sahaja iaitu warna Knight Black dan Crystal White.


Paparan permukaannya antara yang terluas iaitu bersaiz 6.44 inci dengan resolusi 1080x2400. Model Vivo V17 Pro ini hadir dengan kamera selfie 32MP (wide) dan 8MP (ultrawide). Bagi kamera belakang pula, Vivo V17 Pro menawarkan 48MP (wide)8MP (ultrawide), 13MP (ultraphoto) dan 2MP (super makro). Enam kamera sekali dia bagi ye untuk Vivo V17 Pro ni. Memang terbaik!!


Prosessor Vivo V17 Pro adalah Octa-core (2x2.0 GHz Kryo 460 Gold & 6x1.7 GHz Kryo 460 Silver) dengan kemampuan chipset Qualcomm SDM675 Snapdragon 675 (11 nm)Vivo V17 Pro ni menggunakan perisian Android Pie (9.0). Bila dipadankan dengan baterinya yang berkapasiti 4100mAH, ia mampu mengecas dalam tempoh yang pantas.


Vivo V17 Pro ini dilengkapi dengan 8GB RAM dan 128GB ROM tapi mampu menampung sehingga 256GB ROM. Jangan bimbang kerana terdapat dua slot untuk sim kad dan satu slot untuk memori kad. Aku suka bila mengambil video menggunakan Vivo V17 Pro ni sebab paparannya tak lagging, jelas dan tajam. Of course la kan 6 kamera kot!


Then bila aku ngan kawan-kawan lain berswafoto, gambar kami nampak terang, jelas dan tajam walaupun kami berada dalam dewan yang kekurangan cahaya. Superb! Aku memang perlukan kamera seperti ini kerana kerja aku tak tentu masa. Ada kalanya terpaksa mengambil gambar waktu malam dan dengan adanya Vivo V17 Pro ia akan memudahkan lagi kerja aku. Keupayaan fotografinya merangkumi DOC, PRO, SLO-Mo, TIME-LAPSE, Camera Filter, Live Photo, HDR Potrait, Panorama, 4K Video, Voice Control, AR Sticker, Super Night Mode, Jovi Image Recognizer, Al Scene Identification, Bokeh, Ultra Wide Angle dan Super Macro. Best giler spec dia weh!


Untuk makluman korang, Vivo V17 Pro ni sememangnya dibina khas untuk para gamer kerana Game Mode dia di optimized kan dan teknologi Multi Turbonya mempercepatkan sistem operasi bagi memastikan pengguna menikmati dan puas hati dengan keupayaan permainan video pada peranti Vivo V17 Pro.


Apa yang lebih mengejutkan aku bila dah tau semua spec yang diperkenalkan pada telefon pintar Vivo V17 Pro ini, harga yang ditawarkan pula hanya RM1699 sahaja. Murah kan? Dengan spec yang ada tu aku budget harga dia dalam RM2000+ macam tu. Tak sangka pulak semurah ini. Serius aku terkejut. Ni yang rasa nak beli satu ni.


Aku percaya Vivo V17 Pro juga mampu memberi persaingan kepada telefon pintar yang berada di dalam pasaran tempatan. Murah. Spec hebat. Kamera sharp. Itu je yang mampu aku katakan. Cuba la dulu mana tau korang jatuh cinta nanti dengan Vivo V17 Pro ni huhu.


2 Comments

  1. perghh hebat ada 6 kamera tu. untung kalau dapat satu ni

    ReplyDelete
  2. https://www.techgamingarena.com/2019/09/vivo-v17-pro-launched-specifications.html?showComment=1591461395326#c2312784243682666825

    ReplyDelete