9 Menu & Restoran Makanan Halal Yang Boleh Anda Cuba Di Jogjakarta, Indonesia


Bismillah,

Seringkali kita menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan halal sekiranya travel ke luar negara. Tetapi di Jogjakarta, insyaAllah aku yakin makanan memang takkan menjadi masalah kerana 90% masyarakatnya merupakan Melayu muslim. Cuma perjalanan kita ke sana pasti takkan lengkap sekiranya tidak mencuba beberapa menu terkenal masyarakat tempatan di sana.


Sewaktu di Jogjakarta aku sempat mempelajari beberapa menu hidangan tempatan dan mencuba beberapa restoran yang terkenal di sana. So di sini aku nak kongsikan beberapa menu menarik yang boleh korang cuba sekiranya di Jogjakarta, Indonesia.

MEE GORENG JAWA


Salah satu menu terbaik yang boleh korang cuba sekiranya ke desa Borobodur, Jogjakarta Indonesia. Aku sempat belajar cara-cara memasak Mee Goreng Jawa sewaktu berada di chalet Balkondes Nhadiharjo, desa Borobodur.

Ini nama menu Mee Goreng Jawa kami, Mee Jawa Candi Boro. Alhamdulillah menu kami diangkat sebagai juara. Balik Malaysia nanti boleh praktikkan. Bahan-bahannya juga tak renyah. Antaranya buah keras, bawang besar, bawang putih, mee segera, kicap pekat, cili api, lobak, sawi, garam dan serbuk perasa.

Tapi kalau korang nak makan, korang boleh cuba di chalet Balkondes Ngadiharjo, desa Borobudur Jogjakarta, Indonesia.

TOFU MERCON


Menu berasaskan hampas soya yang diadun bersama garam, bawang putih dan sedikit ragi. Dibalut bersama cabei (cili/lada) yang ditumbuk halus sebelum digoreng dan dimakan bersama sambal kicap.

Menu sihat, sedap dan mudah disediakan. Kebiasaan Tauhu Mercon ni dimakan sebagai minum sore (petang).

Jangan lupa cuba menu ni sekiranya korang ke Jogjakarta, Indonesia ya.

NASI UDUK


Nasi yang dikukus bersama santan kelapa. Ia dimakan bersama beberapa jenis lauk antaranya Tempe Goreng, Jamur (cendawan), Telur Pindang, Gudeg (sayur nangka), Krecek (daripada kulit sapi), ikan masin dan banyak lagi.

Kalau di Malaysia, nasi Uduk ni iras Nasi Lemak cuma bezanya nasi Uduk dimakan dengan pelbagai jenis lauk. Time ni aku makan nasi Uduk sewaktu menginap di Hotel Alana, Jogjakarta. Ia dihidang sewaktu sarapan pagi.

SAMBAL GORENG KRECEK & AYAM GORENG KALASAN


Sewaktu di Jogjakarta, Indonesia aku berpeluang mempelajari cara-cara untuk memasak 2 jenis hidangan masyarakat tempatan di sana iaitu Sambal Krecek dan Ayam Goreng Kalasan.

Sambal Goreng Krecek - sambal pedas yang dimasak bersama kulit sapi (kulit lembu). Menggunakan lengkuas, bawang besar, bawang kecil, bawang putih, garam dan santan.

Ayam Goreng Kalasan - ayam goreng yang dimasak dengan gula Jawa pada mulanya dan kemudian digoreng pula dengan api kecil. Rasanya manis2 macam ayam goreng madu. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah air kelapa secawan, bawang putih, ketumbar, lengkuas, kunyit, daun limau purut dan daun salam.

Korang juga boleh mencuba menu ini sekiranya menginap di The Alana Hotel atau restoran tempatan yang menyediakan menu makanan tengahari di sana.

RESTORAN SATAY PAK PONG


Satay Pak Pong adalah sebuah restoran yang menghidangkan menu berasaskan satay klathak. Satay klathak bukan satay katak ye, ia merupakan satay kambing muda. Kenapa kambing muda? Kerana dagingnya lebih lembut dan juicy.

Satay klathak dicucuk menggunakan jeriji rim basikal ye (besi panjang). Sataynya lebih panjang dan dimakan bersama kuah kicap dengan hirisan bawang dan lada. Ia juga boleh dimakan bersama nasi, gulai perut, gulai kulit sapi, gulai daging dan sambal.

Korang jangan lupa untuk cuba satay klathak di Restoran Satay Pak Pong sekiranya korang ke Jogjakarta nanti ye.

