Jenama Rokok Elektronik NCIG Bakal Tamatkan Operasinya Di Malaysia


Bismillah,

Terkejut? Yup memang sangat terkejut. Aku sentiasa mengikuti perkembangan NCIG sejak beberapa bulan yang lepas. Aku lihat syarikat yang dipelopori oleh anak tempatan kelahiran Negeri Sembilan ini berkembang pesat dan sentiasa mendapat perhatian netizen yang mencari solusi ketagihan merokok. Bukan setakat itu sahaja, malah NCIG (M) Sdn Bhd telah membuka beberapa buah cawangan di seluruh Malaysia khususnya di sekitar Lembah Klang dan mempunyai hampir 100 orang pekerja.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat NCIG (M) Sdn Bhd, Shariffuddin Bujang keputusan ini terpaksan dilakukannya kerana polisi kerajaan Malaysia yang tidak mahu memperkenalkan regulasi terhadap kandungan nikotin dalam rokok elektrik. Kerajaan tidak sedar betapa rokok elektronik membantu hampir 8 juta perokok tegar dalam mengurangkan masalah ketagihan rokok seharian.


Impak sekiranya regulasi terhadap rokok elektronik ni tidak diperkenalkan, masyarakat akan cuba dapatkan stok secara haram, menghasilkan cecair elektronik tanpa kelulusan tanpa mengira kesan dan bahaya kepada pengguna dan bekas-bekas perokok tegar akan kembali kepada rokok seperti asal.


Tidak terkubur begitu sahaja, NCIG telah memilih pasaran luar negara yang telah meluluskan regulasi berkaitan rokok elektronik bernikotin terutamanya di negara-negara Eropah seperti United Kingdom dan Indonesia. Mereka bercadang ingin meluaskan empayar mereka di peringkat global yang mana lebih menerima dan menghargai usaha mereka dalam memberikan solusi ketagihan rokok yang semakin parah di kalangan masyarakat.


Buat masa ini cecair rokok elektronik buatan Malaysia dianggap premium di pasaran antarabangsa kerana mengandungi Glycerin Sayuran (VG) berkualiti tinggi yang diperolehi daripada minyak sawit sayuran. Jika pihak kerajaan cukup bijak ingin menangani masalah sawit negara, mereka patut menerima ini sebagai salah satu langkah alternatif dalam mempromosikan minyak sawit ke pasaran global.


Apa-apa pun aku tetap doakan niat baik NCIG (M) Sdn Bhd untuk membantu para penagih rokok tegar di luar sana dipermudahkan. Kita hanya lihat kesan jangka pendek, tanpa kita gali kesan baik terhadap penggunanya. Ramai yang telah menunjukkan kesan positif melalui penganbilan rokok elektronik ini. Doa aku agar team NCIG terus berjaya di persada global dan mengharumkan nama Malaysia insyaAllah 

0 Comments