RESTORAN SEKAR KEDATHON


Restoran Sekar Kedathon bukan hanya menghidangkan menu yang berasaskan masyarakat Jawa, malah konsep dan senibinanya juga turut diberikan sentuhan etnik jawa.

Restoran Sekar Kedathon ini dibina pada tahun 1800an, merupakan bangunan yang mempunyai nilai sejarah di mana dahulunya ia dimiliki oleh Pak Tembong iaitu pengusaha emas dan pajak gadai. 


Di sini korang boleh cuba beberapa jenis menu utama mereka seperti Ayam Bakar Kemangi, Ayam Bumbu Areh, Ayam Bakar Bali, Ayam Garang Asem, Siomay Udang, Ikan Goreng Dengan Saus Asam Pedas dan banyak lagi.

Korang boleh ke Restoran Sekar Kedathon ini yang terletak di Jln. Tegal Gendu No.28, Prenggan, Kotagede Jogjakarta.

CHOCOLATE MONGGO


Chocolate Monggo diilhamkan daripada seorang lelaki Belgium yang bernama Thierry Detournay pada tahun 2001. Ia mengumpulkan pelbagai jenis koko di seluruh Indonesia dan hasil daripada koko-koko tersebut maka terhasillah coklat Monggo. 

Di Chocolate Moggo korang boleh beli pelbagai jenis rasa, tekstur coklat dan peratus kandungan coklatnya. Antara rasa coklat yang boleh korang dapati di Chocolate Monggo ini adalah seperti Milk, Dark Chocolate, Caramello, White Coffee, Matcha, Salty Caramel, Pineapple, Marzipan, Hazlenut, Praline, Mango, Strawberry, Durian, Peppermint, Green Tea, Cinnamon, Rendang, Volcano Salt, Nutmeg, Ginger, Red Chilli, Coconut, Orange Peel, Macadamia, Cashew Nuts, Kenari Nuts dan banyak lagi.


Selain chocolate bar, korang juga boleh mencuba minuman coklat yang ada dijual di sana. Kalau korang nak jadikan buah tangan atau cenderahati, boleh la dapatkannya di Chocolate Monggo ni ye.

MATA LANGIT BY PLATARAN


Terletak di Gunung Menoreh di Jawa Tengah, Mata Langit By Plataran merupakan destinasi tumpuan bukan sekadar menu-menu yang dihidangkan malahan juga pemandangan sekeliling restoran yang menakjubkan membuatkan pengunjung terpukau. 


Daripada atas korang boleh lihat pemandangan matahari terbit berlatarbelakangkan enam gunung sekitar antaranya Merapi, Merbabu, Telemoyo, Andong, Sumbing dan Prahu. Malah korang juga boleh lihat senibina Candi Borobodur dari kejauhan. Sangat mempesonakan!


So jangan lepaskan peluang untuk menikmati menu hidangan barat korang dengan suasana super awesome di Mata Langit By Plataran ye.

RESTORAN JE JAMURAN


Keunikan yang diperkenalkan di Restoran Je Jamuran ini adalah menu-menu yang dihidangkan semuanya berasaskan Jamur atau nama lainnya Jamuran. Sehinggakan satay pun diperbuat daripada cendawan! Tapi rasanya macam satay daging. Sedap sangat.


Restoran ini menerima kunjungan pengunjung yang sangat ramai dan tak pernah putus lebih-lebih lagi waktu makan tengahari. Tapi aku recomendded Restoran Je Jamuran ini sebagai lokasi makan tengahari korang sekiranya berada di Jogjakarta, Indonesia. Semua masakannya berasa, sedap dan servis pun pantas. 


Di Restoran Je Jamuran ini turut menyediakan surau, tandas dan juga spa ikan. Seusai makan korang boleh rendam kaki dan biar ikan bersihkan sisa-sisa kotoran di kaki.

**********

So itu antara menu-menu dan restoran yang boleh korang cuba dan kunjungi sekiranya korang ke Jogjakarta, Indonesia nanti. Jangan lupa subscribe channel Youtube aku www.youtube.com/afzalsukasukipunye untuk lihat iterenari 5H4M aku ke Jogjakarta, Indonesia. Ada pelbagai aktiviti dan penginapan yang boleh korang cuba di sana nanti.

Okay sampai bertemu lagi. Bye!

#jogjaistimewa
#jogjaculinary 
#ftmyborobudur #wonderfulborobudur
#wonderfulindonesia

1 Comments

  1. nyummmmm tergoda mata kami tengok semua gambaq makanan ^_^

    ReplyDelete